Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

"Tak Payah Kalut Kalau Enggan Vaksin, Tapi Jangan Kerja Dengan Kami" - Budak Ijat

22-7-2021 04:10 PM| Komen: 24

Penerbit syarikat produksi Radius One Sdn. Bhd, Shahrulezad Mohameddin akur dengan keputusan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang mewajibkan karyawan industri kreatif termasuk pelakon dan kru penggambaran melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 sebelum memulakan tugas di lokasi.

Keputusan tersebut susulan kebenaran melakukan penggambaran di luar studio dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat menjelang Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) seperti yang diumumkan kerajaan semalam.


Kredit foto: IG Budak Ijat

Shahrulezad atau kebih dikenali sebagai Ijat berkata, pihaknya bagaimanapun pihaknya tidak akan memaksa artis atau kru mengambil vaksin tetapi hanya akan berurusan dengan golongan yang sudah mendapatkan suntikan itu sahaja.

“Mana-mana artis atau kru yang masih enggan divaksinasi tak payah kalut, saya tak paksa pun. Selagi tiada undang-undang Malaysia yang mewajibkan semua orang mengambil suntikan vaksin, maknanya memang tak ada sesiapa boleh memaksa anda.

“Bertenanglah. Saya tak mahu berdebat, tak mahu putus kawan. Cuma, setakat ini Finas, stesen televisyen dan Radius One hanya akan berurusan dengan mereka yang sudah mengambil suntikan vaksin. Kami ada hak untuk memilih siapa yang kami mahu bekerja.

“Kalau ikutkan saya, satu vaksin pun sudah memadai kerana nak tunggu dos kedua ada yang lambat. Namun, Finas sudah keluarkan kenyataan bahawa semua penggiat seni diwajibkan mendapatkan dua dos sebelum menjalani penggambaran. Kena bersabar dan akur,” katanya.






Pada masa sama, penerbit dan pengarah itu menyatakan dia juga sudah mendapatkan maklum balas daripada wakil stesen televsyen berhubung syarat perbadanan berkenaan yang nyata wajib diikuti oleh semua pihak.

“Saya dah rujuk dengan beberapa wakil stesen mengenai isu syarat wajib vaksin ini. Mereka kata, mereka akan ikut saja arahan Finas. Jadi, kepada yang enggan, selamat maju jaya. Kalau rasa nak jalani penggambaran, pergi ambil vaksin. Kalau tidak, tak apa.

“Mungkin ada stesen TV terutamanya Over-The-Top (OTT) dan syarikat produksi lain yang ada kelonggaran. Lagi pun, Insya-Allah, rezeki ada di mana-mana. Jangan risau, bumi Allah ini luas,” tulis pengarah naskhah fenomena, Nur itu menerusi Instagram.

Shahrulezad dan Radius One sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan sejak Mei lalu yang menegaskan pendirian mereka untuk berurusan dengan orang yang sudah mengambil suntikan vaksin sahaja demi keselamatan semua pelakon dan kru.

Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kelulusan aktiviti penggambaran pada Fasa Dua PPN berpandukan syarat ketat bawah Protokol Gelembung Penggambaran (PREP) yang dikawal selia Finas.

Selain tenaga produksi minima dan tidak dibenarkan keluar daripada radius zon kawalan risiko, kelulusan hanya diberikan kepada tenaga produksi yang lengkap dua dos suntikan vaksin dam menjalani saringan kesihatan sebelum, semasa dan selepas tamat penggambaran. 


Sumber: K! ONLINE

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 24
Komen

Previous : Ukuran Badan Che Ta Tak Berubah Dari 17 Tahun Lepas

Next       : Kes Rogol Da'i Syed Belum Selesai

Komen Terbaru

Quote ketupatnasi 24-7-2021 10:20 AM
Betul la. Toksah paksa or kecam org amik vaksin ke tak. Tentulah masing2 ada alasan. Kdg yg tak amik vaksin ni bkn semua antivax..cuma taknak amik vaksin Covid jahhh. Vaksin lain cucuk jeee..
Toksah jugak kecam klu pengarah taknak amik pelakon yg tak cucuk vaksin. Duit dia, pilihan dia. Tak sape bole paksa nak amik pelakon memana..kecuali asteruk n tibi tiga suku jah suka tetapkan hero n heroin.


Iols layan Ayahanda jahhhh.. Tu pn sbb fan to Cikgu Azizi Hj Abdullah

Lain-lain Komen

Quote Gianna111 22-7-2021 04:19 PM
retail line pun diwajibkan vaksin.ada orang dalam opis aku ni anti vacine.kami dh rujuk dengan labour office. walaupun tak de akta wajib utk vax covid.tapi under MKN memang wajib. pegawai bagi option untuk minta staff tersebut bagi surat tunjuk sebab.dan selepas dari itu terpulang dengan majikan nak ambil tindakan yang bagaimana.

Quote nakkomenjugak 22-7-2021 04:23 PM
tunggu jela dulu... biar semua selamat
Quote LadyCarefree 22-7-2021 04:33 PM
Pastu dah dua dose anggap kebal. Xjaga sop.
Quote lavendernovella 22-7-2021 04:44 PM
Kalau tak pasal vak pun tak kemana pun industri seni malaysia. Stagnant jer. Elok lah tonton karya berkualiti oversea.
Quote laksmanabentan 22-7-2021 04:59 PM
ipah raziah tu dan vaksin pfizer..
ambil la berlakon please... please...
hihihi....
Quote Mikaella 22-7-2021 05:04 PM
lavendernovella replied at 22-7-2021 04:44 PM
Kalau tak pasal vak pun tak kemana pun industri seni malaysia. Stagnant jer. Elok lah tonton karya b ...

betul sangat... semalam turn off citer pukul 7 - konsep yang sama - kahwin, dia nak rampas tunang orang, kena fitnah, mcm sinetron Indon
Quote lavendernovella 22-7-2021 05:12 PM
Mikaella replied at 22-7-2021 05:04 PM
betul sangat... semalam turn off citer pukul 7 - konsep yang sama - kahwin, dia nak rampas tunang  ...

Tertunggu2 retis malaysia yg betul2 brilliant.
Quote Rogue98 22-7-2021 05:17 PM
Dah ramai org mati pun masih degil nak vaksin...nyawa sendiri melayang takper lah mmg patut mampus pun...tapi kalau menjangkit kat mak ayah famili dan orang lain sanggup tengok diaorang menderita?
Quote Mulotkoyak 22-7-2021 05:32 PM
Golongan retis tlg duk diam... Sibuk nk mencapap. Korg tu kalo yg agak antivaksin xpyh mengila nk kje. Duk je umah. Tgk ig. Jgn nk merempan xde kje plak. Dh laaa bkn sektor yg penting pun. Korg kuarkan drama dan filem pun mcm SAMPAH. Baik tgk Netflix. Berangan jeeee nk dpt pfizer laaa... Nk bukak sector korg laaa. Ape laaa.. Kat ig mencapap byk sgt kan.
Quote dino 22-7-2021 06:03 PM
Mulotkoyak replied at 22-7-2021 05:32 PM
Golongan retis tlg duk diam... Sibuk nk mencapap. Korg tu kalo yg agak antivaksin xpyh mengila nk kj ...

rita ritrude bleh pencen dah haha
Quote Belibis 22-7-2021 07:27 PM
Rogue98: Dah ramai org mati pun masih degil nak vaksin...nyawa sendiri melayang takper lah mmg patut mampus pun...tapi kalau menjangkit kat mak ayah famili dan ...

Ni provaks ke antivaks?? Kompius pulak
Quote abadi84 22-7-2021 10:23 PM
dino replied at 22-7-2021 06:03 PM
rita ritrude bleh pencen dah haha

Garita kata dia tak heran!!! Hahhaha
Tgk pun production Hj.Zil saja yg suka ambik dia.
Tp meols rasa Hj.Zil pun terikat dgn peraturan setiap cast kena vaksin jugak
Quote awanearisu 22-7-2021 11:09 PM
Quote MontanaHannah 23-7-2021 12:01 AM
kepala butohhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Quote hunters 23-7-2021 12:50 AM
abadi84 replied at 22-7-2021 10:23 PM
Garita kata dia tak heran!!! Hahhaha
Tgk pun production Hj.Zil saja yg suka ambik dia.
Tp meols  ...

Hj zil tu still brkwn dgn rita ke..rsa produksi dia jrang ada rita...selalu cikta ja
Quote Ciktiekus 23-7-2021 09:36 AM
Terganggu btol tgk hidung tu
Quote NekNgah 23-7-2021 09:50 AM
lavendernovella replied at 22-7-2021 04:44 PM
Kalau tak pasal vak pun tak kemana pun industri seni malaysia. Stagnant jer. Elok lah tonton karya b ...

Ramai yang cari makan dalam industri ni di Malaysia.  Memang taraf mereka tak segah industri Hollywood, Kollywood, Bollywood, Korea tapi itulah cara mereka menyara keluarga.

Market untuk industri seni Malaysia tak besar, modal juga tidak besar.  Siapa lagi yang mereka boleh harapkan untuk menyokong kalau bukan rakyat Malaysia sendiri.
Quote jebatmaspunyer 23-7-2021 10:26 AM
lavendernovella replied at 22-7-2021 04:44 PM
Kalau tak pasal vak pun tak kemana pun industri seni malaysia. Stagnant jer. Elok lah tonton karya b ...

Tapi kan bila iolls tgk citer melayu kat Viu boleh tahan gak kualiti. Yang x der kat tv best plak lakonannya.
Quote arffa 23-7-2021 10:35 AM
Gianna111 replied at 22-7-2021 04:19 PM
retail line pun diwajibkan vaksin.ada orang dalam opis aku ni anti vacine.kami dh rujuk dengan labou ...

manusia macam ni memang menyusahkan. satu office akan dapat masalah melayan orang macam ni.

Lihat semua komen(24)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top