Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Minta Tolong Bomba Angkat Mayat Isteri Obes

22-7-2021 03:07 PM Komen: 17
Seorang lelaki terpaksa meminta bantuan bomba untuk mengangkat mayat isterinya seberat 230 kilogram yang meninggal dunia di ruang tamu rumah mereka di Taman Desa Damai Cheng, di sini, hari ini.

Difahamkan, wanita berusia 33 tahun itu meninggal dunia ketika sedang duduk di sofa awal pagi tadi.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Melaka, Zulkhairani Ramli berkata, panggilan kecemasan diterima daripada pihak polis pada pukul 7.09 pagi.



Katanya, sepasukan 10 anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Khairuddin Atan telah dikejarkan ke lokasi bersama-sama dua buah jentera.

Pasukan bomba tiba di kediaman tersebut pada pukul 7.19 pagi dan mendapati mayat wanita obes seberat 230 kilogram itu berada dalam keadaan terlentang di atas lantai.

Seramai enam orang anggota termasuk pegawai bomba bersama-sama membantu mengangkat mayat mangsa untuk dipindahkan ke atas lori angkut bomba, katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Jelasnya, operasi tersebut selesai pada pukul 8.25 pagi dan mayat telah dihantar ke hospital untuk tindakan selanjutnya.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, keluarga mangsa memaklumkan wanita tersebut mempunyai sejarah penyakit asma.

Namun siasatan lanjut akan dilakukan oleh pihak polis dan Jabatan Forensik Hospital Melaka, katanya.


Sumber: K! ONLINE

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 17
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote RaraLavenda 28-7-2021 04:42 PM
Takziah. Ini peringatan untuk kita semua agar jaga kesihatan.

Lain-lain Komen

Quote nazzse 22-7-2021 03:10 PM
Senang nya mati..

Takziah utk family
Quote haruslah 22-7-2021 03:15 PM
Takziah
kesiannya
Quote None68 22-7-2021 03:26 PM
Takziah untuk keluarga berkenaan
Quote noor2 22-7-2021 03:32 PM
Umur baru 30an dah gemok 230kg ....gemok menyebabkan kematian juga....

Takziah....
Quote ellejo 22-7-2021 03:44 PM
asma mmg mampu membunuh ya.
Quote Nnasda53 22-7-2021 04:04 PM
Takziah, muda lagi berat 230kg.
Quote nakkomenjugak 22-7-2021 04:12 PM
Takziah.
Jaga badan semua ya. Jaga diri
Quote syamzana 22-7-2021 04:27 PM
takziah kpd keluarga simati
yg lelaki duduk tu pun gemuk juga.
Quote white_musk 22-7-2021 04:29 PM
Mana yang kata gemuk is awesome?
Quote nononcrux 22-7-2021 04:32 PM
sesak napas kemungkinan..
Quote MsKathryn 22-7-2021 05:40 PM
Takziah.... muda lg
Quote dua_chzy 22-7-2021 05:43 PM
white_musk replied at 22-7-2021 04:29 PM
Mana yang kata gemuk is awesome?

Dah mati kak Musk.
Quote loQlaQ 22-7-2021 06:11 PM
kalu dak khilaf...
230KG = 500 pounds = 1/4 tan
Quote Artemesiaa 22-7-2021 06:12 PM
Terima kasih buat abam bomba yang membantu dan takziah buat keluarga mangsa
Quote HappyGumbira 22-7-2021 08:43 PM
takziah dan pengajaran untuk kita supaya jaga kesihatan
Quote lurve82 22-7-2021 08:45 PM
Takziah..jaga kesihatan semua
Quote RaraLavenda 28-7-2021 04:42 PM
Takziah. Ini peringatan untuk kita semua agar jaga kesihatan.

Lihat semua komen(17)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top