Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Jenazah Mangsa Covid-9 Tiba-Tiba Hilang! Puas Dwan Hamid Cari, Rupa-Rupanya Hijab Tertutup

22-7-2021 02:34 PM| Komen: 26

Kelibat selebriti sebagai sukarelawan terutamanya di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mungkin sudah biasa hingga timbul juga cerita-cerita tidak sedap didengar.

Namun sesuatu yang menarik apabila mengetahui pelakon Dwan Hamid menawarkan diri untuk bertugas di tempat penyimpanan jenazah atau mayat mangsa Covid-19 di sebuah hospital di Lembah Klang.


Foto: IG

Selain risiko jangkitan, Dwan atau Muhammad Ridzuan Shahul Hamid, 30, turut berdepan pelbagai pengalaman mistik yang sukar dilupakan.

"Saya memilih untuk bertugas mengurus jenazah mayat Covid-19. Saya anggap ini sebagai peluang besar untuk menyumbang tenaga membantu petugas barisan hadapan.

"Sebab saya ni jenis yang suka buat perkara yang orang taknak dan benda yang orang lain takut... tapi saya nak," katanya kepada mStar.



Pelakon Tanah Kubur ini menjadi sebahagian daripada Sukarelawan Wilayah Prihatin atau Prihatin Volunteer (PriVo) sejak awal Julai.

Bercerita tentang skop tugas, Dwan berkata dia dan pasukannya bertanggungjawab mengurus, memandi dan menkafan jenazah.

Cerita Dwan lagi, sepanjang tiga minggu bertugas di hospital berkenaan dia baharu sahaja berdepan insiden aneh yang mendebarkan.

"Kejadian ni baru berlaku hari Selasa lepas, ada waris ni datang nak tuntut jenazah keluarga dia... jadi saya pergi la tengok mayat tu, tapi tak ada!

"Memang terkejut dan pelik... saya dah cari dua tiga kali di tempat tu, tetap tak jumpa.

"Perasaan pada ketika memang cuak dan hairan, bagaimana mayat yang memang sepatutnya ada di situ secara tiba-tiba boleh hilang?" katanya.



Tidak berdiam diri, Dwan berkata dia segera memaklumkan kepada doktor yang bertugas untuk tindakan lanjut.

"Saya maklumkan kepada doktor fasal mayat tu tak ada... tapi doktor tak percaya. Namun apabila dia datang cari pun tak ada.

"Kemudian kami cari sekali lagi di tempat yang sama... Allahuakbar tiba-tiba ada!

"Tapi menurut cerita orang lama, kejadian begitu adalah normal dan memang selalu berlaku.

"Tak sangka pula saya sendiri alami kejadian begini... ia cukup menginsafkan," katanya lagi.

Tambah Dwan, pengalaman tersebut membuatkan dia berfikir tentang kematian.



"Saya rasa takut, teringat tentang amalan sendiri yang kadang-kadang sembahyang dan ada kalanya tertinggal. Rasa insaf apabila fikirkan jika pada ketika itu nyawa saya ditarik.

"Hakikatnya kerja ni memang berat dan agak mencabar, tapi sedikit sebanyak mengajar saya tentang cara nak urus mayat.

"Sepatutnya lebih ramai anak muda di luar sana mengikuti aktiviti sukarelawan begini, selain niat kena betul," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 26
Komen

Previous : Ukuran Badan Che Ta Tak Berubah Dari 17 Tahun Lepas

Next       : "Saya Bukan Pejuang Watak Tomboy" - Fify Azmi

Komen Terbaru

Quote chinta89 25-7-2021 08:06 AM
"Saya rasa takut, teringat tentang amalan sendiri yang kadang-kadang sembahyang dan ada kalanya tertinggal. Rasa insaf apabila fikirkan jika pada ketika itu nyawa saya ditarik.



masih tertanya2 mcmna ye org yg boleh tertinggal solat ni? sb iols x boleh tertinggal2. kalau tetido pun mlm akan terbangun if belum solat isyak.  sb solat tu jd kewajipan, dh jd kebiasaan solat full. yg tertinggal ni chuols reason ape?

Lain-lain Komen

Quote Skuau 22-7-2021 02:46 PM
"wa pergi tandas sekejap pon nak kecoh..."-mayat.
Quote harkktuih 22-7-2021 02:46 PM
sapo neh????
Quote mamajawie 22-7-2021 02:48 PM
who are yusssssssssssssssssssssssss??????????????????????????????????????
Quote nakkomenjugak 22-7-2021 02:50 PM
whoareyussssss?
keturunan isab2 tu ke?
Quote jalfa 22-7-2021 03:49 PM
Mestika sangat
Quote Moyangkucing 22-7-2021 04:21 PM
Macam zombie kampung pisang pulak mayat hilang.... tapi seram jugak ya?

Apa pun tahniah la kerana usaha yg baik menjadi sukarelawan..
Quote Mary_jane 22-7-2021 05:08 PM
Pelakon tanah kubur? Lepas syafiq kyle tak boleh cam dah pelakon lain dalam tu. Who are yusss?
Quote slyfynx 22-7-2021 05:20 PM
Nh, kot ade yang berkenan.
Ttp la aku x kenal sape die ni
Quote anilanil 22-7-2021 05:29 PM
Walaupon hang tak sepopular kepris, tahniah bro. Fardhu kifayah.
Quote Ferr_Remy 22-7-2021 05:32 PM
Ini bukti muka tak hensem tapi bile tgk body nmpak ensem skit hahahaha. 1st2 tgk pic pertama.. Ewwwwww. Skali tgk pic muscle lengan die... not bad la kah3.
Quote TomyamPuteh 22-7-2021 06:15 PM
Sumpah haku tak kenal.
Quote doubleharmonic 22-7-2021 06:55 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/CGg-pXNndD4/[/ig]
Quote doubleharmonic 22-7-2021 06:56 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/COk86JlHWx9/[/ig]
Quote doubleharmonic 22-7-2021 06:57 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/Bpn5ilkFfZh/[/ig]
Quote doubleharmonic 22-7-2021 06:59 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/B4oJC6wlmw9/[/ig]
Quote doubleharmonic 22-7-2021 06:59 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/BxMxXsVFkeR/[/ig]
Quote doubleharmonic 22-7-2021 07:00 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/BmCrOPqn58-/[/ig]
Quote doubleharmonic 22-7-2021 07:00 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/Bqkn2iWl2WD/[/ig]
Quote doubleharmonic 22-7-2021 07:01 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/BsCRGC6F-_T/[/ig]

Lihat semua komen(26)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top