Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Terlalu Letih, Alasan Frontliner Suntik 'Vaksin Kosong'

21-7-2021 05:06 PM Komen: 105
Sungai Siput: Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menolak kemungkinan tiga kes tular membabitkan isu suntikan 'vaksin kosong' di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berpunca daripada situasi keletihan dihadapi petugas serta sukarelawan barisan hadapan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, justeru semua petugas disarankan memberitahu keadaan diri sekiranya kepenatan dan berasa perlu mendapatkan rehat secukupnya sebelum menyambung tugas.


Foto: Harian Metro

"Kita lakukan kerja dengan bersungguh-sungguh. Tetapi apabila sudah letih, kita mesti beritahu supaya dapat 'direhatkan'. Kalau kita teruskan juga tugasan dalam keadaan letih maka terhasil kerja tidak produktif atau terbaik.

"Dalam isu ini (suntikan picagari kosong) kita sangat bimbang kerana membabitkan isu nyawa orang lain. Jadi kita kena bercakap masalah kita dan berkongsi dengan orang, jangan diam sahaja sebaliknya minta untuk direhatkan jika letih.

"Benar, sememangnya kita turut 'stress' (tertekan) dengan masalah berkaitan sumber manusia namun KKM sentiasa berfikir dan dinamik; Kami akan 'mobilize' (menggerakkan) petugas dari tempat (PPV) kurang sibuk ke PPV yang sibuk.

"Turut digerakkan adalah petugas di PPV yang memiliki ramai individu berpengalaman ke PPV yang lebih memerlukan petugas berpengalaman," katanya pada lawatan kerja rasmi ke PPV Awam Dewan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK), di sini, tadi.

Turut hadir Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming; Pegawai Daerah Kuala Kangsar; Zulhisham Ahmad Shukori; dan Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin.

Beliau mengulas tiga insiden tular di media sosial membabitkan beberapa individu disuntik dengan picagari kosong di PPV di Kedah, Kuala Lumpur, dan Selangor.

Dalam perkembangan berkaitan, Noor Azmi turut menasihati semua petugas atau sukarelawan di PPV supaya memperbetulkan niat untuk bekerjasama menghapuskan wabak Covid-19.

Reaksi itu diberikan susulan laporan seorang wanita berusia 32 tahun yang menjadi mangsa gangguan seksual seorang anggota keselamatan yang bertugas di sebuah PPV di Johor Bahru.

"Saya maklum mengenai kes itu dan mangsa sudah membuat laporan polis. Kita semua datang ke PPV dengan satu niat iaitu untuk bekerjasama menghapuskan wabak Covid-19. Nawaitu harus jelas, dan hati juga harus ikhlas buat kerja bersungguh-sungguh," katanya.

Sementara itu, Noor Azmi berkata, masih tiada keperluan untuk KKM melakukan PPV secara hadir terus atau 'walk in' khusus kepada golongan dewasa yang belum mendapat janji temu vaksinsi di negeri lain sebagaimana yang dilakukan di Selangor dan Kuala Lumpur bermula 1 Ogos kelak. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
0
0
0
Komen: 105
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote noor2 23-7-2021 07:21 AM
Scintilla replied at 23-7-2021 07:14 AM
sis x rakam bideo ke masa cucok tu? Nxt year blh trobek fb

X pun...tapi for second dos ni akak nk tengok picagari tu sebelum dan selepas..
Siap ko....kena tunjuk kat akak

Lain-lain Komen

Quote Decaffeinated 21-7-2021 05:09 PM
Boleh ek ko main2 kan nyawa manusia alasan sebab letih
Quote salmon-suki 21-7-2021 05:10 PM
Hmmmm..hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm........hmmmmmmmmmmmm
Quote superwolff 21-7-2021 05:10 PM
Rekpect kpd semua frontliner
Quote bakingsoda 21-7-2021 05:15 PM
mmg betul kalau duk ulang buat benda sama berjam2 kadang2 tak sedar pon buat silap tapi ni melibatkan nyawa orang woiii, buatnya gi suntik udara ke, salah dos ke, sape nak tanggung. at least yg silap suntik kosong ni sbb tak tekan syringe je, dan harapnya jarum yg sama tak digunakan buat cucuk orang lain
Quote Lydiawie 21-7-2021 05:19 PM
So..apa tindakan atasan bila ada kes cmne??
Quote Babai 21-7-2021 05:19 PM
Decaffeinated replied at 21-7-2021 05:09 PM
Boleh ek ko main2 kan nyawa manusia alasan sebab letih

Menipu la sangat.
Quote Belibis 21-7-2021 05:21 PM
Untung la keja gomen..kalau ko keja dengan tokey cino...selamat mencari kerja lain laa..
Alasan penat dan overload takde dalam kamus kilang..
Quote LadyCarefree 21-7-2021 05:21 PM
Sorrylah I cant accept apa alasan sekalipun bila tengok video injek tak tekan plunger tu or langsung tak inject. Tiada alasan lain selain dari nak guna dosage tu for something/someone else.
Quote Skuau 21-7-2021 05:21 PM
tetiba aku bayangkan....akibat kepenatan...semua frontliner...berhenti serentak cam bebudak mekdi kat us tempoh hari(sehingga operasi premis berkenaan terpaksa ditutup)..
Quote Skuau 21-7-2021 05:25 PM
Belibis replied at 21-7-2021 05:21 PM
Untung la keja gomen..kalau ko keja dengan tokey cino...selamat mencari kerja lain laa..
Alasan pen ...


"lu takmok..manggala,indon mau maa"-ayat2 tauke.Mungkinkah kita patut bagi kerja 'mencucuk' ni kat bangla,nepal,myanmar,indon...bagai???
Quote hyie 21-7-2021 05:25 PM
hello? kan ke staf kkm dah ada sop sebelum, semasa, dan selepas suntikan vaksin. Kalau sebelum suntikan tu, diorang kena terangkan ni vaksin apa, no siri, tengok jarum suntikan ni berapa ml, kalau ok baru sign borang persetujuan. Pastu baru suntik. Lepas suntik, tunjuk balik picagari tadi pastu baru buang, dan letak plaster kat bahu tempat kena cucuk tadi.

Tu je.

Yang fefeeling penat la, ape la, so drama yach! Kalau penat, pegila buat syif, satu syif 2 orang ke apa ke.
Quote Belibis 21-7-2021 05:29 PM
Skuau replied at 21-7-2021 05:25 PM
"lu takmok..manggala,indon mau maa"-ayat2 tauke.Mungkinkah kita patut bagi kerja 'mencucuk' ni k ...

Bagi bangla kalu...lagi ramai kena gangguan seksual laaa..adik manniss,mari baiya cucuk.
Quote Agent777 21-7-2021 05:33 PM
so what action will the Gov take?
Quote aechae 21-7-2021 05:34 PM
Yelah tu...klu letih sgt, cucuk pn tersasar dh kot. Ni cucuk n xtekan pn trus tarik, letak plaster kapas kt ctu tepat2 plak bekas cucuk. Xyah lh amek job cucuk org, amek yg cek form je boleh duduk xletih sgt kot
Quote monreyes 21-7-2021 05:35 PM
penat ke cucuk orang..
dorang ni kalau keje swasta dah lama mampus agaknya...
tipical pekerja gomen pemalas..
Quote guesswho09 21-7-2021 05:43 PM
Statement yg sgt tak bertanggungjawab
Quote noor2 21-7-2021 05:45 PM
Bongoknya statement...ni pasal nyawa orang....x larat jgn kerja berhenti
Quote noor2 21-7-2021 05:46 PM
Gaji nak...kerja mcm melepas betuk ditangga ...
Quote dua_chzy 21-7-2021 05:49 PM
Terlalu letih hotak kau.

Lihat semua komen(105)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top