CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

'Nak Saya Cucuk Awak Ke?' - Kes Pak Guard Bergurau Lucah Di PPV Disiasat

21-7-2021 11:11 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2409| Komen: 5

Description: Polis menyiasat kes seorang pengawal keselamatan didakwa membuat jenaka dan isyarat lucah terhadap seorang wanita yang hadir untuk janji temu suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konv ...
Polis menyiasat kes seorang pengawal keselamatan didakwa membuat jenaka dan isyarat lucah terhadap seorang wanita yang hadir untuk janji temu suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor.


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, siasatan dibuat susulan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut pada jam 4.56 petang Ahad.


Kredit foto: Harian Metro

"Kami sudah merakam kenyataan daripada wanita tersebut. Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Pada Ahad, seorang wanita dalam hantaran di Facebook miliknya mendakwa, semasa berjalan melalui pintu masuk ke PPV berkenaan, pengawal keselamatan terbabit meminta untuk melihat MySejahtera dan MyKad.

Menurut wanita tersebut, pengawal keselamatan itu bercakap dalam bahasa Melayu dan bertanya sama ada dicucuk atau belum dan menjawabnya belum kerana menyangka soalan itu mengenai ujian swab Covid-19.


"Wanita berkenaan mendakwa, pengawal keselamatan tersebut kemudian berkata: "Nak saya cucuk awak ke? (sambil dia tunjuk isyarat satu jari telunjuk dimasukkan dalam genggaman tangan satu lagi)."

"Wanita berkenaan bersama suaminya membuat laporan polis di Balai Polis Batu Pahat," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Xim 21-7-2021 11:19 AM
Thread dah ada ni....lebih afdhol kalau blh merge sekali @CARI-MAL

https://mforum1.cari.com.my/foru ... ead&tid=1260474
Quote slyfynx 21-7-2021 11:36 AM
Adui la wartawan cari.
Mentang2 immunity kuat, x kisah pun eh post thread dah ade.
Quote Punat_button 21-7-2021 03:38 PM
Xim replied at 21-7-2021 11:19 AM
Thread dah ada ni....lebih afdhol kalau blh merge sekali @CARI-MAL

https://mforum1.cari.com.my/fo ...

Lebih awal pun ada

https://mforum1.cari.com.my/foru ... &extra=page%3D3

Lihatlah dunia...


Quote Xim 21-7-2021 03:43 PM
Punat_button replied at 21-7-2021 03:38 PM
Lebih awal pun ada

https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1260360&extra=page% ...

Tapi takde updates pulak thread itu....
Quote Punat_button 21-7-2021 03:54 PM
Xim replied at 21-7-2021 03:43 PM
Tapi takde updates pulak thread itu....

betul gak tu. thread ke2 tu update.
anyway ini thread ke3 edisi siput sedut tertinggal ferry



Lihat semua komen(5)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-1-2023 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.079064 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top