CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Pandacott, Rakyat Nak Boikot Foodpanda

21-7-2021 10:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1067| Komen: 0

Description: BANGKOK – Syarikat penghantar makanan Foodpanda di Thailand berdepan kritikan hebat apabila mengumumkan akan memecat mana-mana pekerja yang mengambil bahagian dalam demostrasi pro demokrasi, lapor la ...
BANGKOK – Syarikat penghantar makanan Foodpanda di Thailand berdepan kritikan hebat apabila mengumumkan akan memecat mana-mana pekerja yang mengambil bahagian dalam demostrasi pro demokrasi, lapor laman berita Thaigernews, semalam.

Pengguna dan restoran yang terlibat dalam perkhidmatan menghantar makanan menyatakan pendirian mereka untuk memboikot perkhidmatan tersebut.

Tindakan boikot atau digelar pandacott itu berlaku selepas syarikat itu merancang memecat seorang penghantar makanan yang dirakam berada di lokasi demonstrasi berlangsung.


Foto: Coconuts

Syarikat itu mengatakan bahawa tunjuk perasaan itu berada di bawah dasar syarikat yang menentang kekerasan dan keganasan.

Penunggang itu didakwa membakar potret kerajaan. Susulan kejadian itu, Foodpanda memaklumkan pihaknya akan mengkaji perkara itu dan memecat penunggang tersebut.

Ramai penunjuk perasaan dan wartawan dilaporkan cedera dalam tunjuk perasaan yang membantah kegagalan menguruskan wabak Covid-19 dan kekangan bekalan vaksin, semalam.

Sejumlah penunjuk perasaan itu turut menuntut Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha meletak jawatan. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-10-2021 11:43 PM GMT+8 , Processed in 0.071138 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top