Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

9 Beranak Makan Nasi Lauk Budu Dan Kicap Je

21-7-2021 10:49 AM Komen: 17
Raya Aidiladha semalam disambut secara ala kadar oleh keluarga Mohd. Kamal Ariffin, 48, di Kampung Duyong Kecil di sini.

Kehidupan bapa tujuh anak itu mulai suram sejak dia terlibat dalam kemalangan motosikal tiga tahun lalu sehingga menjadi orang kelainan upaya (OKU).

Kemalangan berlaku ketika saya bekerja sebagai penghantar ikan di Pasar Borong Gong Pauh di sini pada 2018.

Akibatnya, saya patah kaki kanan dan sejak itu, kaki saya tidak sembuh sehinggakan menyukarkan diri untuk menyara keluarga sedangkan isteri (Nadiana Samion) pula cuma suri rumah, katanya di sini semalam.


Foto: Kosmo

Terdahulu, keluarga Mohd. Kamal disantuni Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Duyong, Abd. Rahim Abd. Rahman yang meng-hulurkan bantuan bakul makanan.

Mohd. Kamal berkata, kesusahan yang dihadapinya mendapat perhatian apabila sewa rumahnya ditanggung Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu.

Lelaki itu turut menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM900 sebulan.

Begitupun, bapa kepada tujuh anak berusia satu hingga 15 tahun itu mengakui mereka perlu berjimat cermat setiap bulan.

Kami hidup ala kadar dan kadangkala terpaksa mengalas perut dengan makan berlaukkan budu atau kicap. Saya akui pernah menitiskan air mata ke-rana sedih apabila tidak dapat memberi keselesaan kepada keluarga.

Apa pun, saya sentiasa pesan kepada isteri dan anak-anak agar jangan sesekali merungut, terus berdoa semoga ada sinar buat kami suatu hari nanti, katanya.

Sementara itu, Abd. Rahim berkata, keluarga Mohd. Kamal sebahagian daripada 100 keluarga murid SK Duyong yang menerima sumbangan bakul makanan. -CARI

Sumber: Kosmo

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
0
0
Komen: 17
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote jiwasemangat 21-7-2021 06:39 PM
Yess.. kerawang tuu nampak lain dari yg lain.. cantik sangat

Lain-lain Komen

Quote dua_chzy 21-7-2021 10:13 AM
Yang penting ada rumah sendiri yang helok tempat berteduh. Semoga anak2 berjaya dalam pelajaran dan boleh bantu keluarga kelak.
Quote hotmak 21-7-2021 10:14 AM
nampak gambar isteri dia muda lg, boleh kot lepas suami accident keluar bekerja, accident 3 tahun lepas anak bongsu umur setahun, patutnya tak payah tambah anak dah tau keadaan ketua keluarga tak mampu bekerja
Quote nenekglamer 21-7-2021 10:41 AM
Patah kaki boleh halang seseorg utk cari rezeki, but xboleh halang dia menambah anak.  Hmm..
Quote makadek 21-7-2021 10:43 AM
Budu tu mmg kuah diorg apa nk heran
Quote misc 21-7-2021 10:44 AM
Semoga dipermudahkan urusan keluarga ni. Anak ramai nak kena jaga makan minum. Mmg tak ada pilihan lain isteri suri rumah kena keluar bekerja. Harap ada pihak membantu cari pekerjaan yg sesuai sebab agak susah kalau sekarang nak cari kerja pun.

Apa2 pun sedapnya kalau dpt makan nasi putih, telur goreng, kicap dgn budu.
Quote makadek 21-7-2021 10:46 AM
Budu tu mmg kuah diorg apa nk heran
Aku sceptical dgn org kampung

Kmpung kt malaysia berbeza dgn negara2 jiran
Kalau kampung btul mcm indon ke thai pilipin kbykn rumah kg diorg miskin buruk tk terurus
Kotor  .nak2 yg ulu

Tp malaysia ko masuk kg
Majority rumah besar wlpn rumah kayu
Takyah g jauh aku org kmpung kategory jauh gak ng pekan tp tk de la susah sampai tk makan

Jrg aku denga diorg makan tk de lauk
Ala kicap tu mmg ada sejenis suka berkicapkan
Sama la ng org pata timur tk de budu tkleh
Quote TOPwind 21-7-2021 11:14 AM
asal melayu je cerita yg sama


Quote yoppoy 21-7-2021 12:02 PM
Menung jap aku dok ngidam beger sambil scroll grab
Quote monreyes 21-7-2021 12:32 PM
hotmak replied at 21-7-2021 10:14 AM
nampak gambar isteri dia muda lg, boleh kot lepas suami accident keluar bekerja, accident 3 tahun le ...

semua x boleh kecuali berenjut utk bersedap2an....i really kenot brain...
caner porumer x maki...

Quote nolya 21-7-2021 12:56 PM
makadek replied at 21-7-2021 10:46 AM
Budu tu mmg kuah diorg apa nk heran
Aku sceptical dgn org kampung

Jgn pukul rata gitu makadek.  Kita hanya baca kesah sekilas mll forum ini tapi kita buat kesimpulan tanpa kita sendiri fahami kesulitan keluarga ini yg sebenarnya. We are not in this family's shoes.  Ya, kita boleh sarankan begitu begini tapi praktik sebenarnya tak semudah spt yg kita sarankan. Bukan semua orang kg kaya.  Yg ada rumah besar kemungkinan rumah asal kepunyaan sendiri atau warisan, kemudian dibaiki, direnovasi dgn bajet dibiayai anak2 yg ada pendapatan. Tapi bila selama itu pak cik ni hanya bekerja sbg penghantar ikan dn kemudian cacat patah kaki dek kemalangan, maka terhalanglah  kudratnya nak menyara anak2 yg seramai tujuh orang. Ada 9 mulut yg perlu disuap makan, belum lagi keperluan2 lain spt pakaian, persekolahan dll.

Adakah keluarga ini ikut kibarkan bendera putih di rumanya atau Allah hantarkan rezeki kpd mereka mll En. Abdul Raim? Alhamdulillah, kalau tidak tentu hari2 berikutnya mereka hanya makan nasi berlaukkan budu. Saya tak fikir budu nak dianggap sbg the main dish orang2 pantai timur spt mana orang2 lain yg suka berkicap sbg side dish. Tapi kalau budu, kicap or garam saja yg dimakan dgn nasi, for sure ada menu yg tak beres dlm kebiasaan orang kita yg makan nasi.  Selama mana pulak harus berlaukkan budu saje bagi 9 orang sekeluarga itu.

Tersiarnya kesah kesusahan famili En.Mohd Kamal Ariffin ini, semoga kesempitan hidup mereka sedikit terbela khususnya drp pemerintah setempat.  Jgn pula ada yg beranggapan bahawa kesah 'kemiskinan' keluarga ini  mengaibkan. Ataukah juga, dlm kemelut sedang dibantai netizen, maka usaha bantuan drp EL terencat untuk salurkan bantuan? Apakah tak ade NGO2 lain berlumba2 mau mendahului memberikan bantuan sedangkan En. Abd. Rahim sudah membuka langkah. Trengganu tak lama orang kaya ke?
Quote nakkomenjugak 21-7-2021 01:14 PM
hanya mampu tersenyum sinissssss.
Quote jiwasemangat 21-7-2021 02:42 PM
..sujud sukur laahh. .
Org gout macam macam tak leh makan..
Org diabetes macam macam tak leh makan..
.. ber sukur laa..
Makan dgn kicap sekalipon.. itu pon makanan jua..
Boleh kunyah telan tuu pon..
dah nikmat sangat ..bagi aku
Quote angelofish 21-7-2021 02:55 PM
syukur la perut saya boleh tahan makan telur hari hari..bukan miskin sangat pon..cuma berjimat..andartu kan.kena la saving. tepi rumah pon tanam sayur kampung...dia orang yang duk kampung ni cuba la tanam sayur.kerah anak anak yang ramai tu
Quote Fortiori02 21-7-2021 04:56 PM
Susah hidup kt kampung, x sesusah hidup org miskin di bandar. Di kampung boleh lg bercucuk tanam, tangkap ikan di sungai or sawah. Kalau ada lebihan bercucuk tanam tu, boleh tumpang jual di gerai2 di kampung, boleh buat tambah sumber rezeki even x byk. Ikan yg lebih hasil tangkapan tu pun boleh dibuat pekasam & sbgnya.

Tp apapun, x kesahla hidup di bandar atau kampung, kita kena belajar merancang. Dan merancang tu bkn shj dr segi kewangan tp jg dr segi bilangan anak. Bertambah 1 anak, bertambah la belanja. Jd kena pikir, mana nak cekau duit kalau anak betambah. Tak boleh nak harap bantuan setiap masa.
Quote Mikaella 21-7-2021 05:24 PM
TOPwind replied at 21-7-2021 11:14 AM
asal melayu je cerita yg sama

betul. nampak sangat Melayu tak prepare dengan high income rate takpun simpanan rainy days... balik-balik penjual ikan, kerja kampung, dll. cina & india tak dengar pulak. rasanya tak perlulah letak news macam ni kalau wakil rakyat dah buat kerja, sebab buat malu pada masyarakat antarabangsa.
Quote sharlenetexas 21-7-2021 05:25 PM
Cantik corak kerawang rumah dia.
Quote jiwasemangat 21-7-2021 06:39 PM
Yess.. kerawang tuu nampak lain dari yg lain.. cantik sangat

Lihat semua komen(17)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top