CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Pakat Berebut, Pakej Majlis Perkahwinan Di Angkasa Habis Ditempah!

21-7-2021 10:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1118| Komen: 0

Description: TALLAHASSEE, Florida – Bakal pasangan pengantin baharu dijangka boleh menganjurkan majlis perkahwinan mereka di angkasa lepas menjelang tahun 2024, lapor akhbar Daily Mail, kelmarin.
TALLAHASSEE, Florida – Bakal pasangan pengantin baharu dijangka boleh menganjurkan majlis perkahwinan mereka di angkasa lepas menjelang tahun 2024, lapor akhbar Daily Mail, kelmarin.


Majlis perkahwinan unik itu akan  diadakan di dalam sebuah belon angkasa lepas bersaiz stadium padang ragbi yang terapung pada ketinggian 30 kilometer (km) di atas paras laut.

Syarikat Space Perspective berpangkalan di Florida kini menjual tiket penerbangan dengan kapsulnya pada harga AS$125,000 (RM528,000) yang akan menyajikan pemandangan Bumi yang menakjubkan.


Foto: Space Perspective

Kapsul  dibawa oleh belon angkasa gergasi itu boleh memuatkan hingga lapan tetamu ke ruang stratosfera  untuk perjalanan yang mengambil masa enam jam.


Pakej tersebut sudah pun dibeli oleh beberapa pelanggan untuk acara kumpulan dan ada juga yang ingin mengadakan majlis perkahwinan mereka di sana.

Tiket pakej  itu mula dijual sejak akhir Jun lalu.

Penumpang akan menikmati pemandangan Bumi 360 darjah ketika berada di dalam kapsul yang dilengkapi dengan bilik mandi, bar dan akses  Wi-Fi.

Space Perspective yang diketuai oleh pasangan suami isteri Taber MacCallum dan Jane Poynter baru-baru ini memberitahu majalah Observer mengenai sambutan menggalakkan yang diterima sejak pakej penerbangan itu mula dijual.

“Ini akan menjadi satu pengalaman yang gila. Belon akan berlepas dari Pusat Angkasa Kennedy dan mengambil masa lebih kurang dua jam untuk sampai pada ketinggian 30 km.

‘Semasa proses menuju ke puncak, anda akan dapat melihat sejauh 724 km ke setiap arah, bermakna anda akan melihat seluruh semenanjung Florida, Bahamas dan Teluk Mexico,” kata Poynter. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-2-2023 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.068495 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top