Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Seronok Jamu Selera Di Hari Raya, 30 Warga Asing Ditahan

21-7-2021 10:27 AM Komen: 3
Kegembiraan 30 warga asing dan seorang wanita tempatan menikmati jamuan hari raya di sebuah rumah tidak sampai kemuncak apabila sebuah kediaman di Taman Selayang Utama, Batu Caves, dekat sini diserbu polis.

Individu yang berumur antara 20 hingga 40 tahun itu diperiksa dan ditahan ketika serbuan dilakukan di kediaman itu sekitar pukul 10 pagi.



Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, serbuan dilakukan sebaik polis menerima maklumat daripada penduduk di kawasan berdekatan.

Siasatan awal mendapati empat daripada mereka memiliki dokumen perjalanan yang sah, enam memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang sudah tamat tempoh, manakala 20 lagi tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan.

Mereka dikesan melakukan kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan iaitu dengan berkumpul dan gagal mengamalkan penjarakan sosial, memiliki PLKS tamat tempoh dan tidak memiliki dokumen perjalanan, katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Jelas beliau, wanita tempatan yang ditahan telah dikenakan kompaun RM4,000 mengikut Perkara 16 Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) (Langkah-Langkah Di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

Manakala 29 warga asing lelaki dan seorang wanita pula dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk siasatan lanjut.

Kesemua tangkapan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang esok untuk permohonan reman, ujarnya. 


Sumber: K! ONLINE

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 3
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote sambaldurian 21-7-2021 12:29 PM
klu xnk saman psl penyakit berjangkit pun, boleh charge atas tiada dokumen. tu la dh kata, musim2 ni polis buat kerja , jgn la feeling2 kt negara sendiri lg. tau nk cari rezeki tp berpada2.

Lain-lain Komen

Quote nazzse 21-7-2021 11:44 AM
Padan muka sendiri cari penyakit.
Rakyat Malaysia bukan main patuh SOP, yg PATI gigih langgar sana sini
Quote Xim 21-7-2021 12:17 PM
Thread dah ada : https://mforum1.cari.com.my/foru ... ead&tid=1260536

Lagi afdhol kalau merge @CARI-MAL
Quote sambaldurian 21-7-2021 12:29 PM
klu xnk saman psl penyakit berjangkit pun, boleh charge atas tiada dokumen. tu la dh kata, musim2 ni polis buat kerja , jgn la feeling2 kt negara sendiri lg. tau nk cari rezeki tp berpada2.

Lihat semua komen(3)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top