Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Budak Maut Kebulur, Diikat Ibu Tiri Dengan Rantai Anjing Elektrik

21-7-2021 10:16 AM Komen: 13
Seorang ibu tiri bertindak kejam dengan membiarkan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun mati kebuluran selepas mengikatnya dengan rantai anjing elektrik.

Wanita berusia 27 tahun itu dijatuhkan hukuman penjara selama 65 tahun, lapor Daily Star.

Dayana Medina-Flores menerima hukuman maksimum itu setelah mengaku bersalah atas pembunuhan yang mengerikan itu.



Tertuduh membiarkan mangsa, Eduardo Posso sendirian di sebuah bilik mandi di sebuah motel di Bloomington, Indiana, Amerika Syarikat, selama berminggu-minggu.

Menurut laporan wbiw, tertuduh bersubahat dengan bapa kandung kanak-kanak itu, Luis Eduardo Posso, 34, untuk menganiaya mangsa.

Dokumen mahkamah menunjukkan terdapat serat rambut dalam badan mangsa.

Keadaan itu dipercayai mangsa terlalu lapar hingga terpaksa memakan rambutnya sendiri.

Perbicaraan ke atas Luis Eduardo Posso ditangguhkan dan kini ditahan atas pertuduhan antaranya kerana membunuh, kecuaiannya mengakibatkan kematian, melakukan kurungan yang kejam dan jenayah pengurungan hingga menyebabkan kecederaan.

Dia berdepan dengan hukuman penjara atas kesemua pertuduhan itu. 


Sumber: mStar

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 13
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote kyozsamurai 26-7-2021 12:40 PM
ikat ibu tiri dia balik...biar dia rasa apa yg budak tu rasa

Lain-lain Komen

Quote espri6006 21-7-2021 10:24 AM
Normadiah kekal sebagai ibu tiri yang jahat dalam filem...geram aku tengok dia siksa manja dalam cietr apantah..lupa. Depan bapa dia baik bukan main..belakang bapa dialah puaka. Tapi ini kisah benar..Ayah  sama je dengan mak tiri...Mak tiri puaka
Quote azie5zoe 21-7-2021 11:08 AM
espri6006 replied at 21-7-2021 10:24 AM
Normadiah kekal sebagai ibu tiri yang jahat dalam filem...geram aku tengok dia siksa manja dalam cie ...

Cerita Lela Manja..jahatnya mak tiri tu macam syaiton dan rasanya dalam cerita tu jer kot Salleh Kamil pegang watak jadi orang baik..

Quote espri6006 21-7-2021 11:54 AM
azie5zoe replied at 21-7-2021 11:08 AM
Cerita Lela Manja..jahatnya mak tiri tu macam syaiton dan rasanya dalam cerita tu jer kot Salleh K ...

Tu lah rasanya Lela Manja ..nak teka takut salah. Citer dia lebih kurang sama dengan apa yang terjadi dengan arwah my Mom...my mom selalu nangis kalau tengok citer lela manja, dia teringat arwah adik dia selalu kena siksa kena hidu asap sabut kelapa masa kecik2 dulu sampai adiknya meninggal, adik emak masa tu baru usia 4-5 tahun rasanya emak pulak baru usia 8 tahun( emak dan ayah dia meninggal masa kecik begitulah kalau duduk dengan sedara mara)..masa tu tahun 40an...mana lah tahun nak report bagai...

Quote sue_liah 21-7-2021 12:52 PM
kejam nya sampai makan rambut sendiri...syaitan betul pelaku nya meremput la ko kt penjara tu
Quote nakkomenjugak 21-7-2021 01:20 PM
ehhh pergi neraka jahanam laa korang! makan tahek sendiri dalam penjara

mak kandung budak tu mana?
Quote Nenolen 21-7-2021 02:53 PM
Laknatullah punya makpak
Quote fadz84 21-7-2021 02:57 PM
sue_liah replied at 21-7-2021 12:52 PM
kejam nya sampai makan rambut sendiri...syaitan betul pelaku nya meremput la ko kt penjara tu

Kes Gabriel Fernandez tu lg teruk, kena paksa mkn taik kucing ngn bf mak dia..
Quote Lista 21-7-2021 03:15 PM
Inna lillahi waiina ilaihi rojiun..

Sesiapa yg pernah kena dera sejak zaman kanak2...trauma mengenangkan semua ni.

Hanya yang pernah alami yang akan faham.
Quote any42 21-7-2021 03:30 PM
jahatnya. msuk pnjara biar kna bntai smpai lunyai mmpus je trus
Quote depresio 21-7-2021 03:34 PM
Rantai anjing tu yang tak bagi anjing menylak tu ke?yg colar tu?

Oi guna kat anjing pon aku xsetuju ini pulak nak guna kat manusia
Quote Artemesiaa 21-7-2021 04:39 PM
Kejamnya perbuatan selayaknya dikenakan hukuman berat
Quote azie5zoe 26-7-2021 12:35 PM
espri6006 replied at 21-7-2021 11:54 AM
Tu lah rasanya Lela Manja ..nak teka takut salah. Citer dia lebih kurang sama dengan apa yang terj ...

Bila dengar cerita melibatkan anak yatim yang duduk menumpang kasih dengan orang lain ni, automatik air mata akan jatuhkan. Rasanya kalau tahun 40an dulu dah ada talidera dah ramai juga juga masuk ke 'dalam'.

Quote kyozsamurai 26-7-2021 12:40 PM
ikat ibu tiri dia balik...biar dia rasa apa yg budak tu rasa

Lihat semua komen(13)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top