CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Guru Dipecat Banyak Cuti Sakit Akibat Asma Angkara Deodoran Murid

21-7-2021 09:37 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2173| Komen: 7

Description: Guru dipecat kerana rekod cuti sakitnya selepas mengalami serangan asma disebabkan murid-murid menggunakan deodoran di kelas.
Guru dipecat kerana rekod cuti sakitnya selepas mengalami serangan asma disebabkan murid-murid menggunakan deodoran di kelas.

Alison Grant-Ryder, 62, didapati mengambil cuti selama 243 hari antara 2013 dan 2019, lapor Metro UK.


Guru yang bertugas di sebuah sekolah di Wrexham, North Wales selama tiga dekad itu pertama kali mengalami serangan asama di tempat kerja pada 2013.


Alison Grant-Ryder tidak hadir bekerja selama 243 hari antara 2013 dan 2019. foto Google Maps

Dia didiagnoskan dengan asma dan mengambil cuti bekerja pada 2016 selepas berlaku beberapa masalah berkaitan kesihatannya.

Ketidakhadiran Grant-Ryder disebabkan murid-murid menggunakan semburan rambut dan deodoran sebelum kelasnya, meskipun penggunaan bahan itu dilarang di sekolah.

Guru malang itu sebaliknya dipecat meskipun tidak mengambil cuti yang dikaitkan serangan asma pada tahun terakhir dia berkhidmat.


Menerusi panel tribunal pekerjaan, sejarah ketidakhadiran jangka pendeknya terkawal sekurang-kurangnya selama setahun ketika guru berkenaan ditamatkan perkhidmatannya.

Menurut satu keputusan, langkah untuk memberhentikan guru berkenaan berdasarkan pertimbangan potensi sembuhnya adalah tidak memadai.

Tribunal turut mendapati sekolah tersebut melanggar Akta Kesetaraan 2010 kerana tidak mematuhi peraturan untuk mengambil langkah-langkah yang wajar bagi mengelakkan masalah kepada pihak yang menuntut disebabkan oleh ciri fizikal, iaitu penggunaan aerosol di dalam kelas.

Guru berkenaan memenangi pampasan kerana kehilangan pendapatan dan emosi terganggu.

Grant-Ryder memperoleh pampasan £78,000 (RM449,100). 


Sumber: mStar
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 21-7-2021 10:01 AM
Kalau kt tanahair...agak2 kena pecat jgk ke atau tiada tindakan diambil
Quote merrissa 21-7-2021 10:19 AM
krustykrab replied at 21-7-2021 10:01 AM
Kalau kt tanahair...agak2 kena pecat jgk ke atau tiada tindakan diambil

siap dapt pencen...sakit tak boleh kerja pun dpt gaji penuh juga
Quote Dovahkiin 21-7-2021 10:28 AM
Sini pun ada medical board. Kalau bnyk sgt mc, gaji bulanan akan ditukar kepada gaji harian. Bila dah tak fit lagi nak kerja, medical board akan saran pencen je with reduced benefits.
Quote nakkomenjugak 21-7-2021 01:20 PM
deodoran terlampau wangi
Quote depresio 21-7-2021 03:36 PM
Kat malaysia org xde peduli nya kenapa cikgu sakit tak hadir
Sudahnya salahkan cikgu je

Tengok kaper lahanat
Cikgu siap dapat pampasan lagi terbukti dia betul2 sakit bukan buat2 sakit
Dan punca sekolah yang xtegas dgn peraturan sendiri
Cikgu dalam kelas xde kuasa apa
Macam ni baru betul
Quote depresio 21-7-2021 03:37 PM
Dovahkiin replied at 21-7-2021 10:28 AM
Sini pun ada medical board. Kalau bnyk sgt mc, gaji bulanan akan ditukar kepada gaji harian. Bila da ...

Macam mana tu cuba jelaskan skit
Org duk kata keje gimen susah buang tapi ni ada medical board segala
Quote Artemesiaa 21-7-2021 04:38 PM
Sesetengah orang alah pada bahan2 macam tu nak buat macam mana.  Patut bila dah tahu itu puncanya eloklah dia cari kerja lain yang tak perlu banyak berhubung dengan ramai orang.

Lihat semua komen(7)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

6-12-2022 07:46 PM GMT+8 , Processed in 0.086560 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top