CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Penghulu Cakna Habis Minyak Motor Pantau Penduduk PKP

21-7-2021 09:28 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1783| Komen: 11

Description: Seorang penghulu di sebuah kampung di daerah Pasir Putih, Kelantan terpaksa menolak motosikalnya apabila kehabisan petrol ketika memantau perkembangan kampungnya.
Seorang penghulu di sebuah kampung di daerah Pasir Putih, Kelantan terpaksa menolak motosikalnya apabila kehabisan petrol ketika memantau perkembangan kampungnya.

Menurut satu klip video yang dikongsi melalui laman Facebook semalam, seorang penghulu dikenali sebagai Abang Lan terpaksa menolak motosikal ketika memantau keadaan kampungnya yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).




Mengikut kepada percakapan perakam video terbabit, Abang Lan akan memantau keadaan semua penduduk kampungnya setiap hari menggunakan motosikal Honda C70nya dan akan memastikan segala keperluan mencukupi.

“Kebetulan pagi ini saya nak ke kedai, terserempak dangan penghulu. Dia memang cakna pada penduduknya, dari pagi lagi dia dah buat kerja.

“Kuat sangat buat kerja sampai motosikal habis minyak pun dia sanggup tolak dan masih menanyakan kabar penduduk lain,” jelas perakam video tersebut.


Dalam pada itu, orang ramai memuji sikap penghulu tersebut, Osman Hasan berkata, tidak ramai penghulu yang berjiwa seperti itu dan diharapkan agar penghulu lain turut melakukan perkara sama.

“Kebanyakan penghulu lain baja padi pun dia ‘sakau’ tapi penghulu ni lain. Tahniah kepada penduduk kampung itu dapat penghulu macam ni,” jelasnya. 


Sumber: K! ONLINE
3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jahcomel 21-7-2021 09:44 AM
Nih Bru yo lo tok ngulu... Cakno ko rakyat
Quote krustykrab 21-7-2021 10:03 AM
Alhamdullilah dpt ketua yg prihatin..semoga byk pahala dikutip dan diberkati hidup dunia akhirat..
Quote jahcomel 21-7-2021 10:11 AM
Tok ngulu nih muda2 dulu blajar kt pondok...
Quote nakkomenjugak 21-7-2021 01:21 PM
tok penghulu yang tahu tanggungjawab. moga hidupnya sejahtera
Quote uori 21-7-2021 01:46 PM
Tok pghulu kg mak aku kijenya kenyangkan sedara mara sendiri dan kroni je
Quote Artemesiaa 21-7-2021 01:49 PM
Jenis yang tahu tanggungjawab je sanggup bertindak macam tu boleh dijadikan contoh.
Quote zuraidah1 21-7-2021 04:37 PM
Aku jd kerani penghulu .. penghulu aku baik sgt xkemut ..
Quote supernaturalee 21-7-2021 04:54 PM
Jgn2 meter motor rosak
Tu x perasan
Elok standby dlm botol ltk dlm raga


Quote shiraloveyou 21-7-2021 05:18 PM
Semoga makin ramai manusia yg bertanggungjawab mcm ni...
Quote jahcomel 21-7-2021 09:38 PM
Kalu mngaji  quran sedap sore tok  ngulu  nih, kalu ade kematian dialh y usung jenazah masuk dlm kubur, xdenye nk pkai smart2...
Quote Belibis 21-7-2021 09:44 PM
uori replied at 21-7-2021 01:46 PM
Tok pghulu kg mak aku kijenya kenyangkan sedara mara sendiri dan kroni je

Itu bukan kg mak hang ajer..mana2 sama lahhh..

Lihat semua komen(11)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

6-12-2022 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.091480 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top