CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Lebih 300 Penerbangan Dibatalkan Kerana Pekerja Mogok

21-7-2021 09:25 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1572| Komen: 2

Description: Mogok pekerja Groundforce, syarikat subsidiari TAP Air Portugal telah menyebabkan 327 penerbangan terpaksa dibatalkan pada Ahad, lapor Xinhua.
Mogok pekerja Groundforce, syarikat subsidiari TAP Air Portugal telah menyebabkan 327 penerbangan terpaksa dibatalkan pada Ahad, lapor Xinhua.

Sebanyak 301 daripada 511 penerbangan keluar masuk yang dijadualkan di lapangan terbang Lisbon terpaksa dibatalkan di samping 26 penerbangan turut dibatalkan di lapangan terbang Porto.




"Ia berikutan mogok pekerja. Kami merayu kepada penumpang yang terjejas agar tidak ke lapangan terbang Lisbon sebaliknya mendapatkan maklumat melalui saluran digital dan telefon,” memetik kenyataan ANA, syarikat pengurusan Lapangan Terbang Portugal.

Hanya syarikat penerbangan tambang murah yang menggunakan Terminal 2 di lapangan terbang Lisbon yang beroperasi kerana dikendalikan syarikat pengurusan lain.

Mogok pekerja Groundforce bermula pada Sabtu menyebabkan 260 penerbangan di dua lapangan terbang utama Portugal dibatalkan pada hari tersebut. Pembatalan lain dijadualkan antara 29 Julai dan 2 Ogos.


Mogok itu dianjurkan Union of Airport Handling Technicians (STHA) sebagai protes berhubung 'pembayaran gaji dan isu kewangan lain'. Pekerja Groundforce dikatakan mengalami masalah kelewatan pembayaran gaji sejak Februari 2021.

Sebanyak 50.1 peratus saham Groundforce milik Pasogal Group manakala 49.9 peratus lagi oleh kumpulan TAP, yang kemudian pada 2020 diambil alih kerajaan Portugal.

Groundforce mendakwa TAP berhutang sebanyak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 21-7-2021 01:22 PM
alamak ayat last tu tergantung
Quote Artemesiaa 21-7-2021 04:52 PM
Jadi macam ni penumpang jugak yang jadi mangsa keadaan

Lihat semua komen(2)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-2-2023 10:58 AM GMT+8 , Processed in 0.071072 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top