Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Padah Mempermainkan Polis, Buat Rakaman FB Live Ketika Ditahan

21-7-2021 09:17 AM Komen: 113
Seorang pemuda ditahan polis malam tadi kerana mengganggu tugas penjawat awam apabila bertindak menularkan rakaman video dia disaman oleh pihak polis kerana tidak memakai pelitup muka di sebuah stesen minyak di sini.

Malah ketika ditahan di kediamannya, pemuda tersebut membuat rakaman Facebook Live menunjukkan kehadiran sepasukan polis dan membiarkan anggota penguatkuasa itu menunggu lama di luar pintu.



Pemuda itu juga bertindak meminta anggota polis menunjukkan kad pengenalan serta kad penguatkuasa dan apabila dilarang membuat rakaman dia kemudiannya membacakan nama serta nombor kad pengenalan anggota polis berkenaan.

Bukan itu saja, dia dilihat mempermainkan anggota polis yang menunggu apabila mengemukakan soalan-soalan selain mempertahankan kesalahan tidak memakai pelitup muka dan menganggap tindakannya itu tidak mengganggu tugas penjawat awam.

Terdahulu, tular video insiden dia dikompaun kerana tidak memakai pelitup muka dan memberikan alasan beliau hanya berjalan lima meter ke kaunter di stesen minyak tersebut untuk membuat tambah nilai kad Touch n Go.

Sebaik ditegur di atas kesalahan tidak memakai pelitup muka, dia mula mempersoalkan tindakan anggota polis sambil merakam kejadian tersebut dan berkasar apabila polis memberi amaran supaya tidak berbuat demikian.

Pemuda berkenaan memberikan pelbagai alasan termasuk enggan memakai pelitup muka kerana boleh dijangkiti bakteria pneumonia yang dibacanya dalam satu kajian kajian di Denmark.

Dia yang tidak henti-henti mempertikai tugas sepasukan anggota polis turut mengeluarkan kata-kata kurang sopan selain berdegil enggan menghentikan rakaman video biar pun selepas selesai dikompaun kerana ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) membendung penularan Covid-19.

Video berdurasi 15.42 minit itu yang dirakam oleh pemuda itu  ditularkan dalam media sosial bukan sahaja mempertikaikan tugas anggota polis malah melontarkan kecaman kononnya mereka tidak bertanggungjawab menganiaya rakyat dengan memakan gaji hasil pembayaran cukai.

Rakaman video itu juga menunjukkan dia meminta kad pengenalan anggota polis dan memprovokasi biar pun telah berkali-kali dinasihatkan supaya tidak berbuat demikian.



Anggota pemantauan SOP yang mengesan pemuda tidak memakai pelitup muka mengeluarkan kompaun tersebut dalaam kejadian hari ini.
Rentetan kejadian itu, polis kemudian memulakan pengesanan suspek tempatan itu sebelum berjaya menahannya malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid ketika dihubungi telah mengesahkan penahanan suspek. 


Sumber: MalaysiaGazette

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
1
0
0
Komen: 113
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote b_n_c 26-7-2021 12:34 PM
Abam_Leh replied at 25-7-2021 11:50 AM
Yang abam heran, selamat lagi dia sekarang tak kena kobid ye

Walaupun tak pakei mask

itu sebab makhluk sekeliling dia pakai mask...ada kesedaran..

cuba kalau semua kepala otak sama dgn dia silap2 dia yg kojol dlu...wakakakakakakakakaka..

Lain-lain Komen

Quote mikasa 21-7-2021 09:19 AM
Apa motif nak viral?
Quote drivethru 21-7-2021 09:22 AM
Muka dan cara dia meroyan, macam penghisap tegar kote.
Quote akuMNdia 21-7-2021 09:23 AM

nak show off kebodohan diri sendiri

Quote mikasa 21-7-2021 09:27 AM
akuMNdia replied at 21-7-2021 09:23 AM
nak show off kebodohan diri sendiri

Aku baca yang mamat ni pun antivax
Quote SPACENUT 21-7-2021 09:28 AM
Ni mesti jenis otak dia jatuh, lepas tu cari tak jumpa...
Quote hareeeesah 21-7-2021 09:37 AM
drivethru: Muka dan cara dia meroyan, macam penghisap tegar kote.


Elok la bagi masuk dalam banyak boleh dapat hehheh
Quote akuMNdia 21-7-2021 09:44 AM
mikasa replied at 21-7-2021 09:27 AM
Aku baca yang mamat ni pun antivax

yer..
gigih pertahankan dia tak nak vaksin bila polis tu tanya dah amik vaksin ke belum.
dia buat research katanya..bukan mcm org lain yg terima jer vaksin tu..





Quote kasibiman 21-7-2021 09:44 AM
so apa lagi.

publish personal details.
nama.
keje apa.
anak sapa.
dok mana.



supaya bila jumpa boleh lempang je berjemaah bangat2 gini terus
Quote nononcrux 21-7-2021 09:45 AM
otak tak saring ke, bodoh btl
Quote cupu 21-7-2021 09:45 AM
Serius poyo jantan ni..aku xleh jd polis. Rs nk tendang je dia  sop pakai mask je kot..pjg ko nk argue.
Quote nazzse 21-7-2021 09:46 AM
Boleh kawan dengan Karen
sama spesis
Quote bluebutter 21-7-2021 09:48 AM
drivethru: Muka dan cara dia meroyan, macam penghisap tegar kote.

Hahaha. Kelakarlah. Kata lain for gaygay.
Quote Kurex 21-7-2021 09:49 AM
Kemaskan la rambut tu....
Quote outcast 21-7-2021 09:50 AM
Dok mencarut tak abes2 mcm pondan lorong
Quote libra_gurlz 21-7-2021 09:59 AM
mikasa replied at 21-7-2021 09:27 AM
Aku baca yang mamat ni pun antivax

haah..
dengan bangga dia ckp kat polis tu dia tak nak amik vaksin
sbb dia dah buat byk research and baca byk source kononya vaksin ni tak elok..
dia siap suruh polis tu pi baca research2 tu...

Semalam aku tengok video dia meroyan, nampak sgtlah kebodohan yang tak terbendung lagi..
Quote renko 21-7-2021 10:02 AM
hahahahahaa pondan laknat ni
time kena kutip
saja je lengah2 masa
kemain kecut nk keluar
sembang kencang dalam keta nk tampar polis apa la
da sampai depan pintu, keluar pun xnak
keluar masuk keluar masuk menceceh mcm buntut ayam
Quote outcast 21-7-2021 10:12 AM
Harap netizen  aim kereta dia tu. Sbb katanya kerete mak dia . Ahhahahah
Quote espri6006 21-7-2021 10:27 AM
budak budak baru akil baligh memang macam tu...
Quote pu3_rania 21-7-2021 10:41 AM
Served your right
Tengok gaya bercakap dah serupa macam orang tengah high

Lihat semua komen(113)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top