CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Nur Fazura Sayu- Rindukan Mekah, Madinah

19-7-2021 03:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3359| Komen: 12

Description: Sehari menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha, pelakon Nur Fazura menzahirkan kesayuan dan kerinduannya saat mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah dan Madinah.
Sehari menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha, pelakon Nur Fazura menzahirkan kesayuan dan kerinduannya saat  mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah dan Madinah.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, pelakon filem Dendam Pontianak itu berkata, dia akan melihat semula gambar kenangan ketika menunaikan ibadah umrah dan mendengar talbiyah (sejenis bacaan yang dibaca oleh jemaah haji atau umrah ketika dalam ihram) jika didatangi rasa rindu dengan suasana dua kota suci yang sangat dekat dengan umat Islam di seluruh dunia itu.

“Siapa rasa rindu ke Tanah Suci Mekah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah? Bila teringat (rindu), saya akan tengok gambar dan mendengar talbiyah. Rasa sayu sangat hati ini,” tulisnya dalam Instagram.

Foto: IG



Bagaimanapun, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin berkata, dia sangat bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana berkesempatan untuk menunaikan ibadah umrah bersama dua orang sahabat (dianggap kakak) iaitu penata imej, Yana Baharudin dan usahawan, Nurida Suraya serta suaminya, Fattah Amin sekitar penghujung tahun 2019 sebelum pandemik Covid-19 melanda.

Menerusi perkongsian tersebut, Fazura berkata pengalamannya menunaikan umrah pada ketika itu dianggap sangat luar biasa kerana berasa tenang dan dipermudahkan.



“Umrah ketika itu rasa cukup luar biasa, penuh ketenangan dan kesyukuran. Mungkin sebab rasa banyak sangat dosa ketika iti. Saya selalu rasa begitu (banyak dosa) dan berharap selalu rasa ada banyak dosa,” katanya.

Ibu kepada Nur Fatima Aisya itu turut berkongsi impiannya untuk menunaikan ibadah haji pada masa akan datang jika diberikan keizinan oleh-Nya.



“Teringin sampai masa nanti jika diizinkan Allah SWT untuk menunaikan haji pula. Doa di kesempatan ini, moga saya dapat memperbaiki lagi diri.

“Amalan, akhlak dan segala niat dalam diri. Saya berdoa juga kepada semua yang belum berkesempatan (menunaikan umrah dan haji), supaya dipermudahkan urusan ke Tanah Suci. InshaAllah semoga dipermudahkan,” ujarnya.





Dalam kesempatan sama, Fazura turut memberi ucapan kepada sesiapa sahaja yang menunaikan ibadah puasa hari Arafah pada 9 Dzulhijjah 1442 (hari ini) supaya diampunkan segala dosanya dan diberikan rahmat serta petunjuk oleh Allah SWT. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 19-7-2021 03:25 PM
sayuuuuu. hati ini makin sayuuuuuu
Quote slyfynx 19-7-2021 03:35 PM
No offence to Fazura or peminat Fazura....
Tp ni gosip pemende wehhhhhhhhhhhhhhhh
Editor pun x tau maksud gosip ape ke?

[go.sip] | ݢوسيڤ

Definisi : cakap-cakap yg mengisahkan khabar-khabar atau hal-hal yg buruk atau umpatan tentang orang lain; bergosip berbicara atau berdesas-desus tentang keburukan (kejelekan) seseorang, mengumpat
Quote doubleharmonic 19-7-2021 05:46 PM
dewisayu?
Quote Crymynal 19-7-2021 06:14 PM
sayu benar
Quote ashilalat 19-7-2021 10:32 PM
Mentang2 dah suci di mata forumers, nak sayu pon terpaksa potray sayu yang suci suci...

Pastu followers pon puji...makin suci dan terhapus dosa beliau
Quote mishungu 19-7-2021 10:37 PM
ashilalat replied at 19-7-2021 10:32 PM
Mentang2 dah suci di mata forumers, nak sayu pon terpaksa potray sayu yang suci suci...

...

As a fan iols x pernah pon anggap gitu.. Alhamdulilllah la kalo jd lebih baik dr before..
Quote ashilalat 19-7-2021 10:40 PM
mishungu replied at 19-7-2021 10:37 PM
As a fan iols x pernah pon anggap gitu.. Alhamdulilllah la kalo jd lebih baik dr before..

Gitu puja puji nya...hahaha.
Quote mendeluk 20-7-2021 12:43 AM
Reporter oiiiiiiiiiiii


        Takkan topic ini pun hang nak keluarkan jadi news. Sayuuuuu hati kami makin sayuuuuuu’ adeh lah.
Quote Paiya 20-7-2021 01:17 AM
Mommy Fatima berhak tulis apa-apapun kat ignya

Yang lucu itu tt..
Hati sayu mommy Fatima pun boleh jadi tajuk benang..
Quote Duriand24 20-7-2021 01:20 AM
Halah halah halah yg ini punnnnn
Quote pooh~key 20-7-2021 07:26 PM
slyfynx: No offence to Fazura or peminat Fazura....Tp ni gosip pemende wehhhhhhhhhhhhhhhhEditor pun x tau maksud gosip ape ke?


No offense tapi kau senyap jelah dek! Musim2 PKP PKPANTAT ni gosip apa je yang ada dekkkk? Semua orang kena duduk rumah main pantat masing2 jah tak boleh buat apa2 dek! Kalau ikut teori hanjing kau, makna kata bod ni jadi macam hati kau jelah dek, iaitu KOSONG, sistah!
Quote tunangku 4-8-2021 12:49 AM
panjangnya caption..

Lihat semua komen(12)

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

9-8-2022 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.081963 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top