Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Ruhainies Geram Orang Terima Suntikan Kosong, Mahu Pelaku Diberkas!

19-7-2021 02:42 PM| Komen: 30

Sejak beberapa hari lalu, tular mengenai dakwaan orang awam menerima suntikan kosong sehingga mencetuskan kemarahan ramai.

Tidak terkecuali, pelakon cantik Ruhainies, 29, turut meluahkan rasa kecewa dan mahu pelaku iaitu petugas kesihatan terbabit diberkas dan dikenakan tindakan sewajarnya.


Foto: IG

“Geram pula baca berita mengenai beberapa orang yang menerima suntikan kosong. Kenapa mereka jahat sangat?

“Perkara itu dilakukan kepada orang tua, tak fikir ke mereka datang dari jauh kemudian diberi suntikan kosong. Kenapalah wujud manusia-manusia begini,” luah pelakon drama Cukup Derita Itu.

Dalam pada itu, pemilik nama lengkap Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkenaan turut mempertikaikan bagaimana petugas terlibat dibenarkan bekerja di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).


“Macam mana mereka boleh ‘lepas’ kerja di pusat vaksin itu? Anda semua tolong pantau ibu bapa, nenek atau atuk ya. Mereka sudah tua tetapi golongan itulah yang dianiaya.

“Mereka tiada rasa tanggungjawab langsung! Panas hati dan tolonglah tangkap mereka yang terlibat serta ambil tindakan,” luah adik kepada pelakon Nur Risteena itu.




Terdahulu kecoh dalam media sosial apabila beberapa orang awam membuat pendedahan mendakwa mereka menerima suntikan kosong daripada petugas di PPV. –CARI

Sumber: Kosmo

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 30
Komen

Previous : "Awas! Saya Haramkan Kalian Bertandang Ke Rumah Mak Saya" - Azza Elite

Next       : Nur Fazura Sayu- Rindukan Mekah, Madinah

Komen Terbaru

Quote ally9970 21-7-2021 04:21 PM
Yg minah ni sibuk demand itu ini, kau ingat ko sape?

Lain-lain Komen

Quote mamajawie 19-7-2021 03:06 PM
Allahu..terserlah kemut kat gambar baju pengantin tu..
Quote LadyCarefree 19-7-2021 03:12 PM
Gambar yg stay soft my heart itukah wajah sebenar dia? Tuanya
Quote nakkomenjugak 19-7-2021 03:26 PM
ughhh rasa nak tekap muka nya dengan kek. kuat sangat kemutnya
Quote slyfynx 19-7-2021 03:35 PM
Eh, ko x yah bunyik la kemut.
And aditor cari....
Perlu ke setiap pendapat unta2 ni bukak thread baru?
Ni gosip ke?

[go.sip] | ݢوسيڤ

Definisi : cakap-cakap yg mengisahkan khabar-khabar atau hal-hal yg buruk atau umpatan tentang orang lain; bergosip berbicara atau berdesas-desus tentang keburukan (kejelekan) seseorang, mengumpat
Quote bungarose 19-7-2021 03:50 PM
Gambar pakai seluar iteww muka sebenar bila tak kemut ker
Lebey basic dr mirga
Quote matbad 19-7-2021 08:45 PM
betol ka bab vaksin kosong tu
Quote mamastoney 19-7-2021 09:22 PM
Seriously aku tak paham pesal pompuan ni berbaju pengantin sambil tgk keluar tingkap kapal terbang .....(confirmed prop je pun)
Quote jiwakacau06 19-7-2021 09:28 PM
dkt mna kes tu...
Quote Rara77 20-7-2021 05:13 AM
ada bukti kah? kalau tiada mohon kkm saman mereka semua ni yg fitnah
jgn main cakpub je kemut ui
Quote Rogue98 20-7-2021 06:38 AM
Orang tua mana pulak ni?
Quote selipar_hijau 20-7-2021 07:06 AM
@Kurex mana kurexxxx.. mohon ulasan
Quote ReginaGeorge 20-7-2021 07:49 AM
Rara77 replied at 19-7-2021 09:13 PM
ada bukti kah? kalau tiada mohon kkm saman mereka semua ni yg fitnah
jgn main  ...

Ada few videos circulating kat fb, dear. Jelas sejelas jelasnya. Tapi tatau la sengaja ke sebab cuai. Yelah tengok yang bg vaksin pon sibuk memujuk patient, agaknya cuai lah kot. Ke ada juga di antara petugas ni antivax eh?
Quote likilu 20-7-2021 07:55 AM
Warna dia memang keluar kilang macam tu atau hantar kasi renovate?
Quote noor2 20-7-2021 09:22 AM
Betul ke kosong...ko ingat kuantiti 0.5ml tu penuh ke picagari tu....ciput je
Quote wikedsaikel 20-7-2021 12:23 PM
I geram dengan otak kosong. Mohon masuk bekas sejuk beku terus.
Quote Megikari 20-7-2021 12:36 PM
Aku yakin aku dapat vaksin, bukan air yasin or oksigen kosong je sebab dua hari aku kiok terlepek kat rumah dengan sakit2 badan lepas injection
Quote hanihan16 20-7-2021 12:42 PM
aku ada baca katanya mmg petugas tu tak tekan plunger, dia cuma suntik jarum. tapi lepas disiasat, katanya hari tu dia terlalu letih sampai terlepas pandang, dia tak perasan pun dia tak tekan plunger tu.

pemilik video pun ada post suruh berhenti viralkan video tu sebab kes dah selesai katanya, dia pun dah dpt suntikan kedua 1st dos tu
Quote eyansss 20-7-2021 01:18 PM
hanihan16 replied at 20-7-2021 12:42 PM
aku ada baca katanya mmg petugas tu tak tekan plunger, dia cuma suntik jarum. tapi lepas disiasat, k ...

yup...  nurse tu dah terlalu penat sampai lupa nak tekan...  tapi dia dah call balik minah tu...  sebab dia baru perasan tak tekan...  minah tu pulak gelojoh terus upload pastu sekarang terhegeh2 suruh orang stop viralkan video tu...  lainkali pi la dulu kat tempat tu n tanya n if tak dilayan, baru la ko viralkan...
Quote missbigrockstar 20-7-2021 01:25 PM
mamajawie replied at 19-7-2021 03:06 PM
Allahu..terserlah kemut kat gambar baju pengantin tu..

Aku pun terkesima pada senyuman nya

Lihat semua komen(30)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top