CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Kecoh Tiga Orang Pakai Gelang Pink Masuk Farmasi

19-7-2021 12:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1764| Komen: 19

Description: Subang: Polis sedang mengesan tiga individu yang dipercayai memakai gelang dalam pengawasan (PUS) Covid-19 di sebuah farmasi di Puchong Perdana di sini, baru-baru ini.
Subang: Polis sedang mengesan tiga individu yang dipercayai memakai gelang dalam pengawasan (PUS) Covid-19 di sebuah farmasi di Puchong Perdana di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, pasukan pematuhan dan pemantauan Covid-19 menjalankan pemeriksaan di premis berkenaan selepas tular di media sosial pada Jumaat lalu.

Kredit foto: Harian Metro


"Soal siasat terhadap penyelia farmasi memaklumkan kejadian itu berlaku pada 11.20 pagi, 15 Julai lalu.

"Seorang lelaki memasuki premis tanpa membuat imbasan MySejahtera dan memakai gelang jambu mahu membeli ubat manakala seorang lagi lelaki dan wanita menunggu di luar premis.

"Lelaki yang memasuki premis beredar tanpa membuat sebarang pembelian selepas dimarahi dan diarahkan keluar oleh pekerja," katanya dalam kenyataan hari ini.

Berikutan itu, beliau berkata, empat pekerja farmasi yang bertugas pada hari kejadian sudah diarahkan menjalani kuarantin kendiri di rumah dan membuat ujian calitan awal.

"Tiada sebarang laporan polis dibuat selepas kejadian namun siasatan dilakukan dan polis sedang mengesan tiga individu itu kerana melanggar arahan kuarantin yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22(b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).

Beliau berkata, polis turut mengeluarkan kompaun terhadap premis berkenaan mengikut Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) 2021 kerana gagal memastikan pelanggan risiko rendah dibenarkan masuk dalam premis. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missycutie 19-7-2021 12:31 PM
adui.. apa la teruk sgt. dasar selfish
Quote angelofish 19-7-2021 12:42 PM
kesian.mungkin kena kuarantin kat rumah .tapi sakit teruk nak mati.terpaksa juga pegi farmasi..tapi boleh je suruh orang lain pegi
Quote LadyCarefree 19-7-2021 12:55 PM
angelofish: kesian.mungkin kena kuarantin kat rumah .tapi sakit teruk nak mati.terpaksa juga pegi farmasi..tapi boleh je suruh orang lain pegi


Foodpanda ada. Rider ada. Jiran ada.
Harap kena saman 5k sorang at least.
Quote kasibiman 19-7-2021 01:01 PM
Boleh tak bangsat2 mcm ni tangkap dah mandatory humban penjara sebulan?!!


Apa sial punya anak haram
Quote mbhcsf 19-7-2021 01:07 PM
see, tak semena mena dah menysusahkan staff kat premis tersebut kena kuarantinkan diri and berdepan risiko Covid-19. now jgn memain delta is very virulent.

ikhtiarlah cara dapatkan ubat, ni tidak.
Quote Manjahati 19-7-2021 01:10 PM
Selfishnya manusia gini..
Quote imransulaiman 19-7-2021 01:17 PM
Farmasi tu pun kena kompaun??? Jadah!
Quote mrsamz 19-7-2021 01:18 PM
mbhcsf replied at 19-7-2021 01:07 PM
see, tak semena mena dah menysusahkan staff kat premis tersebut kena kuarantinkan diri and berdepan  ...

Staf kene kuarantin..bos kene kompaun sbb bagi customer tu masuk premis
Quote Skuau 19-7-2021 01:35 PM
mrsamz replied at 19-7-2021 01:18 PM
Staf kene kuarantin..bos kene kompaun sbb bagi customer tu masuk premis

sepatutnya ada budi bicara....mungkin staf tu x perasan memula orng tu msk kedai..kan dia 'halau' orng tu pas dia dpt tau.
Quote wirazam 19-7-2021 01:41 PM
Aiyooo...diaorg nih tak paham kot..kena tukar gelang pink to gelang merah menyala...pastu staff KKM yg Padang Tu kena bgtau kena dok rumah..xleh  gi jalan2..
Quote wirazam 19-7-2021 01:45 PM
Bukan ke ..Xleh masuk farmasi...staff kedai farmasi letak meja kecik hadang pintu..pastu nak apa apa kena bgtau kat staff yg bertugas kat meja tu..byr pun kat meja tu je..takleh masuk kedai utk window shopping banding harga etc etc..ini farmasi kedai kecik lar..bukan yg jenis guardian watson etc etc semua tuh
Quote mbhcsf 19-7-2021 01:56 PM
mrsamz replied at 19-7-2021 01:18 PM
Staf kene kuarantin..bos kene kompaun sbb bagi customer tu masuk premis

bertimpa timpa kesannya kat org lain.
Quote mrsamz 19-7-2021 01:58 PM
Skuau replied at 19-7-2021 01:35 PM
sepatutnya ada budi bicara....mungkin staf tu x perasan memula orng tu msk kedai..kan dia 'halau'  ...

Kan? Kesian plak rasanya..
Quote slyfynx 19-7-2021 02:05 PM
Xpe. Bile ade kluster baru, leh salahkan kerajaan gagal.
Sedangkan disebabkan segelintir yang otak gagal berfungsi mcm ni, ramai akan terkesan.
Patut yang camni, campak kt pulau tempat kumpul sampah je
Quote cmf_almondpecan 19-7-2021 02:09 PM
wirazam replied at 19-7-2021 01:41 PM
Aiyooo...diaorg nih tak paham kot..kena tukar gelang pink to gelang merah menyala...pastu staff KKM  ...

Maybe kena pakaikan EMD yang boleh zap pemakai tu kalau berjalan keluar dari radius yang ditetapkan.
Quote Skuau 19-7-2021 02:10 PM
slyfynx replied at 19-7-2021 02:05 PM
Xpe. Bile ade kluster baru, leh salahkan kerajaan gagal.
Sedangkan disebabkan segelintir yang otak  ...


pulau ular kan ada...
Quote nakkomenjugak 19-7-2021 02:58 PM
apa yang terdesak gigih sangat nak kena gi sana dengan begelang gitu??  
dasar kamikaze selfish
Quote nononcrux 19-7-2021 03:09 PM
hidup tu jgn la nak susahkan org aih..teruk betul perangai
Quote Fortiori02 19-7-2021 09:20 PM
Dah kena kuarantin tu, duduk la rumah. Kalau nak apa2 keperluan, minta la tlg ahli keluarga yg x kuarantin gi belikan. Jenis x phm bahasa ni

Lihat semua komen(19)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-12-2021 12:18 AM GMT+8 , Processed in 0.104388 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top