CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Pelatih Haiwan Wanita Jatuh Depan Penonton Diserang Beruang Sarkas

19-7-2021 11:44 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2154| Komen: 21

Description: Seekor beruang yang sedang beraksi di hadapan penonton tiba-tiba menyerang pelatih haiwan itu di sebuah sarkas di Berezovsky, Rusia pada Sabtu lalu.
Seekor beruang yang sedang beraksi di hadapan penonton tiba-tiba menyerang pelatih haiwan itu di sebuah sarkas di Berezovsky, Rusia pada Sabtu lalu.

Kejadian itu dirakamkan seorang penonton di sarkas tersebut.



Seekor beruang sarkas bertindak di luar dugaan apabila menyerang pelatihnya.

Turut sama menyaksikan insiden itu ialah orang ramai termasuk kanak-kanak dan ibu bapa.

Beruang yang sedang berdiri dan berjalan itu tiba-tiba bertindak di luar kawalan apabila menyerang pelatih haiwan wanita berkenaan.

Haiwan itu turut memegang pergelangan kaki wanita berkenaan yang mengakibatkannya jatuh di hadapan penonton.

Namun, dua lelaki yang merupakan anggota persembahan sarkas itu berjaya menarik leher beruang itu dan menjauhkan haiwan tersebut dari pelatih wanita berkenaan.


Seorang anggota persembahan lelaki (kanan) halang seekor beruang daripada terus menyerang pelatih haiwan wanita di sebuah sarkas di Berezovsky, Rusia pada Sabtu lalu. - Foto The Siberian Times


Rakaman video daripada penonton itu menunjukkan satu lagi serangan beruang ke atas pelatih haiwan wanita tersebut.

Dalam kejadian itu, beruang tersebut menyerang pelatih haiwan berkenaan ketika ia sedang berdiri.

Namun, seorang lelaki yang juga merupakan anggota persembahan sarkas itu tangkas menghalang haiwan tersebut daripada terus melakukan serangan.

Dalam kedua-dua kejadian itu, pelatih haiwan tersebut tidak mengalami kecederaan parah.

Jawatankuasa Penyiasatan Rusia dilaporkan sedang mengkaji insiden itu bagi mengetahui sama ada terdapat pelanggaran prosedur keselamatan semasa melakukan persembahan.

Dalam pada itu, pemilik sarkas terbabit menafikan berlakunya kejadian itu walaupun terdapat rakaman video menunjukkan seekor beruang melakukan serangan.


Sumber: Sinar Harian
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 19-7-2021 11:49 AM
Badan perempuan tu sana beso dgn beruang tu...
Quote zehra2 19-7-2021 11:55 AM
menyiksa haiwan.. heeeeee
Quote shernazz 19-7-2021 11:58 AM
Dia tengok sedap lauk ni..
Rupanya manusia..
Salah mata dia
Quote any42 19-7-2021 12:16 PM
kesian haiwan kna bkerja
Quote bakingsoda 19-7-2021 02:29 PM
dah lama tu berdendam "aku yg keje kau yg ratah untung" cashhhhh!
Quote MoonRise 19-7-2021 02:33 PM
Padan la. Dah letak haiwan bukan pada habitatnya
Quote Artemesiaa 19-7-2021 02:42 PM
Dah haiwan liar asalnya pasti masih ada sifat liarnya tu tak hairan kalau ia akan menyerang juga
Quote nakkomenjugak 19-7-2021 03:02 PM
good. aku tak penah suka circus. dah tak patut ada pun
Quote Punat_button 19-7-2021 06:27 PM
apa kata pencinta haiwan Russia?

Quote sekngucing 19-7-2021 06:48 PM
apa.salahku..kata beruang

kau buatku begini...

tidak pernah kuduga..ininsemua terjadi...hooo
Quote MissyMolly 19-7-2021 06:53 PM
Aik.. ada lagi sarkas zaman now?
Quote miszclassique 19-7-2021 07:09 PM
Kesian beruang tu mesti malam ni tak dapat makan hmmm benci lah dera2 binatang gini
Quote pooh~key 19-7-2021 07:11 PM
Akak teringin nak tengok zoo khas manusia yang dikurung, binatang jadi pelawat, dekkkkk!
Quote Decaffeinated 19-7-2021 11:05 PM
MissyMolly replied at 19-7-2021 06:53 PM
Aik.. ada lagi sarkas zaman now?

kat Malaysia pun ada cuma skrg tutup sebab darurat. dalam tu macam2 ada monyet, katak, bewak


Quote Decaffeinated 19-7-2021 11:07 PM
pooh~key replied at 19-7-2021 07:11 PM
Akak teringin nak tengok zoo khas manusia yang dikurung, binatang jadi pelawat, dekkkkk!

try orang utan island di Tasik Merah Resort


Quote che-cikL 20-7-2021 12:28 AM
Pelatih lak, bukan ke jurulatih?
Quote MissyMolly 20-7-2021 01:18 AM
Decaffeinated replied at 19-7-2021 11:05 PM
kat Malaysia pun ada cuma skrg tutup sebab darurat. dalam tu macam2 ada monyet, katak, bewak

...

Cissss penat sel otak iols decode. Ingat taman burung ke hapa tadi
Quote edayildiz 20-7-2021 01:28 AM
ada bideo tak? beruang ni la kan yg teddy bear yg korg peluk tdo tu kan?dorg ni mcm sepupu sepapat panda..panda lg comel..
sado gak nampak peha akak pelatih tu..mayb beruang tgh lapar kot
Quote supernaturalee 20-7-2021 01:33 AM
pooh~key replied at 19-7-2021 07:11 PM
Akak teringin nak tengok zoo khas manusia yang dikurung, binatang jadi pelawat, dekkkkk!

Planet of the apes

Lihat semua komen(21)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-11-2021 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.088384 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top