CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Cara Nyanyian Sama, Sarah Suhairi Dituduh Tiru Dayang Nurfaizah

19-7-2021 11:06 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2293| Komen: 14

Description: "Membandingkan bakat saya dengan Dayang Nurfaizah ibarat langit dengan bumi," kata penyanyi Sarah Suhairi apabila cara nyanyiannya dalam lagu baharu, Andaikan sekali lagi didakwa mempunyai persama ...
"Membandingkan bakat saya dengan Dayang Nurfaizah ibarat langit dengan bumi," kata penyanyi Sarah Suhairi apabila cara nyanyiannya dalam lagu baharu, Andaikan sekali lagi didakwa mempunyai persamaan dengan penyanyi terkenal itu.


Sarah berkata, dakwaan dirinya memiliki suara mirip Dayang bukan satu isu baharu sebaliknya sering menjadi buah mulut netizen.

Foto: IG

"Isu ini bukan benda baru, tapi saya dah selalu dengar. Sejujurnya banyak lagi yang perlu saya belajar memandangkan masih baru di dalam bidang ini.

"Mungkin genre dan cara nyanyian kami ada persamaan, tapi masing-masing ada keistimewaan tersendiri.

"Apapun, saya sebenarnya tak nampak yang kami mempunyai banyak persamaan atau suara saya terlalu mirip dengannya. Namun, saya sangat menghormati Dayang kerana dia seorang penghibur yang hebat dan sudah lama di dalam industri seni," katanya.




Menurut Sarah, dia tidak mampu mengawal mulut dan pendangan netizen untuk terus membandingkan dirinya dengan Dayang.

"Setiap orang bebas untuk bercakap apa saja dan saya percaya setiap orang juga ada kelebihan masing-masing.




"Tetapi tak manislah untuk membandingkan kami berdua. Saya hanya mampu fokus dengan apa yang kita ada," katanya.

Andaikan adalah lagu ciptaan Sharon Paul manakala lirik oleh Shah Shamsiri itu, kini muzik videonya sudah mencecah lebih 162,000 tontonan di YouTube. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doubleharmonic 19-7-2021 11:55 AM
[youtube]9IvK0BDAp8A[/youtube]
Quote doubleharmonic 19-7-2021 11:56 AM
[ig]https://www.instagram.com/p/B04_18GHTVW/[/ig]
Quote doubleharmonic 19-7-2021 12:01 PM
[youtube]vJ8bnlFCklM[/youtube]
Quote doubleharmonic 19-7-2021 12:02 PM
[youtube]r_RcwspbJq0[/youtube]
Quote doubleharmonic 19-7-2021 12:03 PM
[youtube]jOTe3C9Huwo[/youtube]
Quote doubleharmonic 19-7-2021 12:04 PM
[youtube]RbfSjhoU7vM[/youtube]
Quote immaryjane 19-7-2021 12:06 PM
Budak ni banyak lagu dia yang best2. Suke lagu pedih tu
Quote exclusive_vvip 19-7-2021 12:06 PM
doubleharmonic replied at 19-7-2021 12:03 PM

nape buruk beno gaya dia nyanyi tu? tapi part suara sama tu xleh nak wat apa la..dah mmg pemberian tuhan..
Quote nakkomenjugak 19-7-2021 03:17 PM
bertabah jeleee sore sama
Quote sleepandream 19-7-2021 04:33 PM
dayang lebih sengau dan lebih kuat lenggok ek ek tu
Quote ashilalat 19-7-2021 05:03 PM
Unpopular opinion - suara dayang lebih keras, kejung, sengau dan banyak ek ek ek. Bila kat not tinggi x relaks langsung, kdg2 mcm strain pulak dgr.

Suara budak ni lebih lembut dan menenangkan, kurang sengau. Tak annoyed sangat sbb xde ek ek tu. Budak ni pon x leh nyanyi tinggi sangat, dan dia tau tu. So x nmpak struggle not tinggi dia.

Tone mmg sama dua2. Tp oklah. At least 2 je sama dari tone Alyah, Mitch Donat, Erema, Shilalat yg beramai2 seakan ton sama.
Quote rayriff 19-7-2021 08:16 PM
Suara dia sedap dan dia ni berbakat..
Quote chinta89 22-7-2021 11:15 AM
ooo lagu dlm ost Hatimu Sedingin Salju  dia eh nyanyi.


aku suka satu lagu yg dia nyanyi Entah Apa duet dgn si Aepol Roza
Quote Cece1234 22-7-2021 11:17 AM
chinta89 replied at 22-7-2021 11:15 AM
ooo lagu dlm ost Hatimu Sedingin Salju  dia eh nyanyi.



Sedap lagu entah tu..

Lihat semua komen(14)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-1-2022 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.075786 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top