Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Tidur 300 Hari Dalam Setahun, Boleh Tidur 12 Hari Berterusan

19-7-2021 10:39 AM Komen: 3
New Delhi: Seorang lelaki di India menarik perhatian dunia kerana mampu tidur selama 300 hari setahun.

Pukharam, 42, yang berasal dari sebuah kampung di Bhadwa di Rajasthan menderita 'HPA axis hypersomnia' yang menyebabkan dia boleh tidur sehingga 25 hari secara berterusan.

Pukharam menghidap penyakit berkenaan sejak 23 tahun lalu selepas dia tidur selama 15 jam sehari.

Namun, keadaannya semakin meruncing dua tahun kemudian menyebabkan keluarganya merekodkan tempoh tidur mengikut hari, berbanding jam, seperti sebelumnya.

Foto: Agensi

Pengusaha kedai itu boleh tidur tujuh hingga lapan hari secara berterusan, malah kini keadaannya lebih teruk apabila tempoh itu meningkat kepada 25 hari.

Dalam 365 hari setahun, Pukharam menghabiskan 300 hari daripadanya dengan tidur.

Perniagaannya juga hanya boleh beroperasi lima hari seminggu kerana keadaan kesihatannya.

Dia juga adakala tertidur ketika sedang bekerja dan tidak akan sedar walaupun cuba dikejutkan.

Apa yang boleh dilakukan keluarganya hanya dengan membawa lelaki itu pulang ke rumah.

Keluarganya juga terpaksa memberi makan dan memandikan Pukharam ketika dia sedang tidur.

Jadual tidur yang pelik menyebabkan penduduk kampung memberi gelaran Kumbhakaran iaitu nama adik kepada seorang lelaki bernama Ravan yang pernah tidur selama enam bulan.

Isteri Pukharam, Lichimi Devi berkata, suaminya bangun pada Ahad lalu selepas 12 hari tidur dan perkara pertama dilakukan adalah membuka kedai runcitnya.

Tetapi tiada siapa yang tahu berapa lama Pukharam akan berjaga sebelum dia kembali tidur semula.

Setakat ini, tiada sebarang rawatan yang boleh mengubati penyakitnya walaupun sudah mencuba beberapa kali rawatan.

Akibat daripada rawatan, dia mengalami sakit kepala dan keletihan melampau namun keluarganya yakin penyakit itu boleh sembuh. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
0
0
Komen: 3
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Raline 19-7-2021 01:17 PM
https://mforum1.cari.com.my/foru ... =1260266&extra=

dah ada la sayang

Lain-lain Komen

Quote msel 19-7-2021 10:47 AM
Sleeping bhaiya.

Nampak penat muka tu.
Quote mdhelmi 19-7-2021 11:24 AM
"Dia juga adakala tertidur ketika sedang bekerja dan tidak akan sedar walaupun cuba dikejutkan"

dah cuba cili padi?
Quote Raline 19-7-2021 01:17 PM
https://mforum1.cari.com.my/foru ... =1260266&extra=

dah ada la sayang

Lihat semua komen(3)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top