Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

"Tahniah kak Nora tak memilih vaksin", Netizen puji Nora Danish relaks saja suntik Sinovac

14-7-2021 06:03 AM| Komen: 102



Pelakon jelita Nora Danish, 39, baru saja menerima suntikan dos pertama vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) University College Sedaya International (UCSI), pada Isnin. 

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Nora mencuri tumpuan ramai apabila memuat naik gambar dan rakaman video ketika sedang menerima suntikan vaksin jenis Sinovac.


Rata-rata netizen memberikan kata-kata pujian kepada pelakon itu kerana tidak memilih jenis vaksin yang diberikan atau jauh sekali nak merungut meskipun, berstatus artis terkenal dan menantu kepada orang kenamaan (VIP).


Melalui satu hantaran menerusi InstaStory miliknya, pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama Puteri itu memberitahu bahawa setakat ini dia tidak mengalami sebarang kesan sampingan walaupun sudah memasuki hari kedua.

"Hari ini adalah hari kedua selepas ambil suntikan vaksin Sinovac. Selepas disuntik, alhamdulillah tidak ada sebarang kesan sampingan. Tangan pun tidak lenguh. Rasa lebih bertenaga dan rajin," katanya.


Pada Ahad, selebriti Ifa Raziah dikecam netizen kerana telah membatalkan janji temu vaksin selepas diberitahu akan menerima vaksin jenis Sinovac dan bukannya Pfizer seperti yang diinginkan kerana menurutnya, vaksin Pfizer sahaja dirasakan sesuai untuk diri dan penyakit yang dihadapinya.

Dalam perkembangan terbaru, Nora Danish merupakan antara bintang selebriti yang terlibat dalam kempen Apa Khabar Anak Seni.


Kempen berilustrasi genggam tangan berlatarkan warna kuning itu, diadakan bertujuan untuk orang ramai dan penggiat seni bertanya khabar dengan semua pekerja industri kreatif dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) fasa 2 dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) ini. - CARI.




Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 102
Komen

Previous : "Setahu Saya MITEC Bekalkan Pfizer, Tapi Jadi Lain Pula Bila Diberi Sinovac" - Ifa Raziah

Next       : Dayang Dah Bercinta? Bakal Dedahkan Kekasih

Komen Terbaru

Quote BungaTepiMeja 22-7-2021 01:12 PM
zasrfikri replied at 21-7-2021 08:39 PM
sinovac lagi mahal daripada pfizer la. standard harga (tertakluk kepada perubahan dari semasa ke s ...


ait betul ke...tapi ni yang release dari WHO. sinovac $5 je. ntah lah






Lain-lain Komen

Quote wnwa05 14-7-2021 06:22 AM

Quote Tinot7 14-7-2021 06:56 AM
Comeynya dia nihh..
Quote noor2 14-7-2021 07:14 AM
Makin slim badan dia ni...badan lawa...
Quote Suchi 14-7-2021 07:43 AM
Oh kiranya yang AZ dia dah daftar dulu tu terbatal la ye?
Ikutkan dia kan daftar yg AZ batch pertama tu tp hari yg patut dia amik tu dia positif plak.

Mcm kawan iols daftar yg AZ tu gak tp sebab  dapat hat jauh dr rumah dia susah nak mandu sorang2 g sana so dia cancel pastu kena tunggu balik la cam biasa.
Kali ni dapat PPV dekat ngn umah,dan dapat pfizer.

Quote jackreacher 14-7-2021 07:48 AM
hot momma yang penuh dengan positive vibes, happy go lucky & rajin bersiap.
Quote sofyayra 14-7-2021 07:54 AM
Hari tu gi ambik 1st dose vacc, nampak kak kepom ambik vacc jgk sekali dgn trup dia. Bila nak cucuk, dia sorg smpai 4/5 nurse dok hurung.
Tp comey2 dgn perut besaq tu
Quote Nana_Man 14-7-2021 08:06 AM
Suchi replied at 14-7-2021 07:43 AM
Oh kiranya yang AZ dia dah daftar dulu tu terbatal la ye?
Ikutkan dia kan daftar yg AZ batch pertam ...

Rezeki dpt Pfizer
Quote Nana_Man 14-7-2021 08:07 AM
sofyayra replied at 14-7-2021 07:54 AM
Hari tu gi ambik 1st dose vacc, nampak kak kepom ambik vacc jgk sekali dgn trup dia. Bila nak cucuk, ...

Asal smpi ramai nurse?
Quote cikenit2007 14-7-2021 08:25 AM
Bagus nora danish punya positif vibes
Quote pearl.silver 14-7-2021 08:26 AM
sofyayra replied at 14-7-2021 07:54 AM
Hari tu gi ambik 1st dose vacc, nampak kak kepom ambik vacc jgk sekali dgn trup dia. Bila nak cucuk, ...

Kak kepom tu sapa.. Ada troop.

Yg i biasa dgr kak kepom ni si hanis gundu..
Quote Suchi 14-7-2021 08:58 AM
Nana_Man replied at 14-7-2021 08:06 AM
Rezeki dpt Pfizer

Tula tp dia tak kisah pun dapat vaksin mana, sebab dari awal pun mmg nak vaksin je tu yg sampai gigih berebut AZ dulu tu. Biasanya yg tak kisah dapat mana2 ni mmg akan dapat hat paling orang nak huhu. Dia duk putrajaya tak silap ppv sana skrg ni mmg ada stok pfizer.
Quote AshkieLa 14-7-2021 09:00 AM
kan senang tak banyak songeh mcm ni...
so nora Team KJ la ni..
Quote cheezel 14-7-2021 09:03 AM
good nora. nasib tak ikut perangai makcik kuat suntik tu
Quote MisXoXo 14-7-2021 09:11 AM
Dia mmg cool ja kan..jns bersiap..rumah bersih ja..dapur pun kemas ja..xda sepah sepah pun..kalau tgk family dia pun sama..kemas ja rumah..teratur.. terbaik nora..sukaaa sbb sederhana jaa
Quote Login_ID 14-7-2021 09:17 AM
cheezel replied at 14-7-2021 09:03 AM
good nora. nasib tak ikut perangai makcik kuat suntik tu

makcik kuat suntik kata, dia ada penyakit.
doktor mmg dah list jenis2 vaksin yg dia boleh dan tak boleh ambik
Quote jlo 14-7-2021 09:19 AM
good nora...suka sangat dia mhuahhh
Quote BungaTepiMeja 14-7-2021 09:26 AM
Good nowa.. Sekarang saudi pun dah iktiraf sinovac. Kalut sangat takut sana sini tak iktiraf pasai pa. Macam la sekarang ni boleh travel sgt.. Dalam negara pun masih berkurung kes kemain tinggi
Quote abbey 14-7-2021 10:03 AM
BungaTepiMeja replied at 14-7-2021 09:26 AM
Good nowa.. Sekarang saudi pun dah iktiraf sinovac. Kalut sangat takut sana sini tak iktiraf pasai p ...

lambat laun akn iktiraf jg
sj je derang nk diskriminasi sbb dr china
Quote Rogue98 14-7-2021 10:05 AM
Suka Nora ni....satu2 nye artis yg positive and tak suka kondem or komplain.

Lihat semua komen(102)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top