CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Bayi Maut Patah 71 Tulang Rusuk Digoncang Ibu Bapa

9-7-2021 02:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1568| Komen: 9

Description: Seorang bayi lelaki berusia lima minggu maut selepas ‘digoncang’ ibu bapanya sehingga menyebabkan tulang rusuknya patah 71.
Seorang bayi lelaki berusia lima minggu maut selepas ‘digoncang’ ibu bapanya sehingga menyebabkan tulang rusuknya patah 71.

Sean Clark yang baru 39 hari dilahirkan ditemukan mati dalam katil bayi di rumah bapanya berhampiran Bristol pada Januari 2018.


Dalam sesi perbicaraan, mahkamah dimaklumkan Sean diserang sebanyak tiga kali sepanjang hayatnya, menyebabkan bayi kecil itu mengalami patah tulang rusuk dan kecederaan di kepala.



Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu didakwa dilakukan ibu atau bapanya.

Sean dilaporkan mengalami kecederaan serius pada tulang rusuknya pada petang 11 Januari dan bayi itu meninggal dunia tiga hari kemudian.

Hasil siasatan dan bukti yang dikumpul menunjukkan bapa bayi berkenaan bertanggungjawab menyebabkan kematian anaknya.

Selain itu, polis turut memaklumkan ibu bayi berkenaan mencari maklumat dalam Google mengenai sebab bayi batuk berdarah.


Malah, wanita itu pernah memberitahu ibunya bahawa Sean sering menangis setiap kali didukung atau diberi susu.

Sementara itu, ibu bapa Sean tidak mengaku bersalah atas dakwaan tersebut dan perbicaraan akan bersambung. 


Sumber: Utusan

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 9-7-2021 02:55 PM
goncang pulak mak bapaknya guna amusement ride kat funfair non stop sampai mati
Quote kiah_mai_pulak 9-7-2021 07:50 PM
budusssss nya mak pak hati iblis mcm ni…
Quote tikusmontok 9-7-2021 07:57 PM
natang2 ni tak layak ada zuriat
Quote mbhcsf 9-7-2021 07:59 PM
oh my god.
Quote slyfynx 9-7-2021 08:09 PM
Sialnye.
Aku hari2 dok jeles tgk orang ade anak.
Ko bleh plak buat anak macam tu.
Moga ko sentiasa digigit lipas setiap kali ko tidur.
Quote I.K.A888990 9-7-2021 08:26 PM
ya allah apa salah budak tu smpai mak bpk giler buat mcm tu
Quote slavehunter 9-7-2021 09:24 PM
Baby sebenar tak boleh dilambung agah agah macam kita selalu buat tu, boleh gegar otak baby.
Quote sue_liah 10-7-2021 01:32 PM
jahanam punya parents...aku rasa derang tk tahan tgk anak melalak je tu yg digoncang smpai mati

Quote namieamuro 10-7-2021 02:13 PM
omg smpi patah. adoi

Lihat semua komen(9)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-12-2021 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.076751 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top