Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Melecur Satu Badan, Kanak-Kanak Sindrom Down Didera Di Rumah Penjagaan

7-7-2021 02:38 PM Komen: 994
Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak perempuan yang tinggal di sebuah rumah penjagaan di Wangsa Maju disyaki didera, baru-baru ini.

Polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada 24 Jun lalu membabitkan mangsa berusia 13 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusoff berkata, mangsa adalah orang kurang upaya (OKU) sindrom Down mengalami kesan melecur di dada, tangan, leher dan paha serta kesan luka di bahagian badan lain.

Menurutnya, mangsa yang tinggal di kondominium berkenaan sejak 14 Julai 2020 sudah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut.


Foto: Harian Metro

"Hasil pemeriksaan, doktor mengesahkan bahawa mangsa mengalami kecederaan akibat luka terbakar dan banyak kes luka lama di bahagian badan.

"Ujian saringan yang dijalankan juga mendapati mangsa positif Covid-19," katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata, siasatan polis juga mendapati kediaman berkenaan turut didiami enam lagi kanak-kanak.

Katanya, dua daripada kanak-kanak itu berusia dua tahun turut menghidap sindrom Down namun tiada mengalami sebarang kecederaan dialami mereka.

Menurutnya, rumah berkenaan dijaga seorang wanita 28 tahun dan siasatan lanjut akan dijalankan terhadapnya bagi mendapatkan maklumat berkaitan kejadian.

"Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana menganiaya, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.

"Denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

"Semua saksi didapati positif Covid-19 dan polis akan meneruskan siasatan mereka selesai menjalani kuarantin yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya.

Saiful Annuar berkata, polis menyeru orang ramai untuk sentiasa prihatin dengan keadaan persekitaran di kejiranan masing-masing dan menyalurkan sebarang maklumat penderaan, jenayah dan lain-lain di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 994
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote asma87 26-7-2021 07:55 AM
Solero replied at 26-7-2021 07:52 AM
Berani ka depa nak komen. Kalau org biasa depa lantang la. Ni sangkut kawan2 depa diam ja.

Aku rasa sbb kes ni involve dgn jkm la. Tu yg senyap je. Sbb org jadi pelik camne tong drum leh senang2 dpt jaga anak angkat ramai2..siap ada yg oku pulak. So bile dah involve dgn badan kerajaan..mmg sapu bawah carpet la kan

Lain-lain Komen

Quote Jiddin 6-7-2021 11:51 AM
Pembongkaran Dr FB Mona din
Quote Jiddin 6-7-2021 11:56 AM
[fbp]https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10158759105854436&id=723779435[/fbp]
Quote sarah82 6-7-2021 12:13 PM
Jiddin replied at 6-7-2021 11:51 AM
Pembongkaran Dr FB Mona din

Syed azmin meh? Iols slow bab2 nak teka nama ni
Quote iminidin 6-7-2021 12:18 PM
kalau kna soal mcm Mona ni, aku pun annoyed.. Walaupun nama penjaga tu kawan kita, salah tetap salah. macam nk tuduh SA ni bekap kwn dia lak..

apa salahnya p lah tanya polis tu sendiri. soal lah Polis tu bertubi2 jugak mcm ni...
dah SA tu jalankan bahagian dia.. so, dia tggu la result siasatan tu nnt..  dia akan follow up.

Memang kesian Bella tu kna dera, sape tak sedih, dah la anak SD lak tu.. Harap dpt pembelaan.
Quote LoveSungmin 6-7-2021 12:19 PM
sarah82 replied at 6-7-2021 12:13 PM
Syed azmin meh? Iols slow bab2 nak teka nama ni

aktivis tu syed azmi, i ada nampak dia komen kat fb semalam.. tapi pendera tu tak tau siapa.. by the way, i tak berani click pic bella tu.. ngeri..
Quote sarah82 6-7-2021 12:20 PM
LoveSungmin replied at 6-7-2021 12:19 PM
aktivis tu syed azmi, i ada nampak dia komen kat fb semalam.. tapi pendera tu tak tau siapa.. by t ...

Kejam sangat? Arghhh.. Nanti iols mimpi ngeri..
Quote Kurex 6-7-2021 12:21 PM
Masih awal utk aku masuk
Quote krustykrab 6-7-2021 12:38 PM
LoveSungmin replied at 6-7-2021 12:19 PM
aktivis tu syed azmi, i ada nampak dia komen kat fb semalam.. tapi pendera tu tak tau siapa.. by t ...

Bg link sis...
Quote LoveSungmin 6-7-2021 12:47 PM
krustykrab replied at 6-7-2021 12:38 PM
Bg link sis...

sis, u click je link dekat post #3 tu.. boleh baca kronologi kes dekat fb puan mona.. yang syed azmi reply tu i dah tak jumpa dekat fb page dia..

by the way, hasil bacaan i.. rumah perlindungan tu rumah bonda and pengasas dia nama siti bainun.. but still tak sure if pengasas ni adalah si pendera..

https://www.facebook.com/rumah.bonda.kl
https://www.facebook.com/siti.bainun.37
Quote LoveSungmin 6-7-2021 01:04 PM
sarah82 replied at 6-7-2021 12:20 PM
Kejam sangat? Arghhh.. Nanti iols mimpi ngeri..

kejam sis.. memang parut ala2 nirmala bonat.. kena siram air panas katanya.. haihh..
Quote None68 6-7-2021 01:05 PM
Klu rumah bonda tu mmg SA punyalah..
Quote sarah82 6-7-2021 01:20 PM
LoveSungmin replied at 6-7-2021 01:04 PM
kejam sis.. memang parut ala2 nirmala bonat.. kena siram air panas katanya.. haihh..

Ya Allah.. Budak tu OKU kot.. Waduh
Quote aryyan 6-7-2021 01:24 PM
betoi ke rumah bonda?
kecian nya..situ ramai kan penghuni.
Quote LoveSungmin 6-7-2021 01:27 PM
aryyan replied at 6-7-2021 01:24 PM
betoi ke rumah bonda?
kecian nya..situ ramai kan penghuni.

based on latest post, dah confirm.. bella ni tinggal dekat rumah pengasas ni bukan dekat rumah bonda.. mungkin sebab tu syed azmi pun tak tau yang dia kena dera..

[fbp]https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10158759301009436&id=723779435[/fbp]
Quote Friska 6-7-2021 01:29 PM
Udah saya lihat fotonya di FB, aduh sedih banget menetes air mata saya, koq tega? Anak itu penyandang disabilitas
Quote mclaren 6-7-2021 01:31 PM
iminidin replied at 6-7-2021 12:18 PM
kalau kna soal mcm Mona ni, aku pun annoyed.. Walaupun nama penjaga tu kawan kita, salah tetap salah ...

Kan....

Apa yang saya faham from post Puan Mona yang dia shared di atas:

SA dah beritahu awal lagi yang once penjaga persendirian dah ambil Bella tu dari pusat jagaan kawan dia, SA dah tak tahu hal ehwal Bella sebab Bella dah dijaga di rumah individu tersebut, bukan kat pusat jagaan kawan dia ni.

Yang bab dakwaan pernah berlaku penderaan juga kat pusat jagaan kawan dia tu, SA jawab dia dah pun bertanya pada kanak2 di situ dan macam ada different versions dan semua tu dah dimaklumkan pada JKM dan siasatan dah dibuka.

Puan Mona ni dok tanya lagiblat SA kenapa SA tak tanya kat kawan dia if kawan dia ditangkap etc. Presurring betul. I guess Puan Mona maybe boleh terus tanya polislah kot kan lagi cepat dapat info

Dah lah SA ni bukan satu kes je on his plate. Beratus2 masalah orang dia nak attend to and help.
Quote krustykrab 6-7-2021 01:31 PM
LoveSungmin replied at 6-7-2021 12:47 PM
sis, u click je link dekat post #3 tu.. boleh baca kronologi kes dekat fb puan mona.. yang syed az ...

Ok tq sis.....
Quote Artemesiaa 6-7-2021 01:34 PM
Again kes yang lebih kurang sama terus berulang tah apa silapnya kali ni
Quote PinkyPie 6-7-2021 01:39 PM
Edited by PinkyPie at 6-7-2021 07:52 PM

Rumah Bonda ada jaga budak ke? Rumah bonda bukan transit remaja mengandung ke?

edited: Opps sorry terkonpius dgn Rumah Kita Vimmi.

Lihat semua komen(994)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top