CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Ada Dua Vagina, Alami Dua Haid Serentak

3-7-2021 11:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3703| Komen: 25

Description: TRENTON, New Jersey – Seorang pelajar perempuan di Amerika Syarikat yang dilahirkan memiliki dua rahim dan dua vagina mengaku dia mengalami haid dua kali sebulan dan masih boleh mengalami menstruasi ...
TRENTON, New Jersey – Seorang pelajar perempuan di Amerika Syarikat yang dilahirkan memiliki dua rahim dan dua vagina mengaku dia mengalami haid dua kali sebulan dan masih boleh mengalami menstruasi biarpun ketika hamil, lapor laman berita Mirror UK kelmarin.

Paige DeAngelo, 20, mempunyai uterus didelphys iaitu sejenis kecacatan sejak lahir yang menyebabkan dia mempunyai dua sistem reproduktif yang berfungsi sepenuhnya.

Keadaan itu menyebabkan dia mengalami dua menstruasi dua kali.

Paige, Sumber: Agensi

Ia juga bermaksud DeAngelo boleh hamil dalam salah satu rahim  dan tidak menyedarinya sehinggalah dia mengalami gejala.

DeAngelo mendedahkan perkara tersebut di laman TikTok dan berkata, kehamilan boleh berlaku dalam kedua-dua rahimnya pada masa yang sama sekali gus berisiko menyebabkan komplikasi kesihatan.

Menurutnya, dia menderita menstruasi tidak tetap selama bertahun-tahun namun hanya mengetahui menghidap uterus didelphys dua tahun lalu.

“Menstruasi saya tidak teratur dan ada kalanya saya didatangi haid selang dua minggu sebulan dan adakalanya selang beberapa minggu,” jelasnya.

DeAngelo berkata, keadaannya juga menyebabkan dia berisiko tinggi untuk melahirkan bayi pramatang dan keguguran memandangkan saiz rahimnya lebih kecil berbanding biasa.

Dia juga mengakui menangis selepas mendapat tahu tentang keadaannya dan doktor memaklumkan sekiranya dia mahu menjadi ibu, DeAngelo mungkin perlu menggunakan khidmat ibu tumpang.

“Saya menangis kerana saya mahukan sebuah keluarga yang besar,” katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro/Agensi 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 2-7-2021 08:49 PM
Bestnya ada 4 lubang, 1 atas, 3 bawah
Quote kelapaparut 2-7-2021 09:04 PM
yg suaminye leh pilih hr ni nak lubang tu esok lubang lain, jahatnye lelaki..
Quote lavendernovella 2-7-2021 09:56 PM
uterus didelphys
Quote lurve82 2-7-2021 10:04 PM
Kesian ppuan ni..xblh operate eh..
Quote mejaputih 2-7-2021 10:05 PM
lavendernovella replied at 2-7-2021 09:56 PM
uterus didelphys

Mak aii mmg risiko sgt ni kalau nk preggie. Sina dia.
Quote lavendernovella 2-7-2021 10:13 PM
mejaputih replied at 2-7-2021 10:05 PM
Mak aii mmg risiko sgt ni kalau nk preggie. Sina dia.

Mmg macam2 bentuk rahim. Beruntung orang2 yang boleh mengandung dan melahirkan. Ramai juga yang mensia2kn anak.
Quote mejaputih 2-7-2021 10:19 PM
lavendernovella replied at 2-7-2021 10:13 PM
Mmg macam2 bentuk rahim. Beruntung orang2 yang boleh mengandung dan melahirkan. Ramai juga yang me ...

Insof..kena syukur dgn apa yg ada.. ada juga penah dgr early 20s pun dh menopos...boleh kemurungan bila dpt tahu huhu
Quote pittjie 2-7-2021 10:22 PM
Mcm depress ya kalau ada masalah ini. Tp lagi sedih kut masalah perempuan yang lahir tanpa Rahim.
Quote sukacactus 2-7-2021 10:26 PM
Wah mcm ni pun ada ye
Br beberapa tahun lepas tau pasal permpuan xde rahim
Ni ada lebih la pulak
Quote Suchi 2-7-2021 10:29 PM
Oh igtkan period serentak rupanya 2 kali sebulan.
Kat page love dont judge kot baru ni ada tunjuk kisah perempuan yg ada masalah camni gak.
Tapi dia ada anak.
Iols tak tengok beria just sambil lalu je. Taktau hat tu cemana boleh ngandung plak.
Quote lavendernovella 2-7-2021 10:31 PM
mejaputih replied at 2-7-2021 10:19 PM
Insof..kena syukur dgn apa yg ada.. ada juga penah dgr early 20s pun dh menopos...boleh kemurungan ...

Mmg ada yang menopos muda2. Kesian jugak.
Quote Decaffeinated 2-7-2021 11:03 PM
pittjie replied at 2-7-2021 10:22 PM
Mcm depress ya kalau ada masalah ini. Tp lagi sedih kut masalah perempuan yang lahir tanpa Rahim.

Ada juga perempuan yang lahir tanpa vagina tapi tiada siapa pun simpati. Yang itu lagi kesian.


Quote Tinot7 3-7-2021 10:12 AM
kakikuDibibirmu replied at 2-7-2021 08:49 PM
Bestnya ada 4 lubang, 1 atas, 3 bawah

Rasanya rahim 2 tapi vagina tetap satu
Quote ifanonline 3-7-2021 10:20 AM
tanda kebesaran tuhan, tiada yg mustahil
Quote brownstone 3-7-2021 10:36 AM
ifanonline replied at 3-7-2021 10:20 AM
tanda kebesaran tuhan, tiada yg mustahil

Owh...kebesaran.

Di Malaysia, geng lobai duk balun Suhakam pasal kajian gender ketiga. How irony.
Quote ifanonline 3-7-2021 10:44 AM
brownstone replied at 3-7-2021 10:36 AM
Owh...kebesaran.

Di Malaysia, geng lobai duk balun Suhakam pasal kajian gender ketiga. How iron ...

that is another issue...perempuan ada 2 vagina ni adakah gender ketiga pd pandangan anda?
Quote nakkomenjugak 3-7-2021 11:32 AM
berebut bamjat piee ilias kalau minah nak sedekah satu lagi poohkey dia
Quote manzilla 3-7-2021 11:42 AM
kelapaparut replied at 2-7-2021 09:04 PM
yg suaminye leh pilih hr ni nak lubang tu esok lubang lain, jahatnye lelaki..

Malangnya ia tidaklah semenarik itu. Kalau kau tengok dari luar nampak macam biasa saja. Tapi kalau kau buka bibirnya boleh nampak ada dua lubang di dalam, sebelah menyebelah.  
Quote Decaffeinated 3-7-2021 11:50 AM
manzilla replied at 3-7-2021 11:42 AM
Malangnya ia tidaklah semenarik itu. Kalau kau tengok dari luar nampak macam biasa saja. Tapi kala ...

It can get complicated kalau minggu ni suami bukan dengan sengaja tembak rahim kiri, minggu depan rahim kanan dan dua2 menjadi.


Lihat semua komen(25)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-10-2021 11:51 PM GMT+8 , Processed in 5.141940 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top