CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

“Ibu Strok, Adik Pula Barah Otak”-Ryan Deedat Terkena Serangan Panik

3-7-2021 10:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7425| Komen: 87

Description: Berdepan pelbagai ujian yang menimpa keluarga, penyanyi Ryan Deedat memberitahu dia mengalami serangan panik atau anxiety baru-baru ini.
Berdepan pelbagai ujian yang menimpa keluarga, penyanyi Ryan Deedat memberitahu dia mengalami serangan panik atau anxiety baru-baru ini.

Ryan atau nama sebenarnya Sheikh Eamir Deedat, 29, berkata, terlalu memikirkan kesihatan ibu yang diserang strok, manakala adik menghidap barah otak membuatkan emosinya terjejas.


Foto: mStar

"Sebenarnya dari tahun lalu saya berdepan dengan masalah anxiety. Saya pernah rujuk doktor di hospital tapi ketika itu doktor kata saya ada simptom anxiety tapi belum disahkan.

"Jadi, tak perlu ambil sebarang ubat memandangkan saya boleh kawal masalah itu. Tapi tahun ini saya alami anxiety semula apabila ibu diserang strok (angin ahmar) pada Februari lalu.




"Minggu lalu pula, adik saya dimasukkan ke hospital selepas disahkan mengidap barah otak (glioblastoma, oligodendroglioma dan MINST) dan perlu menjalani beberapa pemeriksaan lagi.

"Sebab doktor masih tak dapat nak tentukan keadaan adik saya sebab penyakitnya itu sangat jarang ditemui. Melihat keadaan ibu dan adik, membuatkan saya diserang anxiety," katanya kepada mStar.



Sebelum ini, penyanyi lagu Kena Sidai itu mendedahkan dia mengalami serangan panik ketika melakukan Instagram live (IG Live) pada malam, Rabu lalu.

Pada Selasa lalu, Ryan juga memaklumkan adik perempuannya Harifah Nur Intan Sheifeeka Nasir, 25, disahkan menghidap barah otak dan kini dirawat di hospital.

Biarpun kesihatan emosinya terjejas, Ryan berkata dia perlu kuat demi menjaga ibu iaitu Tengku Hanasiah Tengku Zainal Mulok dan adik yang kini lebih perlukan sokongan moral.



"Dua hari lalu, saya ada buat IG Live untuk segmen 'Sidai Talk' yang memang setiap malam saya buat. Masa tengah live tu, saya terima banyak soalan mengenai adik saya.

"Peminat asyik tanya keadaan adik saya membuatkan saya jadi panik dan jantung saya menjadi laju. Nasib baik saya dapat mengawal emosi dan keadaan kembali okay.



"Saya tak boleh jatuh sakit sebab saya perlu kuat untuk jaga ibu dan adik saya. Sebab itu, kalau boleh saya cuba kawal emosi dan tak nak kena makan ubat penenang," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote None68 3-7-2021 11:08 AM
Allahuakbar berat dugaan, semoga terus kuat & tabah.
Quote Kurex 3-7-2021 11:16 AM
Tak kenal tapi bertabahlah
Quote tagas 3-7-2021 11:30 AM
Happen 2 my wife

yg sdg jaga mertua lelaki yg hidap dementia

hari2 mandi kan cuci najis etc

berbakti pd org tua moga ada ganjaran nya
Quote sfrnna 3-7-2021 11:31 AM
Sapa dia ni. Tak kenal. Dugaanya. Meols harap heols tabah. Muda lagi adiknya dah kena barah otak
Quote cmf_premierleag 3-7-2021 11:33 AM
hensem,jaga mak,jaga adik
ok akak approved ko dik
Quote nakkomenjugak 3-7-2021 11:36 AM
whoareyusss tapi moga cekal dalam hadapi dugaan, cayunk
Quote cmf_premierleag 3-7-2021 11:36 AM
tp akak harap ko jangan le buat ni semata2 utk upload kat insta je
sbb akak penah tgk ya ada satu instafemes hijabista ni, duk la suap2 ayah makan..tp sume tu dusta ya .hanya utk content ig sheols je
lps berlakon suap 2-3 kali kat ayah yg bedridden, sheols pass back the job to abang sulung dia
pastu dia keluar pi cikcur ke the curve
cuci najis si ayah??? haram skali sheols nk buat
komen2 tololwers bangsat pun memuji2 sheols persis biadadari dr syorgaaa

Quote cha-cha 3-7-2021 11:38 AM
Muda lagi adiknya ya. Kesian. Memang most critical illness comes with anxiety, trauma, depression. Not just the patients tapi orang yang jaga juga. Semoga dipermudahkan untuk semua.
Quote Nenolen 3-7-2021 11:41 AM
Moga diberi kesembuhan dan dipermudahkan urusan oleh NYA. Amin.
Quote sukacactus 3-7-2021 11:41 AM
Simpati aku even xkenal retis ni (eh retis ke?)
Family yg diduga bertimpa2 ni, xtau la cemana diorang hadap, kepala asyik pikir je, cemana hidup lps ni, mcm menunggu hari je nak kena tgl
Quote sarah82 3-7-2021 11:58 AM
tagas replied at 3-7-2021 11:30 AM
Happen 2 my wife

yg sdg jaga mertua lelaki yg hidap dementia

Bro.. Jaga wife ang elok2 tau.. Bukan senang wei... Hargai dia tau
Quote shernazz 3-7-2021 12:00 PM
Kurex replied at 3-7-2021 11:16 AM
Tak kenal tapi bertabahlah

Tak nampak sedap ke beliau ni uols?
Quote awenda507 3-7-2021 12:00 PM
Sape dia ni?
Quote shernazz 3-7-2021 12:00 PM
cmf_premierleag replied at 3-7-2021 11:36 AM
tp akak harap ko jangan le buat ni semata2 utk upload kat insta je
sbb akak penah tgk ya ada satu i ...

Sapakah hanat itu uols?
Quote Kurex 3-7-2021 12:41 PM
shernazz replied at 3-7-2021 12:00 PM
Tak nampak sedap ke beliau ni uols?

Not my taste
Quote imanjannah 3-7-2021 12:46 PM
moga Allah mudahkn urusan ko dik
Quote naina 3-7-2021 01:01 PM
tagas replied at 3-7-2021 11:30 AM
Happen 2 my wife

yg sdg jaga mertua lelaki yg hidap dementia

Besar ganjaran uols
Sama2 jaga mertua sakit
Mertua memang duduk dengan uols ke?
Bapak mertua saya pon baru jatuh sakit strok. Takleh jalan. Terbaring sahaja. Tapi dikampunglah yg jaga mak mertua dan adik bongsu usia 26 tahun kot lelaki.
Tak tahu nak jawab apa.kalau Asben kata nak bawa balik sini nak jaga..i taknakk cuci najis mertua. Hohoho. I ada anak nak masuk 4 untuk dijaga 24 jam.
Quote slyfynx 3-7-2021 02:48 PM
Bertabahla dik.
Nama Sheikh Eamir tu macam lg sedap je dari Ryan
Quote 4cupcakes 3-7-2021 04:13 PM
cmf_premierleag replied at 3-7-2021 11:36 AM
tp akak harap ko jangan le buat ni semata2 utk upload kat insta je
sbb akak penah tgk ya ada satu i ...

Jijiknya perangai cmni

Lihat semua komen(87)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-12-2021 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.472553 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top