CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Alha Alfa Pelik Benda Baik Kena Sorok, Perkara Jelik Kena Tayang

2-7-2021 03:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4984| Komen: 38

Description: Tindakan jurusolek artis Datuk Alha Alfa berkongsi video dia mengedarkan bantuan kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) dan peniaga kecil di tepi jalan mengundang kurang rasa senang netizen di laman sosial ...
Tindakan jurusolek artis Datuk Alha Alfa berkongsi video dia mengedarkan bantuan kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) dan peniaga kecil di tepi jalan mengundang kurang rasa senang netizen di laman sosial.



Kredit foto: IG Alha

Menyedari perkara itu, Alha menjelaskan tujuan dia memuat naik video tersebut bukan semata-mata sebaliknya memberi kesedaran kepada orang ramai.

"Saya ada nampak beberapa artis yang muat naik status mengatakan jangan jadikan orang dalam kesusahan sebagai content di laman sosial.

"Ada juga netizen yang komen larang saya kongsi content sebegitu. Tapi niat saya kongsi bukan nak viral atau mengaibkan orang susah. Ia sekadar perkongsian biasa yang saya buat hari-hari.

"Secara tidak langsung, apa yang saya kongsikan itu memberi kesedaran kepada orang lain untuk turut bantu sesiapa yang memerlukan bantuan," kata Alha kepada mStar.




Sebelum ini, Alfa memuat naik paparan skrin salah satu komen netizen yang memintanya untuk tidak merakam aksi memberi bantuan tersebut di laman sosial.

Biarpun berniat baik, namun tindakan Alha yang memaparkan wajah OKU itu hanya membuka aib dan memalukan keluarga individu itu.

Walaupun begitu, kecaman dan kritikan yang diterima tidak akan mematahkan semangat Alha untuk terus menghulurkan bantuan kepada golongan susah.





"Saya pelik juga, bila ustaz Ebit Lew kongsi dia tolong orang... ada program TV seperti Bersamamu bantu golongan susah itu boleh pula orang terima. Tapi bila saya kongsi, kena kecam pula.

"Saya kongsi itu pun untuk menarik ramai lagi orang untuk bantu golongan susah. Kalau saya buat senyap-senyap, kata saya tak pernah hulur bantuan pula. Nanti kata dah kaya... tayang kereta dan rumah tapi tak nak bantu orang," ujarnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote isbritneybich 2-7-2021 03:59 PM
"Saya pelik juga, bila ustaz Ebit Lew kongsi dia tolong orang... ada program TV seperti Bersamamu bantu golongan susah itu boleh pula orang terima. Tapi bila saya kongsi, kena kecam pula."

Apa dia tak baca forum ke apa
Quote nazzse 2-7-2021 04:02 PM
Nak komen 1 je. Lain yachhh muka dia aa sejak menduda ni
Quote Lailerthee 2-7-2021 04:06 PM
Aku xsokong langsung org yg dok tayang muka org dpt bantuan ni. Apa kau egt yg dpt bantuan yg org susah sume ni xd maruah? Ye tao kau tayang sbgai bukti yayasan kau yg kutip derma tu terpaling telus hulur bantuan. Tpi xpyh la sampai tunjuk segala pelusuk uma org muka org. Dorg pon manusia tahu malu. Kot nak tayang kaburkan la muka dorg. Kesian aku tgok. Ni la kdang jd punca org susah malu nk meminta sbb knfm akan kd bahan contant media sosial org kaya. Lps tu yg susah dpt bantuan tu skali tu je dpt. yg bg bantuan berduyun2 org support brg dia sbb da tlg org susah
Quote missHaidiD 2-7-2021 04:29 PM
Ko nk sedekah tu bgs. Tp tak pyh la canang. Kan nabi pun ajar tgn kanan memberi tgn kiri tak tahu. Org skrg pelik..semua nk.tnjuk.cm dia ni kasi pisang kt guard tu terang2 rakam muka guard tu. Depan2. Mmg niat nk menunjuk sedekah ke apa.

Quote missHaidiD 2-7-2021 04:30 PM
Lailerthee replied at 2-7-2021 04:06 PM
Aku xsokong langsung org yg dok tayang muka org dpt bantuan ni. Apa kau egt yg dpt bantuan yg org su ...

Cuols.ada skali tu iols tgk yg kasi bantuan letak gmbr ank2 penerima bantuan skali  yg besar2 sek menengah..bdk2 tu tnduk je malu agaknya. Kalau kita pun mesti malu kn..
Quote Rara77 2-7-2021 04:30 PM
Edited by Rara77 at 2-7-2021 04:32 PM

banyak nyah alteration

utk tak ot
nk menungjuk kena jadi ustaz atau yb
sbb kalau ta tunjuk org kata kerja tak jalan
gituh
Quote cheezel 2-7-2021 04:37 PM
tinggi hidung
Quote harkktuih 2-7-2021 04:43 PM
Belajar agama dik..
Quote bintangct 2-7-2021 04:43 PM
pd iols mmg xpayah la nk show off sgt kalau nk menderma ni unless ko ada pertubuhan dan ada misi bantuan yg melibatkn duit org ramai

btw, iols geli ye cara dia masukkn duit ke pisang tu.. igtkn dia balut duit dgn plastik tp rupanya duit semata2 Apoooo.. pisang tu kotor dan duit pun kotor Speechless
Quote slyfynx 2-7-2021 04:56 PM
Bish, dua2 kene sorok.
Korang yang bangang tunjuk segala menda.
Pastu salahkan orang judge
Quote doubleharmonic 2-7-2021 05:02 PM
gigihnya meroyan. benda baik apa nya nak tayang penerima derma tu hidup susah? ko paham tak konsep derma sedekah ni cemana sebenarnya? solat tu pon benda baik tapi kena tayang jugak ke kat semua orang? ni yang ko duk menayang kulu kilir hasil repair muka tu benda baik sangat ke?
Quote makadek 2-7-2021 05:05 PM
Kau kena pakai jubah kepiyah
Pastu mesti kena tidur atas tin biskut
Nanges2 sayu2

Baru dpt jolokan dewasayu
Quote makadek 2-7-2021 05:06 PM
bintangct replied at 2-7-2021 04:43 PM
pd iols mmg xpayah la nk show off sgt kalau nk menderma ni unless ko ada pertubuhan dan ada misi ban ...

Oh dia ke tk berapa cerdik laa ..apa salah letak dlm buku log tu

Kalau aku pn sentap bg camtu
Quote makadek 2-7-2021 05:07 PM
harkktuih replied at 2-7-2021 04:43 PM
Belajar agama dik..

Ebit tu ostak lg jolokan nya bersaya rata riti ..tunjuk sana sini ..merintih merayu..
Semua pn pojaaa
Quote KIM.K 2-7-2021 05:18 PM
Gaya mewah beliau ni macam disponsor
Quote Buritan 2-7-2021 05:27 PM
nazzse replied at 2-7-2021 04:02 PM
Nak komen 1 je. Lain yachhh muka dia aa sejak menduda ni

Aku nak komen tengok ponggong dia pun ewwww dgn seluarnya dgn cara berditinya
Quote bintangct 2-7-2021 05:36 PM
makadek replied at 2-7-2021 05:06 PM
Oh dia ke tk berapa cerdik laa ..apa salah letak dlm buku log tu

Kalau aku pn sentap bg camtu

reason dia sb tak nak org lain nampak yg dia kasi duit kat org.. mcm2 cara lain lg boleh buat kot..
diaorg ni xtahu ke duit tu kotor sb dah berjuta2 tangan org pegang
Quote AshkieLa 2-7-2021 05:37 PM
takyah la bagi reason fefeeling nak bagi kesedaran ke ape...
hal bantu membantu ni dah meluas dah sekarang.
Then kalau ye pun duit yayasan derma org ramai....
perlu ke up gambar penerima?
ntahlaa tak leh brain la...

kalau tak up takde rugi ape kat side ko kan melainkan tak dapat puji pujian....
itu je sebenarnya...
Quote nazzse 2-7-2021 05:38 PM
Buritan replied at 2-7-2021 09:27 AM
Aku nak komen tengok ponggong dia pun ewwww dgn seluarnya dgn cara berditinya

Sengaja pakai seluar ketat. Kalah perempuan asli

Lihat semua komen(38)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

21-5-2022 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.065823 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top