CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

"Nasib Baik Belum Pecah," -Nazrief Nazri Hidap Apendiks, Ingatkan Keracunan Makanan

2-7-2021 03:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2807| Komen: 11

Description: Pelakon Nazrief Nazri dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Puchong, Selangor pada tengah malam Khamis selepas mengadu sakit di bahagian perut.
Pelakon Nazrief Nazri dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Puchong, Selangor pada tengah malam Khamis selepas mengadu sakit di bahagian perut.

Nazrief atau nama sebenarnya, Mohamad Nazrief Mohamad Nazri, 30, berkata, pada mulanya dia disangka keracunan makanan, namun disahkan mengalami apendiks bengkak selepas mendapatkan rawatan lanjut.

Foto: IG

"Sebenarnya saya sakit perut sejak petang semalam (Khamis) tapi saya hanya ingat sakit perut biasa sahaja.

“Lepas tu saya tak tahan saya ajak isteri ikut pergi klinik sekali dan doktor pun bagi suntikan, cakap saya mungkin keracunan makanan. Kemudian perut saya makin sakit sehingga saya terpaksa call ambulans... isteri pula tengah sarat mengandung.


"Sampai-sampai hospital, doktor check memang appendiks saya dah bengkak, nasib baik belum pecah... kalau tidak lagi teruk saya nak recover," katanya ketika dihubungi mStar.




Dalam pada itu, Nazrief berkata, dia dijadualkan menjalani pembedahan membuang apendiks pada petang Jumaat.

"Sejak dari malam semalam saya masih lagi belum dapat masuk wad dan ditempatkan di bahagian Emergency Room hospital sebab bilik sangat limited.

"Doktor pakar dah datang jumpa dan dia kata saya akan dibedah petang ini. Kalau tiada apa-apa komplikasi, InsyaAllah saya boleh discharged dalam dua, tiga hari lagi.

"Nasib baik apendiks saya masih di peringkat awal dan doktor cakap bukan sebab saya kuat makan pedas ke apa... sebaliknya memang ikut nasib, kalau apendiks pecah itu memang dah tahap teruk," katanya lagi.



Disebabkan masalah kesihatan itu, Nazrief terkilan terpaksa meninggalkan isterinya, Aizatul Akma yang sedang sarat hamil 36 minggu di rumah keseorangan.

"Kalau ikutkan hari ini memang saya sepatutnya teman isteri check up, tapi dah jadi macam ini mungkin terpaksa ditangguh.

"Nak minta tolong ahli keluarga lain, mereka tak boleh merentas daerah pula sekarang. Saya risau keadaan isteri tengah sarat duduk seorang di rumah.




"Tapi saya dah pesan pada kawan-kawan yang duduk berdekatan dengan rumah saya untuk minta tolong stand by apa-apa," ujarnya.

Nazrief dan Aizatul Akma mendirikan rumah tangga pada 15 November 2019 di The Seavoy House, Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Isteri Nazrief dijangka melahirkan cahaya mata sulung mereka pada 22 Julai ini. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 2-7-2021 03:20 PM
*Appendicitis

Appendix tu nama organ tu.

Tp siyes, nape kat mata aku wife die x cantik eh?
Mintak ampun sgt.

Ni refer to tajuk TT yang cakap die hidap appendiks ye. Artikel ok je cakap appendiks bengkak
Quote edayildiz 2-7-2021 03:33 PM
kalau pecah blh meniggalkn?
gws

Quote dudaberhias 2-7-2021 04:18 PM
semoga cepat sembuh dan di permudahkan urusan... seriau bila dia kata pecah2 tu...
Quote imanjannah 2-7-2021 05:42 PM
moga dpermudahkan
Quote Reira77 2-7-2021 06:08 PM
Kesian pulak wife kat rumah sorg-sorg dgn tgh sarat. Gws
Quote sleepandream 2-7-2021 06:58 PM
dulu2 iols ingatkan sakit apendiks ni sebab biji cili or tembikai tsumbat dekat ujung usus tu...
mitos sajork ropernyeee
Quote degrandlite 2-7-2021 07:09 PM
edayildiz replied at 2-7-2021 03:33 PM
kalau pecah blh meniggalkn?
gws

Possible kalau appendix tu dah ruptured dan cause spread infection dlm perut
Quote mamasaffiya 2-7-2021 11:49 PM
Aku pulak risau wife dia sorg2 kat rumah dgn sarat mcm tu.

Sakit dalaman ni takut jugak. Kita igtkan sakit perut biasa lah, angin lah tp hakikatnya benda tu dah serius.
Quote I.K.A888990 3-7-2021 07:06 AM
bagus tindakan pantas. setengah org kdg sakit 2 3 hari baru nk g hospital
Quote bankerpencen 3-7-2021 07:19 AM
Wife dia tu, bibir ori ke kena inject... aku tengok semacam je haha. Wife dia pada I sejenis yang cantik kalau freehair, tp pakai tudung sangatlah biasa rupanya
Quote ImpianSeroja 4-7-2021 01:49 PM
Oh beza 6 taun juga yer dia ngn wife..wife tua dr dia..ok la tu zaman skrg x kisah wife tua dr asben

Lihat semua komen(11)

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

16-8-2022 11:52 AM GMT+8 , Processed in 0.072500 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top