CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Polis Siasat Orang Ramai Berkerumun Depan Pagar Universiti Ambil Bungkusan

2-7-2021 03:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3739| Komen: 13

Description: Polis sedang mengenal pasti pelajar dan pekerja sebuah syarikat kurier penghantaran kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan berkumpul dalam keadaan ti ...
Polis sedang mengenal pasti pelajar dan pekerja sebuah syarikat kurier penghantaran kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan berkumpul dalam keadaan tidak terkawal sepertimana video tular pada Rabu.


Kejadian sekitar jam 7 malam di hadapan sebuah universiti tempatan di sini tular di laman Twitter memperlihatkan sekumpulan individu sedang berkumpul beramai-ramai bagi mengambil bungkusan yang diedarkan syarikat berkenaan tanpa mematuhi SOP.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Barudin Wariso berkata, siasatan dijalankan selepas menerima laporan kejadian itu daripada seorang individu sekitar jam 6 petang Khamis.


Kredit foto: Tangkap layar video tular memaparkan pelajar pada mulanya mengikut SOP dengan berbaris mengambil bungkusan diedarkan syarikat kurier namun keadaan kemudian menjadi tidak terkawal.

Menurutnya, hasil semakan mendapati, video berdurasi enam saat itu dikongsi oleh seorang pemilik akaun Twitter yang meminta polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan ke atas perkara tersebut.

"Menerusi video itu didapati, transaksi penyerahan barang itu berlaku di luar pagar berhampiran pintu utama universiti berkenaan.

"Pada awalnya pelajar yang hadir mengikuti SOP dengan berbaris, namun kemudiannya keadaan menjadi tidak terkawal dan dikerumuni pelajar," katanya.

Beliau berkata, rakaman asal video terbabit yang dimuat naik oleh seorang lagi pemilik akaun Twitter telah dipadam selepas mendapat lebih 32,000 tontonan.

Katanya, dalam muat naik itu, individu berkenaan menulis 'macam ni ke buat kerja? dah lah hantar depan main gate (pintu utama) je, then (kemudian) suruh students (pelajar) cari sendiri?.

"Polis difahamkan kejadian ini berlaku di luar pengetahuan pengurusan universiti berkenaan dan kita akan mengenal pasti mereka yang terlibat dalam video terbabit.

"Siasatan lanjut dibuat mengikut Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan), serta Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 SKMM 1998," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orion_pax 2-7-2021 03:23 PM
Cakapla berkumpul makan duriann..
Quote MontanaHannah 2-7-2021 03:27 PM
jangan tangkap rakyat miskin sahaja


pergi tangkap bini nazri masuk tidur lokap

berani ke???

dgn perempuan bodoh mcm itu pun polis xberani

Quote Tinot7 2-7-2021 03:31 PM
Ni uni mana yachh? Awat pintu gate mcm takde pintu?
Quote Skuau 2-7-2021 03:44 PM
Kat spital pon payah nk ikut sop...#PesakitRamaiTempat/RuangSempit/Terhad.
Quote CiliPadiSedap 2-7-2021 03:47 PM
Tinot7 replied at 2-7-2021 03:31 PM
Ni uni mana yachh? Awat pintu gate mcm takde pintu?

unifi kaka hari tu ada problem nasib baik dah ok
Quote missinpiece 2-7-2021 04:14 PM
Lahh..haku ingat panggil sorang2 sambil tunjuk bukti..
Quote Pixie902 2-7-2021 04:43 PM
Mungkin univ tu sendiri yg tak bagi syarikat kurier masuk (I know of one univ yg buat gini)...terpaksa la sy tu edarkan dekat gate jer
Jadi salahkah uni tak ambik langkah yg betul...
Sepatutnya sy kurier dibenarkan hantar ke pejabat asrama...
Pelajar ambil di pejabat...SOP dijaga oleh staf univ tu sendiri...
Sy kurier tu banyak lagi pelanggan nak dihantar brgnya...
Quote Tinot7 2-7-2021 04:58 PM
CiliPadiSedap replied at 2-7-2021 03:47 PM
unifi kaka hari tu ada problem nasib baik dah ok

Cess.. melalut ke unifi plak.. lengkali pakai la yg lain
Quote jiwasemangat 2-7-2021 05:25 PM
..dia kata Perak tengah.. Universiti apa kat Perak tengah..?
Quote Firenzza 2-7-2021 08:50 PM
orion_pax replied at 2-7-2021 03:23 PM
Cakapla berkumpul makan duriann..

Ni perkumpulan amik brg kurier thn lepas kot?
Quote orion_pax 2-7-2021 09:04 PM
Firenzza replied at 2-7-2021 08:50 PM
Ni perkumpulan amik brg kurier thn lepas kot?

Cuba try tengok tudung fesyen tahun bila n jersey liverpool yg latest ke tak okehhh..
Quote kerunai 2-7-2021 09:15 PM
cehhh...pakat hurung drian

pastu ngangkang masuk spital sesak napas
Quote slyfynx 2-7-2021 10:27 PM
UTP?
UITM Seri Iskandar?

Lihat semua komen(13)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-10-2022 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.070751 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top