CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Hukum Kibar Bendera Putih, Jangan Dipolitikkan - Pejabat Mufti WP

2-7-2021 03:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1532| Komen: 8

Description: Baru-baru ini, rakyat Malaysia melancarkan kempen mengibarkan putih sebagai satu inisiatif dalam membantu mana-mana individu yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Baru-baru ini, rakyat Malaysia melancarkan kempen mengibarkan putih sebagai satu inisiatif dalam membantu mana-mana individu yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 


Kempen tersebut bagaimanapun mendapat pelbagai respon termasuklah dari Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang menganggap mengibarkan bendera putih sebagai sebuah kekalahan.


Kredit foto: FMT

Susulan itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah menjelaskan dan mengeluarkan kenyataan isu kibar bendera putih sebagai syarat untuk memohon bantuan disebabkan PKP ini.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan isu kibar bendera putih ini dalam dua situasi yang perlu dilihat. Pertamanya, boleh dilaksanakan sekiranya bertujuan meminta bantuan ketika kesusahan dan pihak tertentu juga boleh mengenalpasti individu yang kesusahan.

Kedua, perlu dielakkan mengibar bendera putih sekiranya perkara itu mengaibkan diri sendiri. Malah, buat ketika ini banyak pihak-pihak yang sedia menghulurkan bantuan dengan menyediakan nombor telefon mereka di platform media sosial sebagai inisiatif mengenalpasti orang yang kesusahan.


Sehubungan dengan itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan meminta orang ramai untuk tidak mempolitikkan mengenai isu kibar bendera putih ini memandangkan ramai rakyat sedang berdepan dengan kesusahan.





Kredit foto: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Terdahulu, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang tidak bersetuju dengan cadangan mengibar bendera putih sebagai usaha menzahirkan kesusahan hidup yang dihadapi oleh rakyat bagi menagih bantuan.

Menurut Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Mohd Salim Wan Mohd Noor, tindakan mengibar bendera putih dianggap sebagai tidak wajar dilakukan kerana ia mencerminkan sikap berputus asa dan mengalah terhadap situasi yang dihadapi. Tambah beliau, sikap berputus asa dan mudah mengalah kepada kesusahan adalah dilarang khususnya buat umat Islam.

Ujar beliau lagi, individu yang mudah mengalah dan berputus asa ini didakwa seolah menunjukkan kelemahan iman dan tiada keyakinan kepada rahmat Allah SWT.

Berbicara lebih lanjut, Wan Salim menyeru supaya usaha intensif dan agresif perlu ditingkatkan lagi oleh pihak berwajib bagi membantu mengatasi kemelut ekonomi yang dihadapi golongan terjejas ini. Manakala, syarikat GLC dan swasta juga diseru supaya menunaikan tanggungjawab sosial masing-masing dan memberi sumbangan yang lumayan buat mereka yang terjejas.


Sumber: OhBulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 2-7-2021 03:41 PM
The thing is tok peti..xdak sapa yg mempolitikkan isu ni melainkan ahli politik sendiri sbb terasa gagal melaksanakan amanah dan tanggungjawab pada rakyat .paham?
Quote dodolgemok 2-7-2021 03:46 PM
Mopeti2 ni tolonglah tgok keadaan realiti sekarang, bukan berada di atas kerusi empuk dalam officer berairconditioner itu. Tpi jawapan mopeti kl ni ada la cakap harus kalau nak minta bantuan. Why bother3x?
Quote asamfish 2-7-2021 04:12 PM
Mcm ni lah tokMupti....boleh tak tokMupti nasihatkan ahli2 politik yang berjawatan Menteri2 tu semua, sila turun padang...tengok keadaan sekeliling...rakyat jelata yang menderita....jangan biarkan rakyat jelata sampai tahap meminta seperti peminta sedekah di jalanan utk sesuap nasi.  Kalau dah tiada rakyat jelata yang sengsara, baru la tokMupti boleh nak bercakap hukum hakam pasal bendera putih ni.   Selagi tiada bantuan tanpa meminta seperti peminta sedekah, saya rasa tokMupti duduk je la diam2 dlm ofis yang berkipas berhawa dingin tu .....
Quote M5 2-7-2021 05:04 PM
Senang la pak mopti kunun wakil tuhan sembur air liur keluar dari mulut, gaji ini bulan tak miss awal bulan beratur depan atm withdraw duit. Spesis macam ni elok suruh pi bawak cangkul tanam sayur lagi banyak faedah dari siang malam dok petik nama tuhan
Quote nolya 2-7-2021 05:09 PM
Kenapalah ada lobai2 dn segelintir  pihak agamawan membuat andaian kalau kibaran bendera putih itu sbg mempolitikkan keadaan.  Sebenarnya terkibarnya bendera puteh trs sbg satu 'wake up call' kpd sekalian pemimpin2, YB2 semua,  sedarilah keadaan skr ini dah sangat2 gawat shnga terpaksa  kibar bendera putih. Yg mengibarkan bendera putih tak membuka aib mereka sendiri ttpi  sebetulnya membuka aib YB2  sendiri yg hanya galak  bersuara begitu-begini tapi  kenyataannya ape?  

Sudakah rakyat mendengar berita gembira drp YB2  yg sedia merogohkan  peruntukan peribadi mereka, drp kocek/akaun mereka sendiri menyediakan bakul2 makanan kpd mereka yg memerlukan?
Seruan membantah ade le tapi tak ade pula aktiviti Nik Abduh n The Geng, agih2kan kotak2 makanan sedeqah peribadi sendiri, Ade?   Kenapa tak pergi  dari rumah ke rumah yg berbendera putih,  tak payah bawa kotak/bakul makanan tapi imamkan  je bacaan doa  minta rezeki,  mampu?.  Buat laa.  Lead the way laa ooii.
Quote noor2 2-7-2021 05:52 PM
Bendera putih melambangkan kerajaan yg failed terhadap kebajikan rakyat....
Quote kakikuDibibirmu 2-7-2021 07:30 PM
Quote sidewinder 4-7-2021 06:25 PM
org agama ni kalu sembang bukan main kencang lagi......realiti kehidupan tak seperti yg dia pikirkan....ada baik nyer mufti2 dok diam2 kalu tak der benda nak sembang.....

Lihat semua komen(8)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

7-7-2022 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.068742 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top