CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Suram, Hitam, Lesu Dan Letih-Ella Mengaku Pernah Alami Kemurungan

2-7-2021 02:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3296| Komen: 19

Description: Selepas melahirkan rasa bimbang terhadap peningkatan kes terhadap peningkatan kes bunuh diri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini, penyanyi legenda negara, Ella mendedahkan ...
Selepas melahirkan rasa bimbang terhadap peningkatan kes terhadap peningkatan kes bunuh diri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini, penyanyi legenda negara, Ella mendedahkan bahawa dia pernah bergelut dengan masalah kemurungan dan keresahan (anxiety) suatu ketika dahulu.


Menerusi satu pendedahan yang dikongsikan dalam Facebook miliknya, Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, 56, berkata, dia amat faham perasaan individu yang terfikir untuk membunuh diri kerana dia juga pernah berhadapan dengan masalah sama (kemurungan dan keresahan).

Foto: IG

“Saya amat faham kerana satu ketika dahulu, saya pernah hadapi masalah yang sama. Saya selalu rasa suram, hitam, lesu dan letih yang berpanjangan. Terlalu banyak tanda soal dalam kepala (ketika itu),” dedahnya.


Kata pelantun lagu Retak itu lagi, biarpun dilanda kemurungan, dia bersyukur kerana masih ada arwah ibu, Yang Asmah Long dan kakaknya, Jojie pada ketika itu yang menjadi kekuatan untuk dia terus hidup.


“Saya berterima kasih pada mereka kerana kami sama-sama laluinya. Waktu itu saya di puncak karier dan itu bukanlah satu perjalanan yang mudah.

“Cuma saya sedih mengenangkan mereka yang laluinya sendirian sekarang. Moga terus tabah sayang,” tulisnya.

Dalam pada itu, penyanyi yang mendapat jolokan Ratu Rock Malaysia itu turut bercadang untuk mewujudkan sebuah laman Facebook khusus untuk mengurus dan menangani tekanan perasaan.



Ujar Ella, selepas berkongsi tentang kebimbangannya terhadap peningkatan kes bunuh diri di negara ini, dia telah mendapat banyak aduan daripada masyarakat tentang masalah yang mereka alami.

“Ramai yang terpanggil mengadu dalam kotak mesej di Facebook saya. Maafkan saya tidak dapat memberi respon satu persatu. Simpati dan doa yang banyak saya tujukan buat kalian.

“Bagi yang pernah atau sedang mengharunginya, jangan segan untuk sama-sama berkongsi pengalaman okay. Saya akan pastikan info tepay dari yang berpengalaman untuk berkongsi nasihat percuma dan berguna untuk kita semua,” katanya.



Menerusi laman Facebook tersebut, Ella akan kongsikan pelbagai tip daripada pakar bertauliah untuk dikongsikan bersama.

“Sekarang ini zaman susah. Saya dan Azhar (suaminya) pun banyak terkesan. Jadi sama-samalah kita tempuhi segalanya,” kata Ella.  -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sfrnna 2-7-2021 03:10 PM
Belon kat pipi tu rasa macam nak ambil jarum cucuk je. Btw, senang ye zaman skrg org claim murung.
Quote dudaberhias 2-7-2021 04:14 PM
ella murung sebab sunyi ke?
siannya... tapi kemurungan ni adalah salah satu benda semulajadi dalam hidup...
semua orang akan hadapi... ini fakta yach... yang konon2 tak kemurungan tu indenial je...
lagi dia indenial lagi la nampak orang tu bermasalah...
Quote Kenabertaubat 2-7-2021 04:19 PM
Ohhh.. nama arwah mak diorang Yang Asmah, no wonder la jojie letak nama anak dia Yang Maryam. Klasik nama tu
Quote miracle_forever 2-7-2021 04:45 PM
anak angkat dorang dah nmpk seiras husband ahkak ella.
Quote scrocth 2-7-2021 04:52 PM
Not a surprise pn golongan ternama dan terkenal ni yg byk suffer from silent depression. Walaupun byk duit, job kencang masuk tp jiwa kosong sbb terkejar2 dlm hidup, nampak gila2 dpn khalayak wpn ms tu tgh down dan penat ke, mana lagi nk kena control emosi xleh nak marah kalau ada yg bahan2 sbb gosip ke? Dan sbg artis di malaysia ni, persaingan sengit utk dptkan job sbb industri xbesar mana tp artis pnylah ramai, so benda tu bole trigger anxiety jgk.
Quote pittjie 2-7-2021 05:12 PM
Wah tetiba umur dia melompat ke 56. Rasanyadulu umur dia setahun tua Dr diva ZZ, yg skrg umur 53.
Quote doubleharmonic 2-7-2021 05:30 PM
kemurungan ni ella rasa jah atau ella dah check dengan pakar? mohon tak propa syok sendiri claim macam sungai qiemqiem
Quote puanbintang 2-7-2021 07:46 PM
56 dah umur ella, masih macam remaja gitu
Quote exclusive_vvip 2-7-2021 07:49 PM
org lelaki kalu kawen dengan perempuan tua dari diorg, org lelaki tu yg akan nampak tua kan..
Quote ImpianSeroja 2-7-2021 10:19 PM
Cantik Ella..x mcm 56
Quote sleepandream 2-7-2021 11:13 PM
haqiem rusly dlu dedah depression pun habis dikecam ummah
Quote binipopeye 2-7-2021 11:36 PM
awet muda dh 56thn rupanya
Quote rainbowrainz 3-7-2021 12:11 AM
Ella ni sempoiii jee..suka tengok
Quote perembes 3-7-2021 10:51 AM
exclusive_vvip replied at 2-7-2021 07:49 PM
org lelaki kalu kawen dengan perempuan tua dari diorg, org lelaki tu yg akan nampak tua kan..

dan sebaliknya.. ppuan tu pula akn nmpk muda... tokti skrg nmpk tua.. atok k pula nmpk muda dr usia
Quote exclusive_vvip 3-7-2021 03:37 PM
perembes replied at 3-7-2021 10:51 AM
dan sebaliknya.. ppuan tu pula akn nmpk muda... tokti skrg nmpk tua.. atok k pula nmpk muda dr usi ...

Ini pun btol jugak..hihihi
Quote naina 3-7-2021 03:48 PM
miracle_forever replied at 2-7-2021 04:45 PM
anak angkat dorang dah nmpk seiras husband ahkak ella.

Samaa mata aku pon nampak cmtu..seiras betol
Quote supermum 3-7-2021 04:26 PM
Anak buah laki dia kot amik jadi anak angkat. Maybe taknak ada isu mahram. Dia nak susukan pun umur dah lanjut.
Quote emilyrose 3-7-2021 04:48 PM
pittjie replied at 2-7-2021 05:12 PM
Wah tetiba umur dia melompat ke 56. Rasanyadulu umur dia setahun tua Dr diva ZZ, yg skrg umur 53.

umur ella 55 tahun ni..
year of born dia 1966
Quote She-Ra 3-7-2021 05:46 PM
Antara retis kesayangan gue
Siapa yg tegur pipi macam belon tu, yea.. aku pun rasa terganggu dgn benda tu hihihi..
Cantik asli lg muka asal dia, tapi yelah retis kan, mana boleh lari dr cocok tang sini cocok tang sana.. cuma dia mcm terlebih belon je. Haih!

Apapun kak Ell mmg terbaikkk.. tiada penganti utk ratu rock itu.. dgn sikap yg peramah pd semua org, disenangi gitu..

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

18-8-2022 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.086141 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top