CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Antarabangsa Lihat artikel

Baru Kahwin Sebulan, Isteri Ifan Seventeen Jalani IVF Untuk Dapat Anak Cepat

2-7-2021 01:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2584| Komen: 14

Description: Baru sebulan mendirikan rumah tangga, vokalis kumpulan Seventeen, Riefian Fajarsyah atau Ifan dan isterinya iaitu Citra Monica tidak sabar untuk menimang cahaya mata.
Baru sebulan mendirikan rumah tangga, vokalis kumpulan Seventeen, Riefian Fajarsyah atau Ifan dan isterinya iaitu Citra Monica tidak sabar untuk menimang cahaya mata.

Malah Ifan dan isteri yang juga seorang model terkenal Indonesia itu mengambil keputusan untuk menjalani proses rawatan kesuburan in-vitro (​IVF) pada Rabu.

Foto: IG


"Bismillah, pada pagi Rabu, isteri saya sudah melalui proses IVF bermula dengan pengambilan telur untuk dimasukkan ke dalam tabung.

"Doakan semuanya berjalan dengan lancar," kata Ifan menerusi laman Instagram miliknya.



Rata-rata peminat serta rakan selebriti turut mendoakan agar pasangan itu dikurniakan cahaya mata dan proses yang dilalui mereka berjalan dengan lancar.

Bagaimanapun terdapat segelintir netizen yang mempersoalkan tindakan pasangan itu memilih untuk melakukan IVF sedangkan baru sahaja berkahwin.



Ifan Seventeen bernikah dengan Citra Monica pada 29 Mei lalu yang diadakan secara tertutup namun disiarkan secara langsung di salah satu stesen televisyen negara berkenaan.

Untuk rekod, Ini merupakan perkahwinan kedua buat Ifan dan Citra.





Pada 22 Disember 2018, isteri Ifan iaitu Dylan Sahara meninggal dunia dalam bencana tsunami yang melanda Selat Sunda mengorbankan tiga anggota kumpulan Seventeen. -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bluebutter 2-7-2021 02:12 PM
Dua dua nya cantik lawa.
Quote babynina30 2-7-2021 02:20 PM
Dlu lama dia sedih yg 2nd bini dia kena sunami tu
Ltk dkt profile masa tu.
Takde dh tulis kt profile yach
Lawa2 bini dia

Ex yg 1st tu doc
Quote MakcikLaksa 2-7-2021 02:20 PM
Pergh ini betul2 tak sabar nak timang anak.. Huhu
Quote kikuri 2-7-2021 02:36 PM
ade iras2 wife baru dengan arwah dylan...
Quote nakkomenjugak 2-7-2021 03:21 PM
bagus lerrr...
ivf ni sakit ke prosedur nya?
Quote becir 2-7-2021 03:46 PM
Tak risau ke ifan ni meyundal tak lama lagi? Dah penah Ada kes pun..better hold dulu..
Quote awanysss 2-7-2021 03:48 PM
nakkomenjugak replied at 2-7-2021 03:21 PM
bagus lerrr...
ivf ni sakit ke prosedur nya?

laki tak sakit..ppuan sakit kot.. dia masukkan somethiing utk kutip ovum tu..
seriau tgk..
Quote nakkomenjugak 2-7-2021 06:51 PM
awanysss replied at 2-7-2021 03:48 PM
laki tak sakit..ppuan sakit kot.. dia masukkan somethiing utk kutip ovum tu..
seriau tgk..

errkkkkkkkk tidakkkkkkk!
Quote NekNgah 2-7-2021 07:04 PM
My cousin cakap sangat sakit semasa doktor nak keluarkan telur.  
Quote raxief 4-7-2021 01:53 AM
perkahwinan kedua? bukan ketiga ke?
Quote zie_indah 4-7-2021 08:05 AM
Gluck...mudah2 ada rezki untk kalian berdua amin
Quote Suchi 4-7-2021 01:13 PM
Bini2 dia semua muka lawa tp itu mmg muka sebenar depa ke? Kalau tak mekap cemana eh muka?
Teringin sangat nak tgk muka depa tanpa mekap. Sebab indo punya mekap setau iols sangat2 tebal.
Quote princessofhero 14-7-2021 05:59 PM
kedua ke ketiga?
Quote Cik_jantung 15-7-2021 11:49 AM
Sori nak tanya ni ke yg kena tangkal khalwat dgn ifan dulu.. yg masa tu masih isteri orang tu.. ke ni gf dia yg lain

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-9-2022 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.072602 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top