CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Syazwan Zulkifly Bantu Urus Jenazah Ibu Bekas Tunang, Buat Panggilan Video Dari Liang Lahad

2-7-2021 12:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5009| Komen: 15

Description: Peluang membantu menguruskan perjalanan terakhir ibu kepada bekas tunang disifatkan sebagai rezeki yang tidak pernah disangka-sangka bagi pelakon Syazwan Zulkifly.
Peluang membantu menguruskan perjalanan terakhir ibu kepada bekas tunang disifatkan sebagai rezeki yang tidak pernah disangka-sangka bagi pelakon Syazwan Zulkifly.

Menurut Syazwan, 34, walaupun sekadar membantu membuat panggilan video ketika proses pengebumian berlangsung ia sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada ahli keluarga arwah yang tidak dibenarkan menghampiri liang lahad.


Foto: IG

"Hanya empat orang ahli keluarga lelaki dibenarkan menyaksikan proses itu, jadi saya diberi peluang bersama dua adik lelaki bekas tunang serta seorang adik iparnya.

"Kesian kepada bekas tunang dan seorang adik perempuannya, mereka tak boleh datang dekat.

"Syukur dapat peluang tu, saya diminta pakai PPE (pakaian perlindungan diri). Saya tolong buat video call je, itu saja yang saya boleh bantu," katanya kepada mStar.



Terdahulu Syazwan berkongsi foto dia memakai PPE di sebuah tanah perkuburan di Lembah Klang bagi menguruskan jenazah ibu bekas tunangnya, Nur Fadiah Uteh yang meninggal dunia selepas sembilan hari bertarung nyawa melawan Covid-19.

Namun tambah Syazwan mereka sedikit ralat apabila tidak berpeluang untuk menatap wajah arwah buat kali terakhir.

"Saya ingatkan sebelum nak dikebumikan tu mereka akan buka sekejap untuk ahli keluarga tengok wajah.

"Tapi tak sangka pula tidak dibenarkan kerana mengikut SOP, kasihan anak-anak arwah tak dapat tengok untuk kali terakhir," katanya.



Cerita pelakon 7 Hari Mencintaiku ini lagi, walaupun kisah cintanya dengan bekas tunang, Syawariah Zulkifli sudah berakhir namun hubungan mereka masih baik sebagai kawan.

"Saya masih berkawan baik dengan dia dan keluarganya juga. Ibu dia pun saya anggap macam ibu sendiri.

"Waktu di hospital pun saya ada bersama bekas tunang dan adik beradiknya yang lain," katanya.


Syazwan dan Syawariah yang juga seorang pramugari mengikat tali pertunangan pada 31 Ogos 2019 selepas 10 tahun saling mengenali.


Foto: IG

Bagaimanapun kisah percintaan ituterhenti di tengah jalan apabila mereka berpisah pada 31 Mac 2020. -CARI

Sumber: mStar Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Katanya 2-7-2021 12:42 PM
Takziah.......
Quote hasniey 2-7-2021 01:03 PM
Salam takziah pd bekas tunang & family
Brrcinta 10 tahun mesti keluarga dh kenal rapat.
Quote nakkomenjugak 2-7-2021 01:30 PM
Takziah kepada keluarga
Quote LadyCarefree 2-7-2021 01:51 PM
Ingatkan tunang tu tiada adik beradik atau sedara mara lelaki.
Quote babynina30 2-7-2021 02:16 PM
Whyy putus. Nampak sepadan. Nama pon lebih kurg.
Kalau takde masalah, semoga bertaup kmbali
Quote mamajawie 2-7-2021 02:21 PM
Smbung je la balik hubungan tu kalu dedua takde psangan lgi..
Quote aemon 2-7-2021 02:31 PM
semoga kuat keluarga arwah.baguslah xde sengketa walaupun teda jodoh.
Quote annadonna 2-7-2021 02:41 PM
Salam takziah.

Takpelah ada orang lebih baik sebagai kawan daripada sebagai kekasih/suami.
Quote haruslah 2-7-2021 03:38 PM
Bagus boleh berkawan baik
Mesti da rapat dgn fmly members pon
Maybe xde org lain yg dpt tlg dekat2 tu
Syazwan je yg ade
Ye lah pkp kan
Quote edayildiz 2-7-2021 03:49 PM
bgs la..dorg pun mmg kwn dr dulu kan.
Quote hashashes 2-7-2021 03:55 PM
mamajawie replied at 2-7-2021 02:21 PM
Smbung je la balik hubungan tu kalu dedua takde psangan lgi..

Dia kan ada gosip ngan wan sharmila
Quote dudaberhias 2-7-2021 04:03 PM
salam takziah...
ada juga sisi2 bagus dia walaupun dia baran dan pernah ada senjata dalam keter...

kira dia ni memang baik dan rapat dengan tunang dia
Quote gigahertz 3-7-2021 07:23 AM
babynina30: Whyy putus. Nampak sepadan. Nama pon lebih kurg. Kalau takde masalah, semoga bertaup kmbali

kalau u pernah tgk dia berlakon tgk watak dia
boleh agak kenapa putus
sebab watak dia berlakon sebagai x mahir agama ,
budak dadah , perompak agak meyakinkan.
Quote Lengkong 3-7-2021 08:53 AM
Takziah

Quote imanjannah 3-7-2021 09:33 AM
salam takziah....

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-9-2022 01:14 AM GMT+8 , Processed in 0.441733 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top