CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Muna Shahirah Buat Duit Main PUBG

2-7-2021 11:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2534| Komen: 10

Description: Penyanyi Muna Shahirah, 27, antara penggiat muzik terkesan ekoran pandemik COVID-19, namun tidak terlalu bergantung pada satu bidang dalam mengharungi detik sukar ini.
Penyanyi Muna Shahirah, 27, antara penggiat muzik terkesan ekoran pandemik COVID-19, namun tidak terlalu bergantung pada satu bidang dalam mengharungi detik sukar ini.

Justeru, Muna berpendapat, penggiat muzik kena bijak mencari peluang lain untuk meneruskan kelangsungan hidup. Apatah lagi, pelaksanaan fasa satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) menjejaskan pendapatan banyak pihak.

Foto: IG

"Saya sudah tentu tertekan sekiranya hanya bergantung dalam bidang nyanyian sahaja. Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 lagi, tiada tawaran persembahan, manakala program televisyen (TV) pula terbatas. Ia pastinya menjejaskan pendapatan penggiat muzik seperti saya.

"Namun, saya bersyukur menceburkan diri dengan permainan video PUBG sejak PKP 1.0 lagi. Mulanya, saya sekadar suka-suka bermain di telefon bimbit.


"Lama kelamaan saya mula belajar menerusi YouTube tanpa bimbingan sesiapa. Kemudiannya, saya mula sebagai penstrim permainan video melalui Facebook (FB) menggunakan komputer.

"Tidak disangka, jalan saya dipermudahkan Allah SWT. Kini, pengikut saya hampir mencecah hampir 500,000 dalam FB," katanya kepada BH Online.



Penyanyi kelahiran Mersing, Johor itu berkata, permainan video bukan sahaja menghasilkan pendapatan, malah dapat membuka jaringan dan peminat baharu.

"Awalnya, ramai tidak tahu saya seorang penyanyi, namun ia terbongkar ketika sesi 'live streaming' bersama pengikut. Ketika bersembang sambil layan permainan video, saya menyanyi, kemudiannya ada yang menegur suara saya sedap.

"Mereka ada bertanya sama ada saya seorang penyanyi? Saya menggunakan peluang ini untuk mempromosikan lagu baharu. Dari situ, bertambah kenalan dan peminat dalam FB," katanya.


Melihat perkembangan dari sudut positif, Muna berkata, dia mula nampak permainan video bukan sahaja boleh menjana pendapatan, malah membantu mempromosikan lagu.

"Sambil ajak pengikut bermain permainan video, saya minta undi lagu. Alhamdulillah, ramai menyokong dan tidak keberatan membantu saya. Sekarang, saya sudah ada peminat berusia tahun," katanya.

Bagaimanapun, Muna meluahkan kesedihan apabila melihat rakan dalam industri muzik, terutama bernaung di bawah syarikat rakaman sama terkesan dengan fasa satu PPN.

"Saya tergerak hati mahu membantu, tetapi segan bertanya kerana bimbang ada yang tidak selesa. Saya mendoakan yang terbaik, marilah kita berdoa semoga COVID-19 cepat berlalu," katanya.


Sementara itu, biarpun pandemik COVID-19 sudah masuk tahun kedua, ia tidak menjadi penghalang untuk Muna menghasilkan single baharu.

Mengulas single keempat berjudul Bukan Milikku, Muna berkata, dia gementar menunggu maklum balas pendengar.

"Pelbagai perasaan bercampur baur ketika mengeluarkan single baharu dalam fasa satu PPN ini. Saya bimbang dituduh tidak prihatin dengan situasi semasa. Tetapi, ini adalah tuntutan kerja, jadi saya perlu melunaskan tanggungjawab terhadap syarikat rakaman dan peminat," katanya.


Single Bukan Milikku ciptaan Ikhwan Fatanna bersama Wan Saleh adalah lagu balada cinta kelima dan dicadangkan syarikat rakaman, FMC Music.

"Bukan tidak mahu tukar genre, tetapi saya selesa dengan lagu berkonsep balada. Lagipun, ia juga cadangan FMC Music.

"Jika diberi peluang, saya teringin mahu membawakan lagu berkonsepkan pop seperti lagu Permatah Hati, nyanyian Nabila Razali," katanya.



Video muzik Bukan Milikku boleh ditonton menerusi laman YouTube mulai esok. -CARI

Sumber: Berita Harian
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kiah_mai_pulak 1-7-2021 06:34 PM
tahi ayam muna kot
Quote slyfynx 1-7-2021 07:41 PM
"Awalnya, ramai tidak tahu saya seorang penyanyi, namun ia terbongkar ketika sesi 'live streaming' bersama pengikut. Ketika bersembang sambil layan permainan video, saya menyanyi, kemudiannya ada yang menegur suara saya sedap.


Ok dik.
Quote ImpianSeroja 1-7-2021 08:19 PM
First time tgk beliyau..x pernah dengar nyanyian beliyau..so x boleh nk buat penilaian lagi.. perjalanan masih jauh
Quote EhhEtonLahh 1-7-2021 10:41 PM
Ni muna moci(?) tu kann? Selalu gak tngok livestream dia. Xtau pulak sebelom ni retis.. Viewer dia ramai jugak dan kira femes jugak kepada sape2 yg layan livestream gaming kat fb sinunnnn
Quote EhhEtonLahh 1-7-2021 10:44 PM
Btw haritu ade jugak ternmpak shuk buat livestream gaming kat fb & ramai jugak tngok hahah tapi skrang xtau buat lgi ke idokk
Quote MoonRise 2-7-2021 11:41 AM
Tadi ada dgr kt radio hot fm. Dah nak keluar single ke-5 dah.
Tapi kenapa sis tak tahu pon pasal dia
Quote nakkomenjugak 2-7-2021 12:10 PM
walaupun whoareyussss, tapi baguslah carik duit.
Quote msel 2-7-2021 12:33 PM
Macam iras mawar gst. Zulin pun jugak.
Quote Kurex 2-7-2021 01:31 PM
27 tapi muka mcm pertengahan 30an
Quote LadyCarefree 2-7-2021 01:54 PM
Gaming kat FB is child's play.

Lihat semua komen(10)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

23-5-2022 11:44 PM GMT+8 , Processed in 0.064641 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top