CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Walau Muka Seiras Christiano Ronaldo, Daniesh Suffian Terkilan Sebab Tak Popular

2-7-2021 11:41 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12770| Komen: 111

Description: Berbekalkan seraut wajah yang tampan nampaknya belum cukup untuk memperkenalkan nama penyanyi muda itu berdiri sebaris dengan selebriti popular tanah air sedia ada.
Berbekalkan seraut wajah yang tampan nampaknya belum cukup untuk memperkenalkan nama penyanyi muda itu berdiri sebaris dengan selebriti popular tanah air sedia ada.

Bukannya dia langsung tidak berbakat. Suara milik nama pentas Daniesh Suffian itu juga tidak kurang hebatnya.

Bahkan, tidak keterlaluan jika dikatakan jejaka kelahiran Sabah itu sebenarnya memiliki kelunakan vokal tersendiri berbanding penyanyi lain.

Foto: IG

Namun tidak tahu di mana silapnya, kelibatnya masih dilihat suam-suam kuku meskipun sudah tiga tahun cuba menapak mengukir nama.

Daniesh atau nama sebenarnya Nur Mohd Daniesh Mohd Suffian, 22, cukup sedar tentang situasi yang dialaminya.


“Saya sedar nama saya kurang dikenali sebagai seorang penyanyi tempatan walaupun saya telah mengeluarkan lima buah single.

“Tetapi ramai masih lagi belum kenal siapa Daniesh Suffian. Malah peminat saya sendiri pun hairan kerana saya masih belum cukup dikenali dalam industri berbanding penyanyi lain sedia ada,” kata Daniesh.


Bergelar seorang penyanyi, tentu sahaja seseorang itu ingin dikenali sesuai dengan karier mereka. Bukan untuk tujuan mengejar populariti melimpah-ruah dan diagungkan peminat, tapi cukup sekadar jika disebut ‘Daniesh Suffian’, orang mengenalinya sebagai penyanyi tanpa perlu meneka gerangannya.

Disebabkan itu, Daniesh tanpa berselindung mengakui kadangkala dilintasi rasa kecil hati mengenangkan suhu kariernya.

“Selalu juga saya berkecil hati. Bukan senang sebenarnya untuk seseorang penyanyi itu mencipta nama.

“Tetapi saya jadikan perkara itu sebagai motivasi untuk bekerja lebih keras dan maju ke hadapan lagi,” ujarnya.



Selepas lagu Terabadi, Jodoh, Pilihlah Aku dan Simpan, Daniesh kini kembali lagi dengan single yang kelima iaitu Mahligai.

Mahligai merupakan hasil kreativiti ciptaan komposer muda Hanis Rafi, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh yang menceritakan tentang kerinduan seorang anak kepada ibunya.

Ujar Daniesh, naratif itu cukup dekat dengan dirinya kerana melalui situasi sama, sementelah menetap di Kuala Lumpur, sementara keluarganya pula berada di Sabah.



“Mahligai merupakan sebuah lagu tentang seseorang yang meluahkan kerinduan terhadap insan tersayang seperti keluarga dan rakan-rakan.

“Secara peribadi saya tujukan lagu ini khas untuk keluarga saya. Sebabnya saya tinggal di Semenanjung, manakala keluarga pula jauh di Sabah. Memang saya sentiasa rindukan mereka,” ujarnya.

Sejak dilancarkan pada 28 Mei lalu, Daniesh bersyukur kerana Mahligai menunjukkan respons memberangsangkan dan diterima baik oleh pendengar.

Daniesh turut menyifatkan sambutan yang diterima terhadap Mahligai adalah antara yang terbaik pernah diterimanya berbanding single terdahulu.



“Sambutan lagu Mahligai adalah yang paling ‘best’ saya terima berbanding lagu-lagu lain. Saya berasa sangat bersyukur,” katanya.

Situasi pandemik yang melanda buat masa ini bagaimanapun memerlukan Daniesh bergerak lebih kreatif untuk mempromosikan sendiri lagunya supaya terus melekat di telinga pendengar.

Ujarnya, disebabkan tidak dapat melakukan promosi secara bergerak, Daniesh banyak membuat pengenalan dan promo lagu Mahligai secara dalam talian dengan membuat konten sendiri dalam laman sosial.



“Daripada situ orang akan teruja. Saya juga banyak melakukan sesi Live dalam laman sosial untuk berinteraksi dengan peminat,” katanya.

Bukan satu, keterujaan Daniesh ketika ini jadi berganda apabila tampil dengan sebuah single duet bersama penyanyi hebat, Aina Abdul berjudul Warna-Warni.

Single berkenaan telah dilancarkan pada 18 Jun lalu.

Penyanyi yang dikatakan memiliki wajah iras pemain bola sepak antarabangsa, Christiano Ronaldo itu juga menolak andaian sesetengah pihak yang mendakwa dia sengaja mengambil kesempatan untuk menumpang populariti Aina Abdul.


“Mungkin ada yang akan berkata saya mahu menumpang populariti Aina untuk single duet Warna-Warni.

“Tetapi apa yang boleh saya katakan, Aina memang dalam senarai artis yang saya harap dapat bekerjasama suatu hari nanti.

“Akhirnya saya dapat berkolaborasi dengan Aina dan menganggap mimpi saya telah menjadi kenyataan. Menumpang populariti itu tidak, cuma saya sifatkan kolaborasi ini satu peluang keemasan,” jelasnya.


Untuk harapan pada masa akan datang, Daniesh berharap namanya dalam industri akan semakin dikenali sebagai seorang penyanyi.

Biarpun saban hari ada sahaja muka baharu timbul memeriahkan industri hiburan tanah air, Daniesh tidak melihat perkara tersebut sebagai suatu persaingan yang menyukarkan langkahnya.

Apa yang penting, dia akan terus fokus melakukan yang terbaik dan jadikan kehadiran pendatang baharu sebagai motivasi untuk terus berkarya.

Dalam suasana yang mendesak kini, Daniesh bahkan tidak mahu memadamkan cita-cita besar untuk mengadakan sebuah konsert atau showcase solo suatu hari. Semua itu demi melengkapkan profilnya sebagai seorang penghibur. -CARI

Sumber: KOSMO

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 2-7-2021 11:46 AM
'RENALDA'...adala...
Quote harkktuih 2-7-2021 11:48 AM
Konfiden..........
Quote Themilo 2-7-2021 11:48 AM
nasihat akak, bukak baju, tunjuk body awak yang sedap tu.. content-content gaybait macam dah ada kat IG..  kalau masih takde respon, buka account only fans..
@Kurex & @dudaberhias confirm akan subscribe
Quote alesandra 2-7-2021 11:50 AM
eeii babinya tajuk..gigih pulak aku masuk benang neh semata nak tgk ronaldo sgt ke muka kauuu
Quote rosannazmia 2-7-2021 11:50 AM
Ingatkan pelakon… okylah gak dek non ni muka comei gak ler.. dgr snippet lagu n tgk vid clip tu dgn aina berpeseyen selimut ok la lagu dgr best jugak ye
Quote gold_teeth 2-7-2021 11:52 AM
Nmpak  sekilas certain pic mcm mesut ozil.. ronldo langsung xnmpak.. ronaldo brazil ke ronaldo cr7
Quote violetungu 2-7-2021 11:52 AM
Jari jemari dah serupa orang perempuan punya mulus kalah aku yihhhh..
Quote debab_78 2-7-2021 11:52 AM
Komen ikhlas aku.

Lagu dia yg best pun first single je (Terabadi).  Yang lain2 tu bosan  meleweh sangat. Syg sbb suara dia sedap mcm afghan. Dia kena cari lagu yg btl2 boleh bawa nama dia naik.

Try kerja dengan komposer lain lak yg kuat muzik pop r&b nya... mcm azlan abu hasan, azalea ke...

Personaliti dia pun bosan. Mgkn kena htr grooming lg kot..
Quote kechikchomel 2-7-2021 11:54 AM
kenapa iolss tengok muka dia macam yg menang Puskas tu?
Quote slyfynx 2-7-2021 11:59 AM
Mcm ronaldo terlebih hormon estrogen je
Quote sarah82 2-7-2021 12:02 PM
Puas aku telek.. Choiiiii
Quote iminidin 2-7-2021 12:03 PM
wajah bersih, polos ja..
ada sikit la seiras..
Quote debab_78 2-7-2021 12:06 PM
[youtube]LNc-bhNSBXM[/youtube]

Ni first single dia.  Tp flop n view kt youtube pun sendu.
Quote Ferr_Remy 2-7-2021 12:06 PM
Penat aku cari celah mana mcm Ronaldo... Anak Jamal tu ade la iras jugak skit sipi2.
Quote Ferr_Remy 2-7-2021 12:07 PM
gold_teeth: Nmpak  sekilas certain pic mcm mesut ozil.. ronldo langsung xnmpak.. ronaldo brazil ke ronaldo cr7

Ni aku stuju. Hahaha. Muka mcm Ozil... Tp versi helok skit la.
Quote kotakominami 2-7-2021 12:08 PM
Ini anak jamal tongkol kan..laen giler
Quote nakkomenjugak 2-7-2021 12:13 PM
amboiii tajuk mengundangggg.
Quote kakakpositifker 2-7-2021 12:19 PM
Dia claim sendiri ke muka ronaldo?
Quote mamastoney 2-7-2021 12:32 PM
Buta atau rabun ke org yg ckp dia mcm CR7 tu.....ke dia yg self-claimed? Sikit pun xde iras CR7!

Lihat semua komen(111)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

23-5-2022 11:20 PM GMT+8 , Processed in 0.070977 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top