CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Ibu Tak Tahu Anak Dah Meninggal 13 Tahun Lepas, Sampai Mati Kena Tipu

2-7-2021 10:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2077| Komen: 7

Description: Beijing: Hanya kerana mahu menjaga hati nenek, seorang wanita di China sanggup menipu ibunya masih hidup selama 13 tahun.
Beijing: Hanya kerana mahu menjaga hati nenek, seorang wanita di China sanggup menipu ibunya masih hidup selama 13 tahun.

Bagi tujuan itu, Cheng Jing, 46, juga terpaksa melatih seseorang wanita untuk meniru suara ibunya untuk berbual menerusi telefon dengan neneknya.


Media tempatan melaporkan Jing mengambil keputusan untuk menipu neneknya selama lebih satu dekad itu kerana bimbang warga emas itu sedih dengan kematian anaknya.

Ibu Jing, Cheng Congrong meninggal dunia pada 2003 dan wanita itu berpendapat peristiwa itu akan memberikan kesan mendalam kepada neneknya.



Congrong dan ibu, Foto: Agensi
Ia memandangkan Congrong adalah anak tunggal.


Difahamkan, neneknya itu meninggal dunia pada usia 100 tahun tanpa mengetahui perkara sebenar.

Menurut laporan media, Congrong amat rapat dengan ibunya dan mereka tetap berhubung biarpun selepas dia disahkan menghidap barah paru-paru pada tahun 2003.

Dia juga merakam puluhan pesanan suara dan meminta anaknya memainkan rakaman itu kepada nenek mereka supaya wanita itu tidak bimbang.

Jing menghormati permintaan terakhir ibunya dan selepas kematian wanita, mereka terus memainkan rakaman yang dibuat untuk nenek mereka, jika perlu berbuat demikian.

Antara pesanan yang dirakam itu adalah dia mengingatkan ibunya untuk makan ubat setiap hari dan bangun dari tempat tidurnya perlahan-lahan, pada waktu pagi.

Cheng Jing sedar usaha itu tidak akan bertahan lama dan neneknya akan sedar bahawa pesanan itu adalah dirakam.

Jadi, dia meminta seorang wanita bernama Cheng Weiping yang mempunyai suara mirip ibunya untuk membantu.

'Wanita' itu memberi alasan tidak dapat mengunjungi ibunya itu kerana terlampau sibuk menjaga cucu.

Perkara itu berlanjutan selama 13 tahun sehingga si nenek meninggal dunia beberapa bulan selepas menyambut ulang tahun kelahirannya ke-100. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote iminidin 2-7-2021 12:08 PM
sayu nya..
mungkin si nenek dah tau kot.. dia nak jaga hati cucu.. atas usaha cucunya tu je..

biasanya seorang ibu lebih mengenali anaknya... tentu dia kenal suaranya, lenggok ceritanya.. dah kata call selalukan..
Quote Tinot7 2-7-2021 12:13 PM
takziah kpd keluarga.
panjang usia neneknya
Quote twins 2-7-2021 12:13 PM
berbohong pada nenek dia dengan niat baik....kang tak pasal2 nenek pun sama mati bila dengar anak dia dah mati.... jadi.. maafkan lah....
Quote nakkomenjugak 2-7-2021 12:19 PM
kes tipu sunat.... hmmm takpelah.. di alam bazrah boleh laa ibu dan anak tu berjumpa balik
Quote umie 2-7-2021 01:12 PM
Kesiannya...
Quote MontanaHannah 2-7-2021 01:27 PM
Edited by MontanaHannah at 2-7-2021 01:29 PM

seorang ibu sejati boleh tahu bila anaknya menipu

mungkin sebab ibu yg melahirkan

instinct  ibu kuat

Aku dulu selamba  bagitau aku baru tembak badak

mereka tanya aku betul ke, ye betul

ibu aku xsuka melayan cakap aku mcm itu ,dia suruh aku tunjuk badak tu ...aku bawa dia tunjuk badak tu

menangis makcik aku dalam rumah , anak dia  mcm ayam berak kapur kena tembak dgn senapang air aku tu

Quote Raline 2-7-2021 01:43 PM
https://mforum1.cari.com.my/foru ... ;page=1#pid72858628

dah ada bukkk

Lihat semua komen(7)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-10-2022 06:11 PM GMT+8 , Processed in 0.076144 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top