CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Kucing Peliharaan Dilarang Kelur Rumah Kerana Hidupan Liar Terancam

2-7-2021 10:39 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1305| Komen: 17

Description: Sebuah majlis perbandaran di timur bandar raya Melbourne Australia memperkenalkan peraturan melarang kucing peliharaan daripada berkeliaran di luar kediaman pemilik haiwan itu mulai Oktober depan.
Sebuah majlis perbandaran di timur bandar raya Melbourne Australia memperkenalkan peraturan melarang kucing peliharaan daripada berkeliaran di luar kediaman pemilik haiwan itu mulai Oktober depan.


Majlis Perbandaran Knox itu memperkenalkan peraturan tersebut bagi melindungi haiwan-haiwan liar seperti burung lain daripada menjadi mangsa terkaman kucing.


Gambar hiasan

Menurut portal berita 7News, penduduk di dalam kawasan majlis perbandaran tersebut akan menerima amaran pertama terlebih dahulu sebelum didenda kerana membiarkan kucing peliharaan mereka berkeliaran di luar pekarangan rumah.

Selepas amaran pertama diberikan, pemilik kucing yang didapati melanggar peraturan tersebut akan dikenakan denda sebanyak A$91 (RM283).

Jika melanggar peraturan tersebut buat kali kedua, pemilik kucing itu akan didenda sebanyak A$545 (RM1,695).

Seorang pakar ekologi di Universiti La Trobe di Australia, Dr. Jim Radford menyambut baik pelaksanaan larangan tersebut.

Katanya, kucing-kucing peliharaan merupakan masalah paling besar buat haiwan-haiwan liar lain.

Beliau dilaporkan berkata, larangan itu membolehkan hidupan liar seperti burung dan kelawar dilindungi daripada ancaman kucing tersebut. 



Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SayaSayangMama 2-7-2021 10:47 AM
Wow yessss. Klu kt malaysia ni kucing peliharaan ni la diagung agungkan. Ibarat tuhan ng semua binatang. Klu xsuka kucing dia terus di cop xsuka binatang gitewww
Quote Tinot7 2-7-2021 10:52 AM
ada sesetengah jenis kucen mmg tak voley bg kluar umah pun
Quote Artemesiaa 2-7-2021 10:59 AM
Pakat bela parsi sudah makan tidur je kerjanya tak minat nak serang tangkap burung.  Jangan si tabby segala jenis burung anak ayam tikus ular pun rajin je ia tangkap sebagai hadiah buat tuannya.
Quote kikuri 2-7-2021 11:18 AM
kucing aku makan anak ayam pun selamat dah kena kurung... makan tido..gemok... tapi tulah cicak pulak makin banyak kat rumah
Quote berusjamban 2-7-2021 11:22 AM
Suka sgt meow2 kat Melbourne. Tembam2 fluffy jah walaupun kucing rumah biasa. Tapi susah la nak jumpa stray cats yg berpeleseran mcm kt pasar ke or tepi2 jalan. Mmg xde
Quote lattehazelnut 2-7-2021 11:34 AM
Hidupan liar ke xnak bg diorg berak merata
Quote CatMiow 2-7-2021 12:09 PM
Agak dah negaranya...
Quote mbhcsf 2-7-2021 12:21 PM
isk ....tengok instagram rico cats tu memang tak nk kasi keluar rumah pun kalau i ade fluffy furry felie macam tu, kang hilang kang.

tapi kucing kan pemangsa , so...itulah tabiiat mereka.
Quote nakkomenjugak 2-7-2021 12:24 PM
heheheh pastu muka tak bersalah bagi hadiah kat owner burung dah mati. thanksss laa bagi aku makan, nah hadiah untuk kau.
Quote lavendernovella 2-7-2021 12:57 PM
Pandemic tikus dah abiskah ? Tgk aritu tikus melampau2 banyaknya.
Quote bakingsoda 2-7-2021 05:11 PM
Edited by bakingsoda at 2-7-2021 05:13 PM
SayaSayangMama replied at 2-7-2021 10:47 AM
Wow yessss. Klu kt malaysia ni kucing peliharaan ni la diagung agungkan. Ibarat tuhan ng semua binat ...


tak pon. yg pencinta kucing benci kaki report kucing liar yg takde rumah dianggap gangguan pastu majlis datang tangkap bunuh dan buang kucing2 tu, pastu yg dera dan bunuh kucing semata2 benci kucing. yg duk diam2 tak buat ape tak payah perasan ada haters sangat. kalau yg bela kucing tapi tak reti nak indoor dan jaga keperluan basic kucing pon berjemaah kena kecam sbb memburukkan reputasi pembela kucing lain.
Quote samperit 2-7-2021 05:18 PM
SayaSayangMama replied at 2-7-2021 10:47 AM
Wow yessss. Klu kt malaysia ni kucing peliharaan ni la diagung agungkan. Ibarat tuhan ng semua binat ...

awat? ada masalah dgn kucing ke? kucing pernah tinggalkan ang? ke kucing rejek ang?

stp kali post pasal kucing mmg ang org first sibuk komen nak bgtau org ang benci kucing.

lahabau
Quote SayaSayangMama 3-7-2021 03:48 AM
samperit replied at 2-7-2021 05:18 PM
awat? ada masalah dgn kucing ke? kucing pernah tinggalkan ang? ke kucing rejek ang?

st ...

Pastu setiap ada cek, hang mesti menggelupur nk reply wakakakaka. Penting sgt komen iols di mata uolss.
Quote SayaSayangMama 3-7-2021 03:53 AM
berusjamban replied at 2-7-2021 11:22 AM
Suka sgt meow2 kat Melbourne. Tembam2 fluffy jah walaupun kucing rumah biasa. Tapi susah la nak jump ...

Sbb depa bukan acah acah pencinta kucing pastu buang kt pasar dlm melayu ni uolss. Iols ada kenal sorg yg rapat ni ingatkan dah mandulkan kucing kucing dia rupanya tidak ye. Adui. Pkp 3.0 ni ada 8 ekor anak kucing baru ye uolss,  serabut esok pencinta kucing ni la buang kt pasar esok. 4 tahun lepas dah buat dah dia buang semua tinggal satu je, yg satu tu membiak balik dgn jayanya sampai jd kandang kucing balik umah ni. Iolss trauma betul l nk kena tido rumah deols sbb depa bgun lambat dr subuh ke zuhur iols kena sedut perfume najis kucing selambak dlm pasir tu. dah la letak kt dapur.
Quote I.K.A888990 3-7-2021 06:36 AM
jgn kucing tu nnt mental plak asyik duk rumah
Quote samperit 3-7-2021 11:55 AM
SayaSayangMama replied at 3-7-2021 03:48 AM
Pastu setiap ada cek, hang mesti menggelupur nk reply wakakakaka. Penting sgt komen iols di mata u ...

komen ang x penting tapi jijik tgk nickname konon sayang

lain kali tukar nickname sayasundalmama baru kena
Quote SayaSayangMama 4-7-2021 06:13 PM
samperit replied at 3-7-2021 11:55 AM
komen ang x penting tapi jijik tgk nickname konon sayang

lain kali tukar nickname sayasun ...

Ko pun tukar la nama semburit. Aku xpernah cari pasal dgn ko pun ko ko sibuk dgn dgn life org. Get a life.

Lihat semua komen(17)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-12-2021 11:51 PM GMT+8 , Processed in 0.072067 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top