CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Korea Utara Bakal Berdepan Kebuluran Bekalan Makanan 'Licin'

2-7-2021 10:33 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1445| Komen: 14

Description: Kanak-kanak bawah tujuh tahun, wanita hamil dan menyusukan anak, warga emas serta mereka yang sakit merupakan golongan paling berisiko berdepan kebuluran di Korea Utara ketika ini.
Kanak-kanak bawah tujuh tahun, wanita hamil dan menyusukan anak, warga emas serta mereka yang sakit merupakan golongan paling berisiko berdepan kebuluran di Korea Utara ketika ini.

Sekatan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pandemik Covid-19 yang menyaksikan kawasan sempadan dengan China ditutup dan fenomena kemarau di negara itu memburukkan lagi kekurangan bekalan makanan.



KOREA Utara berdepan dengan krisis kekurangan makanan paling teruk ketika ini selepas mengalami situasi serupa pada 1990-an. - AFP

Jika berterusan, tidak mustahil krisis kebuluran yang pernah dialami negara itu pada 1990-an berulang kembali.

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un pada bulan lalu mengakui negaranya kini berdepan krisis bekalan makanan.

“Keadaan ketika ini semakin tegang kerana sektor pertanian tidak mampu mengeluarkan hasil mencukupi susulan taufan pada tahun lepas dengan Covid-19 memburukkan situasi,” katanya.


Korea Utara memerlukan 5.2 tan makanan pada tahun lepas, namun sektor pertaniannya hanya mampu menghasilkan empat juta tan, menyebabkan kekurangan bekalan makanan lebih sejuta tan.

Walaupun dengan import makanan, negara itu tetap berdepan dengan kekurangan bekalan sebanyak 780,000 tan bagi tempoh 2020-2021.

Perkara itu dimaklumkan dalam laporan Organisasi Makanan dan Agrikultur Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada bulan lalu.

“Sekiranya jurang itu tidak dipulihkan menerusi import komersial atau bantuan bekalan makanan, penduduk Korea Utara berdepan dengan kebuluran bermula antara Ogos dan Oktober tahun ini,” jelas organisasi itu.

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memaklumkan seramai 10 juta penduduk di Korea Utara terjejas akibat bekalan makanan tidak mencukupi dengan 140,000 kanak-kanak berusia bawah lima tahun bakal mengalami kekurangan zat.

Keadaan itu juga dijangka menyebabkan kadar kematian penduduk Korea Utara meningkat pada tahun ini.

Selepas Pyongyang menutup pintu sempadan sebagai usaha mengekang penularan jangkitan Covid-19, kadar import dari China menurun sehingga 81 peratus pada 2020.

Antara barangan yang meningkat masuk dari China ke negara itu sebelum ini adalah baja serta minyak, manakala bekalan perubatan dan keperluan isu rumah ditahan.

Dilaporkan, ribuan kontena yang membawa barang keperluan ke Korea Utara terkandas di beberapa pelabuhan China, malah ada yang sudah sampai tarikh luput.



Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 2-7-2021 10:35 AM
lebih baik mati kebulur drpd hidup dibawah rejim si gemuk tu
Quote Tinot7 2-7-2021 10:37 AM
patutnya bg jahh barang masuk.. bkn org masuk

Selepas Pyongyang menutup pintu sempadan sebagai usaha mengekang penularan jangkitan Covid-19, kadar import dari China menurun sehingga 81 peratus pada 2020.
Quote imanjannah 2-7-2021 10:38 AM
rakyat yang menderita di bawah pemerintahan yang kejam..
Quote Artemesiaa 2-7-2021 12:02 PM
Patutlah aritu gigih suruh surirumah gi sawah tanam padi
Quote nakkomenjugak 2-7-2021 12:28 PM
manakala oppa jong un sentiasa ada makanan terhidang di meja sambil melayan kdrama.
Quote insulin 2-7-2021 12:30 PM
nakkomenjugak replied at 2-7-2021 12:28 PM
manakala oppa jong un sentiasa ada makanan terhidang di meja sambil melayan kdrama.

Itu pasal dia obes eh?
Quote lurve82 2-7-2021 12:31 PM
Jgn pegi serang negara lain utk dpt mknan sudah…
Quote sambaldurian 2-7-2021 12:35 PM
tunggu ebit lew balik dr palestin nnti dia g sana pulak. afrika sudah, palestin sudah, why not north korea, menduniaaa ko
Quote nakkomenjugak 2-7-2021 12:39 PM

di NK, hanya jong un saja yang boleh mukbang. yang lain go eat dirt kekdahnya.
Quote insulin 2-7-2021 12:41 PM
nakkomenjugak replied at 2-7-2021 12:39 PM
di NK, hanya jong un saja yang boleh mukbang. yang lain go eat dirt kekdahnya.

Kesian rakyat NK. Tonton drama pun kena hukum bunuh.
Quote manzilla 2-7-2021 12:41 PM
Tinot7 replied at 2-7-2021 10:37 AM
patutnya bg jahh barang masuk.. bkn org masuk

Tak sempat nak check kontena satu persatu takut ada barang larangan.
Quote Tinot7 2-7-2021 02:06 PM
manzilla replied at 2-7-2021 12:41 PM
Tak sempat nak check kontena satu persatu takut ada barang larangan.

maknanya deme tak efisien.. disebabkan deme, rakyat bg kelaparan.. cehh..
Quote Supersirap 2-7-2021 02:06 PM
Semoga rakyat Korea utara bersama-sama menentang kerajaan mereka
Quote naina 2-7-2021 02:25 PM
Jahatbetol. Buka jelah sempadan tu. Ego sangat ingat ko Tuhan ke semua nak kena sembah ko tunduk pada ko. Dah jadi sekarang ni masih nak sombong lagi. semoga rakyat bangkit jadi Zombie serang Jong ramai. Ingat orang lapar ni jangan main2 la...

Lihat semua komen(14)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

21-1-2022 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.098369 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top