CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Dah Buka Komen Di YouTube, Rykarl Dah Tak Koyak Tahan Maki Ke?

1-7-2021 06:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5441| Komen: 21

Description: Menjadikan YouTube sebagai sumber pendapatan, pelakon Rykarl Iskandar bersyukur apabila akhirnya ruangan komen di saluran miliknya kembali diaktifkan sejak Selasa lalu.
Menjadikan YouTube sebagai sumber pendapatan, pelakon Rykarl Iskandar bersyukur apabila akhirnya ruangan komen di saluran miliknya kembali diaktifkan sejak Selasa lalu.

Rykarl atau nama sebenarnya Nor Heidzriq Haikal Norhamizan, 16, berkata sebelum ini pengendali laman video itu menyekat ruangan komen tersebut kerana pelakon cilik berkenaan masih di bawah kategori kanak-kanak.



Kredit foto: IG Rykarl

"Rykarl start buat content YouTube pada tahun 2016 umur masa itu 12 tahun. Tapi sejak 2019 YouTube dah tutup ruang komen.

"Sebab saya masih dikategorikan sebagai kanak-kanak. Ada akta untuk melindungi kanak-kanak sebab benda ni makin berleluasa dan mungkin ada budak-budak boleh kena jenayah siber," ujarnya kepada mStar.

Pelakon Berani Jadi Papa ini berkata, permohonan berulang kali kepada pihak YouTube akhirnya berhasil selepas dua tahun.

Menurut Rykarl pada awalnya, dia menyangka kandungan dimuat naik tidak menarik sehingga tiada komen dan respon daripada peminat.

"Saya pernah live chat sendiri tanya kenapa tak boleh, dah try request banyak kali. Pada masatu saya pun terima je la hakikat.

"Saya rasa gembira apabila mereka dah benarkan semula, penantian dua tahun berakhir.

"Sebelum ni apabila ruang komen tu tak diaktifkan engagement tu tak ada, teruk sangat. Saya rasa macam buat content syok sendiri," ujarnya.

Tambah Rykarl lagi, ada segelintir netizen menyangka dia sengaja menutup ruangan komen bagi mengelakkan kritikan dan kecaman terhadap video yang dimuat naik.



"Ramai orang tanya kenapa saya tutup komen, takut kena kecam ke? Saya dah pernah bagitau banyak kali sebelum ni, tapi ada yang masih bertanya... malas nak layan.

"Apabila dah open ni pun mereka tanya lagi, eh dah buka komen dah, tahan maki ke... dah tak koyak ke?" katanya.

Untuk makluman, pada tahun 2019 YouTube menguatkuasakan peraturan menutup ruangan komen bagi video yang melibatkan kanak-kanak di bawah umur bagi mengelakkan jenayah melibatkan mereka.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kiah_mai_pulak 1-7-2021 06:38 PM
jibaujkkkkk!!!! benda macam ni pun nk buat bahan gosip.  ^%%**! nya reporter
Quote dudaberhias 1-7-2021 06:44 PM
kiah_mai_pulak replied at 1-7-2021 06:38 PM
jibaujkkkkk!!!! benda macam ni pun nk buat bahan gosip.  ^%%**! nya reporter

khennn kaka kiah.... jebawokkk betul... elok la kau kena maki dengan azwan ali nokkk... gosip sampah...

#tutupkomputer
#balingkottingkap
#ngadapfonberjahitkattanganpulak
Quote nakkomenjugak 1-7-2021 07:08 PM
pape jelaaa dek non
Quote ImpianSeroja 1-7-2021 07:16 PM
Dah 16 taun..cepat nya masa berlalu
Quote eLiaD 1-7-2021 07:23 PM
Wat the heck lol..I feel old
RiP
Quote slyfynx 1-7-2021 07:47 PM
So, ape jadahnye kesan kepada seantero warga duniawi?
Quote eLiaD 1-7-2021 07:52 PM
pelakon kanak ii favorit sly NIH
RiP
Quote AKAZ85 1-7-2021 10:38 PM
Teringat pulak citer nazimah dengan ainul berkerak dulu.. Rykal ni jadi anak diorang.. Besar dah budak ni
Quote bluecrystal 2-7-2021 01:18 AM
aku mati2 dulu ingat budak ni takkan tinggi ala2 tam suhaimi ke..tinggi dah sekarang
Quote addamnor 2-7-2021 01:42 AM
Hopefully kau dah tak annoying dek.. zaman kau kecil, kau dan mya sara berlakon ya robbi, annoying gila intonasi suara, engkau dengan suara belum bersunat yang high pitch bingit tu.

Since kau sedari kecil sudah kenal kamera dek, tolong masuk kelas lakonan utk improve iya. Jgn duk d takuk lama as kanak2
Quote anony-mous 2-7-2021 01:56 AM
Mcm muka mia sara versi jejans. Berlakon pon selalu sama kan? Mana tau berjodohan
Quote kaedahnya 2-7-2021 02:05 AM
dia berlakon budak tebing jadi adik adam lee ke?
Quote int1705 2-7-2021 03:54 AM
kaedahnya replied at 2-7-2021 02:05 AM
dia berlakon budak tebing jadi adik adam lee ke?

bukan. Fariz isqandar nama yang jadi Yoyol
Quote reddots 2-7-2021 08:08 AM
addamnor replied at 2-7-2021 01:42 AM
Hopefully kau dah tak annoying dek.. zaman kau kecil, kau dan mya sara berlakon ya robbi, annoying g ...

Yes.. ini lah jua yang ada dalam minda ku...

Budak ni yg buat aku selalu tutup tv. Annoying giler tgk lakonn yang di buat2..

Quote cikgojesss 2-7-2021 10:09 AM
masih geli dengar heshe bercakap. nampak tak cerdik
Quote AshkieLa 2-7-2021 10:11 AM
bluecrystal replied at 2-7-2021 01:18 AM
aku mati2 dulu ingat budak ni takkan tinggi ala2 tam suhaimi ke..tinggi dah sekarang

tinggi eh kejadian dak ni?
pelakon kanak2 lelaki bila besar mcm lebih cenderung jadi kecik kan..
tam suhaimi, bell ngasri, shafie naswip, naim daniel....
yang tinggi aedy ashraff tu je nampak....
Quote husna_amal 2-7-2021 10:11 AM
Budak2 sekarang jadikan youtuber sebagai idola diorang. Dah la kat youtube tu banyak pengaruh dan konten merapu dan tak senonoh.
Quote tokchik 2-7-2021 05:37 PM
Handsome pulak Aku tengok dia ni
Quote TomyamPuteh 2-7-2021 07:22 PM
Jaga2 dek Reykal. Takut @dudaberhias leakkan video burung adik plak nnti.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-10-2022 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.335248 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top