CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

'Tahap Menganjing Hina Bila Thailand Kata Orang Malaysia Tak Selamat Masuk Phuket'

1-7-2021 06:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5361| Komen: 73

Description: Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meluahkan rasa malu apabila Thailand melarang pelawat Malaysia memasuki pulau peranginan tersohor negara itu, Phuket.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meluahkan rasa malu apabila Thailand melarang pelawat Malaysia memasuki pulau peranginan tersohor negara itu, Phuket.

Kekesalan itu dicoretkan beliau menerusi hantaran di Facebooknya berhubung kebenaran pelancong asing memasuki pulau peranginan itu.




“Tak kisah pun tak dapat pergi Phuket, tapi agak terhina apabila mereka umum hanya rakyat 63 negara boleh masuk tanpa kuarantin dengan syarat vaksin Covid-19 sudah lengkap.

“Apabila teliti, Malaysia tidak termasuk senarai. Singapura ada, Brunei ada, Myanmar pun ada. Malaysia tiada. Mereka kata (konon) orang Malaysia tidak selamat,” luah bekas menteri itu.

Kerajaan Thailand baru-baru ini mengumumkan pembukaan semula destinasi terkenal itu sebagai projek model percubaan perintis pelancongan yang dikenali sebagai Phuket Sandbox.



Pulau tersebut dipilih kerana kedudukan geografinya mudah dikawal selia, selain prasarana awam lengkap dan tahap kebergantungan ekonomi amat tinggi kepada industri pelancongan.  

Pelawat asing cuma perlu mendapatkan sijil kemasukan dari kedutaan Thailand di negara asal serta menjalani tiga kali ujian Covid-19 dan memuat turun aplikasi jejak keberadaan mereka.

Antara negara disenaraikan itu ialah Amerika Syarikat, Australia, China, Kanada, Turki, Rusia dan Israel selain jirannya, Laos dan Vietnam kerana dianggap kurang berisiko Covid-19.

Mengulas lanjut, bekas Ahli Parlimen Kemaman itu dalam nada sinis berkata, warga Thailand sendiri difahamkan menyindir situasi wabak berkenaan di Malaysia sebagai lucu dan aneh.

“Di Malaysia, orang yang sudah dicucuk dua kali pun tak boleh merentas negeri. Jangan kata nak ke Langkawi, ke Parlimen pun tak boleh. Macam mana nak datang ke Phuket,” jelasnya.

Hantaran beliau itu menerima reaksi luar biasa pengguna media sosial tempatan apabila tular dengan meraih lebih 2,000 tanda suka selain ratusan komen dan dikongsi hampir 300 kali.


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote marla69 1-7-2021 06:24 PM
Whatever you..yg penting haflin dan sampai paris.
Quote dani-rox 1-7-2021 06:26 PM



btw Antigua & BARBADU? ISAREL?
Quote Orix 1-7-2021 06:26 PM
bru nk rasa terhina ke ? kau antara org dlm gomen, so ???
Quote haruslah 1-7-2021 06:29 PM
Terhina ke
Bukan aritu malaysia pun ade keluarkan lost negara x boleh masuk malaysia....indon antaranya
Quote Skuau 1-7-2021 06:30 PM
Semudah tu jer...PATI msk Msia..bebas bergerak,tak rasa takut nak buat apa...tak rasa terhina ke...undang2 negara diperbodohkan PATI.
Quote reddots 1-7-2021 06:34 PM
ish.. x tau malu betul lah . Masih rasa diri tu betul ke?

Nak rasa terhina apanya? Dah negara tu pon nak jaga periuk nasi depa.. dah terang terang malaysia x leh kawal covid,
Quote lattehazelnut 1-7-2021 06:43 PM
Kalau dibenarkan pun kita nak travel 10km pun xbole beb..
Oo lupa diorg kan ada lesen kayangan boleh rentas negeri, negara, planet dan galaksi..

Thailand pun kes meningkat kan.. i rasa 10x jugak negara2 tu nak bg penduduk diorg travel sane..
Quote zidane_ziege 1-7-2021 06:47 PM
Siapa yg kena hina org siam tu? Kau ke? Memang selayaknya kau kena hina..

Sebab kami rakyat biasa ni usah kata nak ke siam..lebih 10km pun x boleh tau
Quote lattehazelnut 1-7-2021 06:48 PM
dani-rox replied at 1-7-2021 06:26 PM
btw Antigua & BARBADU? ISAREL?

Jujubee byk quote best kan
I will read ya to filth
Quote kotakominami 1-7-2021 06:48 PM
Bang jat dah boleh balok lah....org phuket dah halau tuh{:cryrun
Quote kotakominami 1-7-2021 06:51 PM
Typo...balik{:smile
Quote allshares 1-7-2021 06:53 PM
Apo yg terhina? Lagi kelako boleh plak eh rakyat Thai ckp malaysian parlimen pun tak boleh pergi? Like they care about us sgt khens. Poyos je ckp jela direct kt boss korg takyah nk perli2 kt media social.
Quote JunkMail 1-7-2021 06:53 PM
Kau nak rentas daerah pun tak boleh, nak sentap sebab tak leh pergi pkuket? Pls laaa . Betul la tindakan siam tak include Malaysia.. selayaknya
Quote dani-rox 1-7-2021 06:59 PM
lattehazelnut replied at 1-7-2021 06:48 PM
Jujubee byk quote best kan
I will read ya to filth

Kan?



heshe lah antara peberet ai dlm drag race




Quote tungkai 1-7-2021 07:00 PM
Itu pun nak terhina...Pemenda laaa...Dah memang Malaysia skrg kes tak surut2 lagi pun..
Quote ellejo 1-7-2021 07:01 PM
alah kalo dia bagi pun korang bukan boleh pergi pun

nak balik jumpa mak ayah pun tak boleh kikiki
Quote Lista 1-7-2021 07:06 PM
Apa nak herankan..

Raja dorang sendiri pun dorang nganjingkan.

Nikan negara luar.
Quote nakkomenjugak 1-7-2021 07:11 PM
hmmmm cash laaaa. mat2 salehhh dan sebahagian asians tuuu dah vaksin maksin, dah tuuuu red district pun dah lama bersawang, what can they do?
Quote MissVixen 1-7-2021 07:12 PM
Kalau aku jadi telen pun aku tak bagi malaysia, indon, india masuk. Punya banyak kes. Dari rasa terhina, baik jaga negara sendiri. Bukan macam nazri yang lepas ke paris tu.

Lihat semua komen(73)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-12-2021 11:15 PM GMT+8 , Processed in 0.082747 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top