CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Che Ta Bengang 'Dibahan' Masak Talapia Laut

1-7-2021 06:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 15228| Komen: 117

Description: Semalam, aktres jelita, Rozita Che Wan berkongsi resipi masakan enak talapia masak lemak dalam Instagram namun ada segelintir netizen yang mempertikaikan kewujudan ikan yang digunakan iaitu talapia la ...
Semalam, aktres jelita, Rozita Che Wan berkongsi resipi masakan enak talapia masak lemak dalam Instagram namun ada segelintir netizen yang mempertikaikan kewujudan ikan yang digunakan iaitu talapia laut.



Kredit foto: IG Che Ta

Seorang netizen mempersoalkan wujudnya ikan jenis berkenaan dengan memuat naik status dalam media sosialnya milik.

“Ada ke ikan talapia laut? Baru tengok Che Ta masak dekat Instagram,” soal netizen itu.

Tidak menunggu lama, Che Ta atau nama lengkapnya, Rozita Abu Bakar, 48, tampil mempertahankan dirinya dengan berkongsi perbezaan ikan talapia sungai dan talapia laut dalam InstaStory miliknya.



Tulis isteri kepada pelakon Zain Saidin itu dengan penuh kesinisan: “Bodoh itu simpan dalam sungai supaya orang tak nampak.”

Sejak akhir-akhir ini, terutama pada musim pandemik, Che Ta rajin berkongsi resipi juadah enak menggiurkan dalam Instagram miliknya menerusi aplikasi Reels media sosial popular global itu.



Mengambil insiatif menambah pendapatan menjual Lapis Pandan Cheese Cake menerusi akaun Instagram @daridapoqcheta, ibu kepada tiga cahaya mata itu berkongsi resipi istimewa semalam iaitu talapia masak lemak dengan pegaga. 


Sumber: K! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 1-7-2021 06:35 PM
talapia sungai ori color, tapirlia laut pakai filter
Quote besi_kelabu 1-7-2021 06:38 PM
talapia sungai muka masam, talapia laut buka mulut
Quote ketupatnasi 1-7-2021 06:40 PM
Talapia sungai tu ghoman eh cam jantan.
Harap an tulang ey la..toba!
Quote 4cupcakes 1-7-2021 06:43 PM
Tilapia sungai lg sodap dari laut
Quote pittjie 1-7-2021 06:43 PM
Ganas sungguh dia mencampak daun pegaga tu.
Quote dudaberhias 1-7-2021 06:47 PM
persoalannya bila istana kokdiang hang nak siap nekta oiii...
sian hang sampai harini masak sendiri...
kalau istana kokdiang dah siap boleh la sediakan 40 dayang dan suruh dayang masakkan...
dah la semua qeja hang buat...

cari duit hang...
masak hang...
sapu hang...
basuh kain hang..
sidai kain pun hang...
malam macam malam jumaat ni hang pulak kena angkat kain kat laki..

sedihnya jadi hidup che ta ni..
Quote Minami2013 1-7-2021 06:52 PM
Baru buat masak lemak ikan letak daun pegaga.. mmg sedapppp rupanya..

Talapia laut buat bakar pun sodap.
Quote nakkomenjugak 1-7-2021 06:52 PM
iols tak pernah makan so tak tau. jangan cerca iols
Quote AshkieLa 1-7-2021 06:53 PM
aku memang fail bab kenal ikan..
tapi che ta ni memang reti masak. lagi2 lauk kampung...
bukan acah2 terer.. so tak rasa dia membongak. budak hata tu yg mmg tak tau kot.
tapi fefeeling nak gelakkan orang.

teringat dalam masterchef, che ta masak satu bahan ni yg selalunya org buang...
sampai judge pun pelik... skali bila time rasa semua judge kata sedap...
dan diorg pun mcm ohh baru tau bende tu boleh buat masak...
Quote KIM.K 1-7-2021 07:04 PM
Laki biawak dia buat apa. Nak gak tengok toklaki tu yg bancuh premix layer cake
Quote lavendernovella 1-7-2021 07:08 PM
Tilapia is a freshwater species, with a few species living in brackish water (coastal areas with a mix of salt and fresh).

Mana datangnya tilapia laut dek non oi! Mungkin dia maksudkan brackish water? Tapi brackish water tu tetaplah kategori freshwater dan bukan seawater. Ok bai.
Quote ImpianSeroja 1-7-2021 07:14 PM
Wah..pegaga nya ittew menarik minat iolls
Camne pun che ta ni mmg la pandai masak..tu je nk ckp
Quote seri_melati 1-7-2021 07:15 PM
Iol penah beli talapia ni kat jusco, dorg namakan talapia laut..isi jauh sedap dari yg sungai..tak de hanyir langsung, warna pun merah jernih je ikan tu..sekor dalam rm30 lebih camtu, besar dari yg sungai
Quote lattehazelnut 1-7-2021 07:15 PM
dudaberhias: persoalannya bila istana kokdiang hang nak siap nekta oiii...sian hang sampai harini masak sendiri... kalau istana kokdiang dah siap boleh la sediakan ...

Hang xtaste laki dia ke?
Rasa boleh masuk carta top 5 carta saiz u tu..
Quote salmon-suki 1-7-2021 07:17 PM
Tilapia pd ai sedap digoreng/dibakar..bt kuah gitu xpernah lg...mcm...urmm..lgpn ikan dlm kuah mmg ai kurg gemar..kecuali ikan tongkol sbb isi pejal..y jenis berlemak,isi lembik,ai is kenot..
Quote lavendernovella 1-7-2021 07:19 PM
Edited by lavendernovella at 1-7-2021 07:25 PM

Tu dia yang kanan dikatakan talapia laut tu Nile Tilapia yer, tapi spicis merah. Nenek moyangnya dulu jadi santapan sultan firaun dan rakyatnya.

Yang kiri tu pulak, spotted red tilapia. Gambar kanan dan kiri tu sama cuma satu ada dot hitam sikit. Sabor jer lah. Sekian.

Kalau aku salah betulkan yer...
Quote matchstick 1-7-2021 07:24 PM
pittjie: Ganas sungguh dia mencampak daun pegaga tu.

Hahahaha I pun terkejut tgk dia cmpk tu siap ada bunyi
Quote TomyamPuteh 1-7-2021 07:25 PM
Rengsa sggh la aku dgn umur Che Ta nih
Quote naina 1-7-2021 07:29 PM
Tak reti makan ikan talapia dan ikan patin ni
Sebab sejenis bau hanyir kan
Kalau masak PON tak hilang bau tu
Tapi aku macam teringin nak rasa yang bonda Rozita punya ikan talapia berempah tu
Macam sedapp.

Lihat semua komen(117)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

21-1-2022 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.407780 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top