CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Batal Majlis, Kahwin Dengan Perempuan Lain Sebab Tak Hidang Kari Kambing

1-7-2021 04:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1125| Komen: 4

Description: Hanya kerana tidak menghidangkan kari kambing kegemarannya, lelaki membatalkan perkahwinannya.
Hanya kerana tidak menghidangkan kari kambing kegemarannya, lelaki membatalkan perkahwinannya.

Indian Express melaporkan Ramakant Patra yang tiba di Sukinda, Odisha untuk perkahwinannya bersama ahli keluarga disambut keluarga bakal isterinya untuk makan tengah hari sebelum majlis bermula.



Gambar hiasan

Patra bagaimanapun kecewa apabila hasratnya menikmati kari kambing pada hari bahagianya tidak ditunaikan.

Malah, pertengkaran dengan keluarga bakal isteri tercetus apabila dia mempersoalkan ketiadaan makanan kegemarannya itu hinggalah dia memutuskan untuk membatalkan perkahwinannya.

Menurut laporan yang dipetik Harian Metro, lelaki berusia 27 tahun itu tinggal di rumah saudaranya di daerah sama selepas kejadian sebelum berkahwin dengan wanita lain dan pulang ke Rebanapalaspal, sehari kemudian. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 1-7-2021 04:41 PM
cmni baru betul, ni tak macam jkk taman , kambing golek ganti ayam pencen
Quote chandrahusin 1-7-2021 04:49 PM
wah! nak singgah balik beli sup kambing lah
hari pun hujan.. ngam
Quote nakkomenjugak 1-7-2021 07:22 PM
senangnya kawen lain. bagus cepat move on, no bs gitu
Quote Ciktiekus 1-7-2021 08:49 PM
Mcm bujang lapok..pasal belacan bole gaduh..

Lihat semua komen(4)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-12-2021 03:19 PM GMT+8 , Processed in 0.075614 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top