CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Enggan Susahkan Anak, Warga Emas Tinggal Tepi Bukit Je Lepas Kematian Isteri

1-7-2021 04:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1685| Komen: 8

Description: Seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Zaki berkongsi di Facebook kisah sedih mengenai seorang warga emas yang menetap di tepi bukit Langat.
Seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Zaki berkongsi di Facebook kisah sedih mengenai seorang warga emas yang menetap di tepi bukit Langat.

Menurut Zaki, warga emas tersebut tidak mahu menyusahkan dua orang anaknya apatah lagi anak tirinya.




"Siapa yang biasa lalu jalan nak ke Hulu Langat dari Ampang mesti tahu dekat mana ni. Alhamdulillah, hari ini aku berkesempatan nak tengok sendiri siapa yang duduk sini. Dah lama sebenarnya aku perasan ada orang yang tinggal dekat sini. Cuma baru hari ni hati aku tak boleh tahan. Tertanya-tanya. Jadi hari ini aku tengok sendiri," tulisnya.

Terkejut melihat ada seorang lelaki warga emas menetap di kawasan tersebut, Zaki menceritakan kepada umum bahawa warga emas berkenaan berasal dari Pahang dan sudah menetap selama 30 tahun di Ampang. 



Pernah menetap di rumah setinggan di Lembah Jaya Selatan, warga emas ini turut memberitahu bahawa rumah yang didiami tersebut sudah diambil semula oleh anak tirinya selepas si isteri meninggal dunia kira-kira dua tahun lalu.

Susulan itu, dia mengambil keputusan untuk tidur di tepi bukit Langat ini. Ujar warga emas itu lagi, dia gembira tinggal di situ dan tidak mahu menyusahkan sesiapa sahaja termasuk dua orang anak kandungnya.

"Semenjak PKP yang dulu, dia terkesan. Sumber duit dia datang dari besi-besi buruk, barang-barang terpakai. Tapi itulah, PKP ni masa ada kedai besi buruk yang buka. Susah la nak dapat duit.

"InsyaAllah pak cik, saya akan bantu sementara saya ada ni. Lepas ni bab makan jangan risau. Dekat sejam lebih sembang dengan pak cik ni. Banyak benda nak kongsi tapi tak tahu nak kongsi macam mana. Sedih, sebak semua ada," katanya.



Terbaru, Zaki memberitahu waris kepada warga emas ini sudah menghubunginya. Tambahnya, waris warga emas ini tidak mempunyai sebarang masalah dengannya dan mereka baik-baik sahaja. 



Masyarakat di luar sana juga dinasihatkan supaya tidak memandang serong terhadap keluarga warga emas tersebut.


Sumber: OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 1-7-2021 07:26 PM
memang anak2 takde yang menanya kahhhh atau pokcik degil takmo susahkan anak?
Quote gigahertz 1-7-2021 11:30 PM
nakkomenjugak replied at 1-7-2021 11:26 AM
memang anak2 takde yang menanya kahhhh atau pokcik degil takmo susahkan anak?

ada la perangai bapaknya dulu2 yang anaknya tak suka.

Quote I.K.A888990 2-7-2021 01:54 AM
kesian juga tgk kwsn rumah tu. kalau ada yg bantu kemas2 pn bagus juga kan.
Quote dua_chzy 2-7-2021 01:58 AM
Edited by dua_chzy at 2-7-2021 01:59 AM

Kot ye pun si waris buat la rumah helok2. Buat rumah bambu ka hapa. Cantik2 tempat tu menghijau, ni dah penuh sampah bapak ko pulak.
Quote Limao 2-7-2021 09:44 AM
Alasan takmo susahkan anak anak ni biasenye ayat bapak yang memang tak rapat ngan anak.
Quote mama_neko 4-7-2021 06:58 AM
mesti ada backstory ni... tapi sampai dok merempat cmtu kesian jgk la ..
Quote fealefea 4-7-2021 08:11 AM
Die mungkin sedar die bukan ayah yg baik untuk warisnya sbb tu buat hal sendiri. Dan waris, perlukan segala kekuatan untuk masa lampau yang pedih untuk memaafkan tapi tidak melupakan. Si Zaki ni mungkin asbab untuk kemaafan untuk perdamaian.

Quote jahcomel 4-7-2021 09:40 AM
dua_chzy replied at 2-7-2021 01:58 AM
Kot ye pun si waris buat la rumah helok2. Buat rumah bambu ka hapa. Cantik2 tempat tu menghijau, ni  ...

Beto Kak, kalu ank ade brasa x suka kt bapak maybe ade kisah2 Lama y pahit, tp tlong lh wat pondok utk bapak y ok ckit...

Lihat semua komen(8)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

24-1-2022 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.083860 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top