CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Purata Dua Kes Bunuh Diri Berlaku Setiap Hari

1-7-2021 04:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1431| Komen: 14

Description: Kuala Lumpur: Purata dua kes bunuh diri setiap hari dilaporkan bagi tempoh 2019 hingga Mei 2021 berdasarkan statistik terkini yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Kuala Lumpur: Purata dua kes bunuh diri setiap hari dilaporkan bagi tempoh 2019 hingga Mei 2021 berdasarkan statistik terkini yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pada 2019 adalah sebanyak 609 kes diikuti sebanyak 631 kes bagi 2020.

Foto: Getty Images

"Bagi tempoh lima bulan pertama iaitu tempoh Januari hingga Mei tahun ini pula sebanyak 468 kes bunuh diri direkodkan.

"Ini menyaksikan secara purata sebanyak dua kes bunuh diri berlaku setiap hari dalam tahun 2019 sehingga Mei 2021," katanya dalam kenyataan hari ini.

Abd Jalil berkata, bagi tempoh itu juga seramai 1,427 wanita dan 281 lelaki dilaporkan membunuh diri.


"Seramai 872 orang yang membunuh diri adalah berumur 15 hingga 18 tahun manakala mangsa berusia 19 hingga 40 tahun pula seramai 668 orang.

"Dalam perkembangan berkaitan, Johor mencatatkan kes bunuh diri yang tertinggi pada 2019 dan 2020 iaitu sebanyak 101 kes," katanya.

Menurutnya, pada tahun ini pula Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 117 kes.

"Siasatan polis turut mendapati tiga punca utama yang menyebabkan kejadian ini ialah mangsa menghadapi masalah keluarga, tekanan perasaan dan kewangan.

"Cara atau kaedah membunuh diri yang kerap berlaku berdasarkan statistik PDRM adalah gantung diri sebanyak 75.1 peratus, terjun bangunan (13.6 peratus) dan minum racun (5.7 peratus)," katanya.

Katanya, semua pihak yang bertanggungjawab terutamanya masyarakat harus memainkan peranan penting bagi membendung gejala ini.

"Individu yang mengalami masalah kewangan, kesihatan, tekanan perasaan, kemurungan, keluarga dan sebagainya haruslah diberi bantuan serta sokongan keluarga serta rakan terdekat.

"PDRM menyeru individu yang mengalami masalah dan tekanan seperti yang dinyatakan di atas supaya mendapatkan bantuan serta sokongan daripada ahli keluarga, rakan terdekat dan pihak yang menyediakan khidmat nasihat," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 1-7-2021 03:10 PM
kaka hannah montana nyaris2 mati bunuh diri tidur dalam kereta. dah tua pun stupid. harap lepas ni dia berhati hati . bukan pe kaka forumer prihatin takut dia mati tertelan asap ekzos.
Quote noor2 1-7-2021 03:13 PM
X mustahil bunuh diri di Malaysia lagi banyak dari mati covid....

Quote imanjannah 1-7-2021 03:14 PM
sedih baca berita gini..
Quote miszclassique 1-7-2021 03:19 PM
117 kes dalam masa 5 bulan, kat selangor sahaja pulak tu.... Haihhhh
Quote AbukRokok 1-7-2021 04:52 PM
rileks la 2 kes sehari
visko punya kes 107 sehari
Quote Adrif 1-7-2021 05:52 PM
dan yang paling menyedihkan..

ia tak akan turun, malah akan terus meningkat..

MENDADAK
Quote nakkomenjugak 1-7-2021 07:27 PM
depressing times indeed
Quote edayildiz 1-7-2021 07:33 PM
biasa lelaki ramai pilih terjun bgunan..mitk jauh la drp family kita..tp i pun dh pening fikir bila covid nk hbs..xmustahil thn dpn kalau gini jgk i pun blh depress.
Quote tagas 1-7-2021 08:05 PM
Sila bg stat ikut bangsa n agama
Quote kakikuDibibirmu 1-7-2021 08:08 PM
Death is just a human construct

[youtube]tGplWAb_lls[/youtube]
Quote namemysoul 2-7-2021 12:52 AM
Pokok harap semua pembaca dapat menempuhi segala dugaan yang akan mendatang kelak....
Quote dua_chzy 2-7-2021 02:23 AM
kakikuDibibirmu replied at 1-7-2021 08:08 PM
Death is just a human construct

So...Where do we go when we die?
Quote pyropura 2-7-2021 02:27 AM
Covid 19 adalah kegagalan bodoh UMNO:
- menteri Covid (UMNO)
- menteri vaksin (UMNO)
- menteri SOP Pkp  (UMNO)



https://img.astroawani.com/2021-04/71618314454_IsmailSabriMajlis.jpg
Quote surfin_net82 2-7-2021 07:06 AM
Xdijangka... Rupanya yg paling stress remaja perempuan. Sbb kena tanggung buat keja rumah bnyk2 ke? Ingatkan org2 tua yg kna renti kje.

Kna check la social media..kalau bnyk sgt mungkin ada pengaruh media.

Bantu x3 mereka.. yang mana anak2 dah dididik buat keje sama2 dr kecik masa nilah nampak hasilnya. Yg mana anak2 selalu bg freedom suka suki outing.. time pkp ni merana.

Lihat semua komen(14)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-12-2021 12:22 AM GMT+8 , Processed in 0.082166 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top