CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Cuba Curi Keluar Tapi Parah Terlanggar Kawat Duri PKPD

1-7-2021 03:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2620| Komen: 21

Description: Akibat melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), seorang lelaki terpaksa dirawat di Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru kerana cedera parah setelah merempuh penghadang jalan ...
Akibat melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), seorang lelaki terpaksa dirawat di Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru kerana cedera parah setelah merempuh penghadang jalan dan kawat duri kelmarin.


Menurut Pegawai Daerah Mersing, Mohd Radzi Mohd Amin, lelaki terbabit dipercayai telah cuba keluar dari kawasan kampung yang dikenakan PKPD dengan menaiki motosikal pada pukul 9 malam.


Kredit foto:


Namun cubaannya gagal sebaliknya dia terlanggar penghadang jalan dan kawat duri sehingga luka parah di bahagian leher dan muka.

“Siasatan polis mendapati lelaki berusia 27 tahun itu berasal dari salah sebuah kampung dalam kawasan PKPD. Dia menunggang motosikal seorang diri telah keluar dari rumahnya untuk keluar dari kawasan PKPD dan telah melalui jalan yang ditutup dengan penghadang jalan dan kawat duri.

“Mungkin dalam keadaan tergesa-gesa dan gelap, dia merempuh penghadang jalan dan kawat duri yang dipasang hingga menyebabkan luka parah,” katanya dalam satu kenyataan.


Mohd Radzi yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Mersing menggesa orang ramai terutama di kawasan PKPD agar mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini dan mencegah merebak pandemik Covid 19.

Empat buah kampung telah dikenakan PKPD iaitu Kampung Makam, Kampung Benaung, Kampung Tanjung Genting dan Kampung Sawah Dato bermula 22 Jun hingga 5 Julai ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen  43(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 dan akan di kompaun di bawah Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana keluar dari rumah atau kawasan PKPD tanpa alasan yang munasabah.


Sumber: MalaysiaGazette


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 1-7-2021 03:41 PM
X sanggup nak tengok gambar clear
Quote jfq 1-7-2021 04:48 PM
Takda makna gmbr yg blur tu
Tak nmpk apa pun
Quote renko 1-7-2021 05:20 PM
rasakan
beruk sangat
Quote matchstick 1-7-2021 05:46 PM
Padan muka je lah..Hari ni warga asing pakat lari keluar from kwsn pkpd pjs8 nun plk..smpi bila tak turun kes selagi ada beruk2 mcm ni
Quote Adrif 1-7-2021 05:55 PM
matchstick replied at 1-7-2021 05:46 PM
Padan muka je lah..Hari ni warga asing pakat lari keluar from kwsn pkpd pjs8 nun plk..smpi bila tak  ...

kan.. warga asing aman-aman ja lari guna laluan tikus la, redah hutan la,
kawat duri ni mampu kekang orang tempatan ja
Quote nakkomenjugak 1-7-2021 07:38 PM
ni kes cash on the spot jugak ke... iols faham tapi can't do nothing laa. duduk la rumah next time untuk kali ke berapa dah ni pun
Quote nenekglamer 1-7-2021 07:56 PM
Puak2 mcm ni ntah apa yg dia fhm ttg covid... Jenis yg dah kena covid betul2 baru tau n faham that it is dangerous.
Quote aint 1-7-2021 08:08 PM
mendapatla ... nak kuar watpe...

kalo takat nak bantuan, leh jer letak bendera putih..mesti ada anggota keselamatan yg akan bg bantuan makanan
Quote MontanaHannah 1-7-2021 08:45 PM
Jamban dia terletak di kawasan hijau.

xkan dia nak berak tenagh jalan.
Quote Skuau 1-7-2021 08:50 PM
matchstick replied at 1-7-2021 05:46 PM
Padan muka je lah..Hari ni warga asing pakat lari keluar from kwsn pkpd pjs8 nun plk..smpi bila tak  ...

ni la 'kebengongan sistem'...namanya...mende ni pernah berlaku kat area Kajang rasanya....biasa la Msia...memang senang sgt diperbodohkan lg diperlekehkan warga asing...berulang ulang.
Quote sharlenetexas 1-7-2021 08:55 PM
MontanaHannah replied at 1-7-2021 08:45 PM
Jamban dia terletak di kawasan hijau.

xkan dia nak berak tenagh jalan.

Asalkan tak cirit diknah.
Quote MontanaHannah 1-7-2021 08:57 PM

muahahhahahhahahahhahahahhahaha ...!!!


Quote Jitu 1-7-2021 09:02 PM
ngerinya
mlm2 nak keluar nak gi mana tu
baik duduk rumah tidur
Quote sharlenetexas 1-7-2021 09:09 PM
MontanaHannah replied at 1-7-2021 08:57 PM
muahahhahahhahahahhahahahhahaha ...!!!


[ig]https://www.instagram.com/p/CQx45wHnv3R/?utm_medium=copy_link[/ig]

Quote matchstick 1-7-2021 10:46 PM
MontanaHannah replied at 1-7-2021 08:45 PM
Jamban dia terletak di kawasan hijau.

xkan dia nak berak tenagh jalan.

Jauhnya jamban..dia nk gi berak kt loji kumbahan terus ke hape
Quote Carcosa 1-7-2021 11:25 PM
Hah cash la ko. Merayap tak dpt, package plk muka berparut nanti. Padan muka ko. Memalam nk ke mana lah tu. Tak melepak, nak berjimak dgn betina. Padan muka ko lgi sekali
Quote I.K.A888990 2-7-2021 01:56 AM
dah kena kurung tu akur je la
Quote kaogi 2-7-2021 07:20 AM
Degil sgt …
Quote me12345 2-7-2021 07:21 AM
Degil nye ya rabbi....

Lihat semua komen(21)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-12-2021 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.193710 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top