CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Cepatlah Pulang Ustaz Ebit, Ramai Rakyat Dah Angkat Bendera Putih...'

1-7-2021 02:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1994| Komen: 16

Description: Umum mengetahui pendakwah kesayangan ramai Ustaz Ebit Lew (UEL) baru sahaja dapat memasuki perkarangan Palestin setelah hampir sebulan menantikan peluang tersebut bagi meneruskan Misi Bantuan Kecemasa ...
Umum mengetahui pendakwah kesayangan ramai Ustaz Ebit Lew (UEL) baru sahaja dapat memasuki perkarangan Palestin setelah hampir sebulan menantikan peluang tersebut bagi meneruskan Misi Bantuan Kecemasan Gaza Palestin untuk menyampaikan sumbangan serta bantuan kecemasan akibat serangan rejim Israel ke atas mereka.



Kredit foto: FB

Terbaru, UEL memuat naik perkembangan terkini di seluruh platform media sosialnya mengenai keberadaannya di sana yang sedang bergiat aktif memberikan bantuan kepada kanak-kanak dan beberapa keluarga yang terkesan di sana. Menurut UEL, dia berasa sebak apabila melihat beberapa kawasan di Palestin yang habis musnah akibat serangan bom bertubi-tubi kepada mereka.


Loading FB Post...


Loading FB Post...

Loading FB Post...

Tidak dinafikan lagi, nama UEL amat dikenali di seluruh Malaysia dek kerana sikap prihatin UEL yang sering menjadi ‘wira’ negara yang sering menghulurkan bantuan kecemasan apabila tular kes mereka yang tidak bernasib baik di Malaysia. Melihat keadaan semasa tanah air yang semakin terhimpit akibat pandemik COVID-19, ramai rakyat Malaysia yang bimbang dengan tekanan dihadapi segelintir rakyat Malaysia yang terjejas pendapatan akibat pandemik ini sehingga muncul inisiatif kempen rakyat iaitu ‘Kempen Bendera Putih’.

Lebih menarik perhatian apabila tinjauan di ruangan komen posting UEL di Twitter mendapati  ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang menyeru belas kasihan ihsan daripada UEL untuk pulang semula ke Malaysia dan melihat keadaan semasa rakyat yang semakin terdesak dan terkesan akibat pandemik ini. Menurut mereka, kes bunuh diri semakin tidak terkawal dan mereka mengharapkan UEL untuk kembali ke Malaysia bagi memberikan bantuan kepada mereka yang menaikkan bendera putih. 

Meninjau di ruangan komen posting UEL di Twitter, ada juga dalam kalangan mereka yang mendoakan UEL agar sentiasa berada dalam keadaan yang selamat dan sihat di Palestin. Mereka juga berterima kasih dan bersyukur kerana mempunyai insan yang mulia dan ikhlas dalam membantu nasib saudara Islam yang amat terkesan akibat serangan Israel kepada Palestin.



Bagaimanapun, tanggungjawab UEL masih perlu diteruskan di Palestin kerana insan hebat seperti UEL ini tidak akan mengabaikan janji beliau untuk membantu mereka yang dalam kesusahan. 


Sumber: KoolFM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makadek 1-7-2021 02:31 PM
Duk sana je lah kn dh jd kampung dia tu
Sini 99speed mart dh bg bantuan
Quote ellejo 1-7-2021 02:40 PM
maaf, korang tak cukup sayu utk dia menjadi sayu.

Quote sarah82 1-7-2021 02:46 PM
Bluerkkk. Kat alor setar ada food bank bergedak yg dpt kerjasama tesco lagi.. Tak ada pulak nak war2 kan.. Hari2 ramai ja penerima food bank tu.
Quote uori 1-7-2021 02:57 PM
tu yang betul pun, dapat posing sana sini

{:smile
Quote Duriand24 1-7-2021 03:12 PM
Saya sedih saudara..saya menangis dari jauh..tp palestin lebih perlukan saya..sob sob sob sambil tala muka kat camera
Quote ImpianSeroja 1-7-2021 03:23 PM
Ramai juga rakyat Malaysia yg lain bg sumbangan sejak kempen bendera putih ni dijalan kn..tok sah kacau la UEL di sana nun
Quote ketupatnasi 1-7-2021 03:27 PM
tatau nak nanges ke hapa. netz ni sungguh ekhlas ke or sarkastis sajorkk?
UEL balik bole kasik setel semua kes bendera putih or bunuh diri ke hapee?
ke chuols nak lantik dia ganti Abah?? KoolFM?? apoooo???  curious acik tawww
Quote sfrnna 1-7-2021 03:41 PM
Uztaz...

Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak
Quote mawarkhayalan99 1-7-2021 04:06 PM
memang ayat permulaan posting kena ada "sebak sayu" ke. iolss tanya jahhhh
Quote ellejo 1-7-2021 04:08 PM
mawarkhayalan99 replied at 1-7-2021 08:06 AM
memang ayat permulaan posting kena ada "sebak sayu" ke. iolss tanya jahhhh

sebab tu acik porum panggil dia dewa sayu
saya saya saya sayu sayu saya sayu sebak ah
Quote asma87 1-7-2021 04:23 PM
Sayu....hati ini makin sayu....rinduuuuuuu...terkenangkan desa permai
Quote salmon-suki 1-7-2021 04:27 PM
Ai dah lupa lgsg psl ustaz nih{:smile
Skrg byk pasaraya bg bantuan kan..adik ai bgtaw 7e pn ada bt food bank..pegi je sana utk amek makanan y diperlukan..tp jgn laa tamak buat stok plak mcm y viral tuh..
Quote AbukRokok 1-7-2021 04:53 PM
Ewwwwwwwwww.... jilat too much ?
yang dah angkat bendera putih beberapa hari ni masih xdpt bantuan ke bitches?
Quote eyansss 1-7-2021 07:07 PM
korang siapa mintak2 dia balik?  siapa?  ada bagi any big benefit to him ka kalau dia tolong korang?  kalau takde, pi dok dendiam...  tak guna meratib pilu...  hahahaha...
Quote nakkomenjugak 1-7-2021 07:41 PM
dah kenapaaaa suruh dia balik??? food bank berlambak, buta ke?? haa mula laa iols... neway, dia kan kata datang palestin rasa macam balik kampung halaman, so biarlah dia kat kampung dengan aman .
Quote damsel_fiji 2-7-2021 12:43 PM
gedik nya seko2..ramai jah org yg dah dan sedang membantu kat sini..ummah socmed sampai merayu2 dah kenapa hanatt

Lihat semua komen(16)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-12-2021 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.162566 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top