CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

3 Lelaki Mati Ditembak Polis-Keluarga Dapat Ganti Rugi Lebih RMN1.5 Juta

1-7-2021 11:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7704| Komen: 69

Description: Shah Alam: Mahkamah Tinggi di sini, memberikan ganti rugi lebih RM1.5 juta kepada keluarga tiga lelaki termasuk remaja yang mati ditembak polis 11 tahun lalu.
Shah Alam: Mahkamah Tinggi di sini, memberikan ganti rugi lebih RM1.5 juta kepada keluarga tiga lelaki termasuk remaja yang mati ditembak polis 11 tahun lalu.

Hakim Datuk Khadijah Idris membuat keputusan itu, semalam setelah membenarkan rayuan keluarga lelaki terbabit iaitu Muhammad Shamil Shapiei, Mohd Hairul Nizam Tuah dan Muhamad Hanafi Omar.

Peguam Zaid Malek yang mewakili keluarga itu memberitahu pemberita melalui pesanan WhatsApp hari ini, bahawa Hakim Khadijah membenarkan rayuan keluarga tersebut untuk mengetepikan keputusan pendaftar Mahkamah Tinggi, yang memberikan award RM207,000 kepada keluarga ketiga-tiga si mati.


Gambar fail, ibu Allahyarham Muhammad Shamil Hafiz Shapiei, Norhafizah Mad Razali (kanan) ketika hadir di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 11 Ogos 2015 bagi mendengar kes itu. FOTO Arkib NSTP


"Keluarga itu yang tidak berpuas hati dengan jumlah berkenaan telah mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam (di hadapan hakim) agar ganti rugi dinilai semula dan sejumlah RM1,519,200 diberikan semalam," katanya.

Pada 11 Ogos 2015, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Rozana Ali Yusoff membatalkan saman itu dan memerintahkan plaintif membayar kos sebanyak RM20,000 kepada defendan.

Namun pada 1 September 2016, Mahkamah Rayuan membenarkan tuntutan yang dikemukakan keluarga ketiga-tiga lelaki itu dan memutuskan polis bertanggungjawab ke atas tembakan yang meragut nyawa mereka dan memerintahkan kes didengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk penilaian di hadapan pendaftar.

Zaid berharap Jabatan Peguam Negara tidak akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu supaya kes dapat menemui titik noktah.

"Kami juga meminta kerajaan dan polis agar segera mengambil tindakan disiplin dan jenayah terhadap anggota polis yang bertanggungjawab atas perbuatan itu," kata peguam itu.

Beliau berkata, daripada award berjumlah RM1,519,299 itu, setiap keluarga akan menerima lebih RM500,000 bagi ganti rugi am, misfeasans awam,ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan sementara RM11,200 lagi tuntutan tanggungan untuk keluarga Mohd Hairul Nizam dan RM8,000 untuk keluarga Muhamad Hanafi.

"Setelah hampir 11 tahun, keluarga mangsa tembakan Glenmarie akhirnya menerima keadilan atas trauma dan kerugian yang mereka alami akibat tindakan polis," katanya.

Saman berhubung dakwaan serangan, memukul dan kecuaian itu difailkan terhadap polis dan kerajaan oleh keluarga Muhammad Shamil, Mohd Hairul Nizam dan Muhamad Hanafi, yang dilaporkan ditembak oleh polis bertugas di Glenmarie, Shah Alam, kira-kira 4 pagi, 13 November 2010.

Ketika kejadian Muhammad Shamil berumur 15 tahun, Mohd Hairul 20, dan Muhamad Hanafi Omar, 22.

Keluarga itu sebagai plaintif juga menamakan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Ketua Polis Selangor, Ketua Polis Negara, Kerajaan Malaysia dan pegawai polis yang belum dikenal pasti sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutan, plaintif, antara lain mendakwa ketiga-tiga remaja itu meninggal dunia akibat tindakan polis dan tanpa justifikasi. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 1-7-2021 11:43 AM
Kejap, kes mana ni?

Pegawai polis belum dikenalpasti maknya tukang tembak tu ke?
Quote Simunggu 1-7-2021 11:46 AM
semoga dapat hukuman setimpal
Quote batu kikir 1-7-2021 12:02 PM
Aku bukan nak menangkan sesiapa lah
Kalau dah lebih 12 tengahmalam....bawa kereta mencurigakan.....disuruh berhenti,  tak nak berhenti.......sebagai Polis patut biarkan je atau mcm mana?  
Quote chandrahusin 1-7-2021 12:12 PM
takde berita terdahulu ke
ni bkn kes arwah Aminurasyid tu
Quote Skuau 1-7-2021 12:12 PM
batu kikir replied at 1-7-2021 12:02 PM
Aku bukan nak menangkan sesiapa lah
Kalau dah lebih 12 tengahmalam....bawa kereta mencurigakan..... ...

ntah la bro...Pendapat mak bapa 'mangsa'...mungkin berbeza dgn pendapat umum....
Quote spankee_fili 1-7-2021 12:15 PM
batu kikir replied at 1-7-2021 12:02 PM
Aku bukan nak menangkan sesiapa lah
Kalau dah lebih 12 tengahmalam....bawa kereta mencurigakan..... ...

Kes yg mana ni? Polis tembak pasal mencurigakan ke?
Suruh berhenti tapi lari?
Quote any42 1-7-2021 12:19 PM
Kes mana ni xleh recall
Quote Tinot7 1-7-2021 12:21 PM
Deme buat apa pukul 4 pagi?

Saman berhubung dakwaan serangan, memukul dan kecuaian itu difailkan terhadap polis dan kerajaan oleh keluarga Muhammad Shamil, Mohd Hairul Nizam dan Muhamad Hanafi, yang dilaporkan ditembak oleh polis bertugas di Glenmarie, Shah Alam, kira-kira 4 pagi, 13 November 2010.
Quote jahcomel 1-7-2021 12:24 PM
3org budak remaja y mrompak stesenminyak
Quote nakkomenjugak 1-7-2021 12:30 PM
Kes budak bawak kete tak nak stop tu ke?
Hmmm
Quote irish_ieka 1-7-2021 12:33 PM
mksudnye depa merompak? cmtu nnt lepas ni ramai la sanggup gi merompak then bile kene tembak keluarga leh claim jota2?
Quote mclaren 1-7-2021 12:37 PM
Ni yang busak 15 tahun tu curi kunci kereta parents masa parents tidur 4am tu kan? Parents kata tak sedar anak keluar tanpa pengetahuan.

Cumanya if budak tu baru first time duduk kat driver's seat and tekan pedal pagi tu.........

Masa tu public questioned pemantauan parents budak tu. And if sebelum tu parents dah pernah suka2 ajar budak tu memandu.

Quote mclaren 1-7-2021 12:44 PM
irish_ieka replied at 1-7-2021 12:33 PM
mksudnye depa merompak? cmtu nnt lepas ni ramai la sanggup gi merompak then bile kene tembak keluarg ...

Tidak didapati merompak.

Cuma dah buat salah memandu tanpa lesen so bila nampak polis.......
Quote akuchenta 1-7-2021 12:50 PM
Ini berita tahun 2015

Mahkamah Tolak Saman Keluarga Tiga Remaja Ditembak Mati Polis
Selasa, 11 Ogos 2015 4:26 PM



SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini menolak saman yang dikemukakan anggota keluarga tiga remaja yang mati ditembak polis dalam satu kejadian di sini, lima tahun lepas.

Hakim Datuk Rozana Ali Yusoff ketika memutuskan perkara itu turut memerintahkan plaintif membayar kos RM20,000 kepada semua defendan.

Tiga keluarga yang diwakili oleh enam individu itu terdiri daripada Shapiei Zainal Abidin, 43, Norhafizah Mad Razali, 41, Hamidah Kadar, 62, Norhaliza Tuah, 31, Omar Abu Bakar, 62, dan Noriah Darus, 53.

Shapiei dan Norhafizah ialah bapa dan ibu Muhammad Shamil, 15, Hamidah dan Norhaliza masing-masing ibu dan kakak Mohd Hairul Nizam, 20, manakala Omar dan Noriah ialah bapa dan ibu Muhammad Hanafi, 22.

Muhammad Shamil, Mohd Hairul dan Muhammad Hanafi dilaporkan mati ditembak oleh anggota-anggota polis yang dipercayai sedang bertugas di Glenmarie di sini pada pukul 4 pagi, 13 November 2010.

Ketiga-tiga remaja itu mati setelah terkena tembakan di kepala dan dada dalam kejadian tersebut.

Kesemua plaintif memfailkan saman terhadap Ketua Polis Daerah Shah Alam, Ketua Polis Selangor, Ketua Polis Negara, Kerajaan Malaysia, Inspektor Azrin Ezahar, Koperal Kamarul Zaman Awang, Lans Koperal Khairul Azahar Jali, Lans Koperal Mohd Juhaimi Jasmin, Lans Koperal Mohd Aminuddin Affendi Azmi, Konstabel Halfiz Ibrahim dan Konstabel Nafis Akmal Ismail bagi menuntut ganti rugi kerana didakwa melanggar hak asasi mangsa terbabit.

Pihak plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan serta deklarasi bahawa defendan-defendan telah sengaja atau dengan niat jahat melanggar kebebasan asasi ketiga-tiga mangsa seperti dalam bahagian II Perlembagaan Persekutuan.

Plaintif turut menuntut ganti rugi untuk tanggungan di bawah Seksyen 7 Akta Sivil 1956, ganti rugi untuk manfaat estet mangsa di bawah Seksyen 8 Akta Sivil 1956, kos dan sebarang perintah serta relif yang difikirkan patut dan sesuai oleh mahkamah.

Dalam penghakimannya, Rozana berkata berdasarkan bukti dan keterangan, tidak dinafikan ketiga-tiga si mati bersenjata ketika kejadian.

Beliau berkata terdapat keterangan bahawa kesemua si mati "melindungi diri menggunakan parang untuk menyerang defendan" dan ketika kejadian kesemua si mati dan anggota polis terlibat berada dalam keadaan sangat rapat berikutan kereta dinaiki mereka (si mati dan anggota polis) telah berlanggar.

"Dalam keadaan begitu defendan tidak boleh menunggu untuk dicederakan sebelum mengambil tindakan. Mereka (defendan) tiada pilihan selain melepaskan tembakan untuk melindungi diri," katanya.

Rozana berkata mahkamah juga berpuas hati bahawa defendan bertindak sedemikian dalam keadaan yang munasabah dan terdapat bukti "dapat dipercayai" yang menunjukkan defendan dalam keadaan tergugat.

Menurutnya, defendan hanya menjalankan hak mereka dalam mempertahankan diri sendiri.

"Plaintif dakwa si mati ditembak secara 'gaya pembunuhan' tetapi plaintif gagal memanggil saksi-saksi pakar untuk membuktikan dakwaan itu. Tiada alasan untuk mahkamah ragui keterangan defendan kerana tiada bukti mencukupi untuk menunjukkan defendan berpakat untuk cerita perkara yang sama.

"Secara keseluruhannya mahkamah dapati keterangan tiga defendan (Azrin, Kamarul Zaman dan Khairul Azahar) adalah dapat dipercayai dan diyakini. Justeru atas imbangan kebarangkalian, mahkamah menolak tuntutan plaintif dengan kos," katanya.

Kesemua defendan diwakili Peguam Kanan Persekutuan Norliza Zulkifli sementara plaintif diwakili peguam Latheefa Koya.

Latheefa ketika ditemui pemberita kemudiannya berkata pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah itu di Mahkamah Rayuan.-- Bernama
Quote lifeline 1-7-2021 12:52 PM
tp hasil bedah siasat tu mcm bercanggah kan dgn laporan polis
maksudnya dorang mcm kena melutut pastu kena tembak mcm tu la lebih kurang..

tp kan iols nak tanya... kalau mcm ni sapa ya yg bayar duit pampasan tu kt keluarga mngasa?
pegawai polis tu ke

sorry la soalan iols nood betul hehehe
Quote akuchenta 1-7-2021 12:54 PM
[youtube]cOkTNC00sXM[/youtube]

Quote akuchenta 1-7-2021 12:58 PM
Berita 2011

Polis Tembak Remaja Di Glenmarie: Ibu Mangsa Fail Kes Ke Mahkamah Cabar KDN


Keluarga tiga remaja ditembak di Glenmarie cabar KDN

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Ibu mangsa salah seorang daripada tiga remaja yang mati ditembak polis di Glenmarie, Shah Alam November tahun lalu hari ini mencabar Kementerian Dalam Negeri (KDN) membawa kes itu ke mahkamah bagi membuktikan pihak polis bertindak mengikut peraturan.

Norhafizah Mohd Razali, ibu kepada Allahyarham Muhammad Syamil Hafiz Shapiei yang kecewa dengan sikap lepas tangan KDN mahu kematian Syamil dan dua rakannya diadili mengikut siasatan yang menyeluruh.

“Saya sangat kecewa dan marah dengan pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri kerana kes ini diperkotak-katikkan.

“Saya minta menteri KDN lihat semula laporan bedah siasat ketiga-tiga anak ini dan saya cabar menteri bawa kes ini ke mahkamah kalau betul mereka di pihak yang benar,” kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Muhammad Syamil, 15, Mohd Khairul Nizam Tuah, 20, dan Mohd Hanafi Omar, 22, maut ditembak polis dalam kejadian pada awal pagi 13 November tahun lalu di Glenmarie, Shah Alam.

Ketiga-tiga remaja itu ditembak kira-kira pukul 4.45 pagi kerana disyaki terlibat dengan rompakan stesen minyak.

Hari ini merupakan kali kedua Norhafizah dan ahli keluarga mangsa hadir ke Parlimen ditemani anggota Lawyers for Liberty (LFL) setelah memorandum dan rayuan mereka agar kes ini diadili mengikut saluran perundangan tidak diendahkan.

Norhafizah buat kesekian kalinya menekankan bahawa beliau tidak berpihak kepada anaknya namun kecewa apabila melihat laporan bedah siasat yang mendapati ketiga-tiga mangsa ditembak dalam keadaan mereka sudah melutut, bukan dalam keadaan menyerang seperti yang didakwa polis.

“Berapa kali saya katakan saya terima kalau anak saya benar-benar bersalah tapi sepatutnya mereka ditangkap, bukan terus dibunuh,” katanya sambil menahan sebak dan marah, lapor Harakahdaily.

Sementara itu Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo pada sidang media sama menyifatkan jawapan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa hasil siasatan mendapati tindakan polis melepaskan tembakan tersebut adalah mengikut lunas undang-undang sebagai longgar dan tidak bertanggungjawab.

Hishammuddin dalam jawapan bertulis kepada soalan Gobind di Dewan Rakyat Isnin lalu berkata, pihak polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan berhubung kes ini.

“Bagaimana kes yang mendapat liputan meluas di seluruh negara, setahun keluarga minta penjelasan daripada polis dan menteri dan saya sebagai seorang ahli Parlimen tanya soalan secara serius.

“Tapi jawapan menteri hanya satu perenggan, berkata tindakan mengikut lunas undang-undang.Mana faktanya? Mana hujah membantah laporan bedah siasat?” soalnya.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izah Anwar berkata Hishammuddin memesongkan Dewan Rakyat apabila berkata kes tersebut ialah cubaan membunuh sedangkan kesemua mangsa mati ditembak.

“Menteri wajib bertanggungjawab dengan kenyataan yang dibuat dalam Dewan Rakyat.

“Budaya terlepas daripada hukuman dan menembak sembarangan di kalangan sebahagian daripada anggota pasukan polis dibenarkan berikutan sikap Menteri KDN yang melulu mempertahankan polis walaupun mereka melakukan jenayah,” katanya yang juga Naib Presiden PKR. -TMI


Quote mejaputih 1-7-2021 01:03 PM
ooo...arwah semua mmg disyaki pesalah tp cara polis tu handle...terus bunuh dorg dlm keadaan dorg melutut....
Quote Carcosa 1-7-2021 01:06 PM
Knp ada N?
RMN?

Lihat semua komen(69)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-10-2022 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.093596 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top