CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Belasah, Rembat Duit Tunang RM10,000

1-7-2021 11:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2182| Komen: 7

Description: KOTA MARUDU – Polis memburu seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes memukul tunangnya dan melarikan kereta jenis Proton Iswara milik kakak mangsa dalam kejadian di sini.
KOTA MARUDU – Polis memburu seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes memukul tunangnya dan melarikan kereta jenis Proton Iswara milik kakak mangsa dalam kejadian di sini.


Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd. Izaan Abdullah berkata, siasatan juga mendapati suspek turut melarikan wang milik syarikat tunangnya berjumlah RM10,000.

Foto: Kosmo

“Siasatan mendapati suspek berusia 28 tahun itu sepatutnya memasukkan wang terbabit ke dalam akaunnya untuk dipindahkan ke akaun syarikat tempat mangsa bekerja.

“Bagaimanapun, suspek memberikan pelbagai alasan dan hal itu mengakibatkan berlaku pergaduhan antara mangsa serta tunangnya sehingga wanita itu dipukul oleh suspek,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Mengulas lanjut, Mohd. Izaan berkata, suspek dikatakan terus memecut kereta yang dinaiki mereka ke arah Pitas sebelum mangsa terjun keluar dari kenderaan untuk menyelamatkan diri dan sehingga kini usaha mengesan suspek masih giat dijalankan.

“Kita dimaklumkan wang yang hilang hanya sebanyak RM10,000 dan bukannya RM18,000 seperti yang didakwa di laman sosial. Setakat ini, sasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, tular di laman sosial facebook berkaitan kenyataan mendakwa seorang lelaki bertindak melarikan wang tunai sebanyak RM18,000 dan sebuah kenderaan Proton Iswara selain turut didakwa mengikat serta membelasah tunangnya sebelum menghilangkan diri. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukacactus 1-7-2021 11:32 AM
Xberbaloi la kalau takat 10k je
Species jantan kurang bijak ni
Quote nuno 1-7-2021 11:34 AM
buat malu je jadi lelaki cui duit pukul perempuan, belajar curi hati ngan pukul bontot masa doggy next time
Quote nakkomenjugak 1-7-2021 12:28 PM
suspek turut melarikan wang milik syarikat tunangnya berjumlah RM10k. Siasatan mendapati suspek berusia 28 tahun itu sepatutnya memasukkan wang terbabit ke dalam akaunnya untuk dipindahkan ke akaun syarikat tempat mangsa bekerja.

Hmmmmmm lain kali kau pegang laa sendiri duit tu nokkkkk. Kalau pasal duit, family pun boleh sampai tikam2 tau. inikan pulak tunang cikai pokai sohai.... yikes
Quote angelofish 1-7-2021 01:04 PM
nanti pujuk rayu..cair.nikah.beranak.beranak  sampai 7 kali.
Quote lattehazelnut 1-7-2021 02:22 PM
angelofish replied at 1-7-2021 01:04 PM
nanti pujuk rayu..cair.nikah.beranak.beranak  sampai 7 kali.

Lepas tu tambah bini lg satu..
Quote isbritneybich 1-7-2021 03:14 PM
entah2 berpakat 2 orang tu
Quote Orix 3-7-2021 05:34 PM
Diburu tp kaburkan muka. Apoo

Lihat semua komen(7)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

6-7-2022 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.091440 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top