CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

"Ada Yang Malu Meminta-Minta, "-Siti Nordiana Sokong Kempen Bendera Putih

1-7-2021 11:05 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1972| Komen: 8

Description: Penyanyi Siti Nordiana menyokong inisiatif kempen bendera putih sebagai usaha murni memandangkan segelintir masyarakat berasa segan untuk meminta bantuan walaupun dalam kesusahan.
Penyanyi Siti Nordiana menyokong inisiatif kempen bendera putih sebagai usaha murni memandangkan segelintir masyarakat berasa segan untuk meminta bantuan walaupun dalam kesusahan.


Pemilik nama sebenar Siti Nordiana Alias, 37, turut menyifatkan tindakan itu adalah salah satu ikhtiar memandangkan ramai yang kini berdepan kesukaran hidup akibat Perintah Kawalan Pergerakkan 3.0 yang dilaksanakan negara.


Kredit foto: IG

"Memang ramai sekarang tertekan dan saya rasa kempen bendera putih merupakan satu usaha dan ikhtiar untuk meneruskan kehidupan sebab kita tahu ada yang segan nak cakap mereka dalam keadaan susah.

"Jika mereka naikkan bendera putih, mungkin ada jiran-jiran yang perasan dan boleh bantu mereka... kadang-kadang kita tahu orang malu nak meminta-minta.


"Kalau kita tahu mana-mana kawan kita yang dalam kesusahan, kita cuba bantu mereka. Saya pun ada Skuad Prihatin Siti Nordiana yang dijalankan bersama ahli kelab peminat yang mana kami akan tolong mereka yang terkesan sepanjang tempoh ini," katanya ketika dihubungi mStar.



Kempen kibar bendera putih merupakan satu usaha yang dijalankan oleh netizen bagi memberi sumbangan kepada mana-mana individu yang terputus bekalan makanan dan barangan keperluan harian.

Kini tampil dengan album zikir dan selawat, Hasbi Rabbi bersama Ustaz Sharizan Daud, Siti Nordiana berharap album itu sedikit sebanyak dapat mengalirkan pahala buatnya apabila mendendangkan lagu berbentuk kerohanian.



"Kita tidak boleh menafikan ada orang taste dia lain-lain, ada orang terkesan bila dengar ceramah agama.

"Macam saya pula lebih terkesan dengan lagu-lagu berbentuk kerohanian seperti lagu Maher Zain dan Opick sampaikan saya boleh titiskan air mata bila dengar lagu mereka.




"Saya harap bila orang dengar alunan zikir dalam lagu ini Insyaallah boleh tenangkan hati mereka, semoga lagu-lagu ini dapat buka hati kita untuk ingat Allah sentiasa," ujarnya lagi.

Album zikir dan selawat Hasbi Rabbi yang mengandungi lima buah lagu iaitu dua lagu baharu dan tiga lagu selawat lama yang telah diberi nafas baharu. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 1-7-2021 11:08 AM
ianya juga petunjuk kegagalan kerajaan menjaga rakyatnya....
Quote dibs 1-7-2021 11:34 AM
#rakyatjagarakyat
kat tempat akak ni byk kedai2 buat food bank.  Tapi ada jugak yang tamak haloba mcm kejadian pagi tadi msa akak nk pegi keje..Ada laki bini ni datang naik kete besar, pakaian pun helok jer, bini turun akak ingat nk pegi kedai sebelah beli mknan skali datang hangkut brg kat food bank tu, dah amik 5-6 barang masuk keta, laki pulak turun dgn muka x brsalahnya hangkut lagi gula 2-3 beg, biskut, megi, eiiii aku yg tgk ni sakit hati..akak perati je sikit lagi nk sound dia cepat2 masuk dlm kete..lahanat punya perangai
Quote ImpianSeroja 1-7-2021 11:44 AM
Dah besar anak Nana...
Betul ramai terkesan PKP nie..ramai yang kesempitan..ok la dengan adanya kempen bendera putih nie
Quote nakkomenjugak 1-7-2021 12:39 PM
Edited by nakkomenjugak at 1-7-2021 12:40 PM

Iols dont mind kempen2 gini tapi rakyat bangsarddd yang kaut rezeki orang kat food bank macam nak bawak food masuk kubo tu iols doakan jenazah deyols perut pecah atau buasir/cherry berry setahun. selfish buta peghot bak kata tokri
Quote AshkieLa 1-7-2021 02:48 PM
nakkomenjugak replied at 1-7-2021 12:39 PM
Iols dont mind kempen2 gini tapi rakyat bangsarddd yang kaut rezeki orang kat food bank macam nak ba ...

hanat nya amik hak orang yg bebetul memerlukan...
syaitonirrojimm...
Quote sleepandream 1-7-2021 03:30 PM
comelnya kucing nana....
bolat mata
Quote twins 2-7-2021 03:16 PM
Ramai artis2 kita membantu yg memerlukan... Alhamdulillah...
Walau pun ada juga artis yg terkesan... tp pada yg beringat & menyimpan ketika
rezki tengah lebat dulu..  dapat juga dorang sama2 membantu.....
Quote None68 3-7-2021 11:10 AM
Rasanya ramai lagi yang x mampu dan segan nak kibar bendera.

Lihat semua komen(8)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

6-7-2022 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.073480 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top