CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Shima Anuar Jual Palazzo, Kumpul Dana Bantuan

1-7-2021 10:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1796| Komen: 4

Description: Tertekan dan sedih dengan berita kesusahan ramai akibat penularan Covid-19, pelakon Shima Anuar, 30, memulakan inisiatif sendiri mengumpul dana bantuan menerusi penjualan seluar palazzo.
Tertekan dan sedih dengan berita kesusahan ramai akibat penularan Covid-19, pelakon Shima Anuar, 30, memulakan inisiatif sendiri mengumpul dana bantuan menerusi penjualan seluar palazzo.


Shima berkata, wang hasil jualan pakaian itu akan digunakan membeli barangan rumah untuk disumbangkan kepada individu yang sangat memerlukan.


Foto: IG

"Saya turut tertekan dan sedih apabila rakyat kita semakin dihimpit kesusahan. Setiap hari tengok berita, hati saya cukup sayu mengenangkan nasib mereka yang susah.

"Jadi, saya mulakan inisiatif sendiri ini. Agak mengejutkan juga apabila ia mendapat sokongan luar biasa. Buat masa sekarang, sudah 36 helai palazzo berjaya dijual dan saya akan terus guna wang itu beli barangan untuk dibuat sumbangan.


"Saya paling bersyukur apabila ada yang turut menyumbang wang semata-mata seikhlas hati untuk tujuan itu. Ia menunjukkan betapa ramai prihatin untuk membantu golongan susah," katanya.


Berkongsi lanjut, pelakon filem Highland Tower itu akan memulakan misi menghulur bantuan di sekitar kawasan kediamannya di Damansara, Selangor.

Namun, dia terbuka membantu permintaan dari luar Lembah Klang juga.



"Saya akan mencari golongan yang memerlukan di sekitar tempat tinggal saya dulu. Untuk sumbangan, saya memilih untuk memberi barangan keperluan berbanding wang.

"Susah jika ada yang mengambil kesempatan untuk meminta sumbangan wang. Saya sendiri akan turun padang nanti untuk menghulurkan sumbangan itu.




"Setakat ini, saya juga sudah meminta bantuan ahli keluarga untuk membantu sebuah keluarga di Ipoh. Dari mana pun mereka, saya akan cuba bantu yang termampu jika tiada halangan," katanya.





Terdahulu, Shima memuat naik videonya menggayakan palazzo itu dalam pelbagai fesyen di Instagram. Dia memulakan inisiatif terbabit untuk turut serta dalam Program Rakyat Jaga Rakyat. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ImpianSeroja 1-7-2021 11:15 AM
Ok baguslah prihatin keadaan semasa
Quote Raline 1-7-2021 12:05 PM
https://bm.cari.com.my/forum.php ... amp;highlight=shima

udah ada massss
Quote JohnyEnglish 1-7-2021 02:53 PM
apsal ko x jual gazebo je
Quote CiskekYumm 1-7-2021 08:20 PM
Walaupunnnnnn ko sendu n menyeksi selalu, tapi ai sokong la apa u buat sis.
Rajin, pandai masak, layan anak2 Untung laaa berlaki kan org kaya tp pandai jugak cari duit sendiri

Lihat semua komen(4)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-7-2022 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.087779 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top