CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Tak Menepati Selera, Penerima Jual Semula Barang Bantuan

30-6-2021 05:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9412| Komen: 98

Description: Kuala Lumpur: Jual beras bantuan RM5 sekampit. Itu antara perbuatan individu tidak bertanggungjawab menggunakan barangan sumbangan untuk kepentingan peribadi.
Kuala Lumpur: Jual beras bantuan RM5 sekampit. Itu antara perbuatan individu tidak bertanggungjawab menggunakan barangan sumbangan untuk kepentingan peribadi.

Alasan diberikan adalah beras yang diterima sudah banyak selain tidak menepati selera seperti yang dibeli sendiri.

Mendedahkan perkara itu, sukarelawan bebas Ainul Farina Hussin, 35, berkata, pihaknya mengesan kegiatan itu dilakukan oleh seorang penerima bantuan baru-baru ini.


Foto: Harian Metro

Katanya, lelaki berkenaan sebelum itu memohon untuk mendapatkan bantuan kerana kesempitan hidup.

"Apabila bantuan sudah diberikan, saya dimaklumkan jiran mengenai tindakannya menjual semula beras yang disumbangkan.


"Mulanya saya fikir mungkin kerana dia susah tetapi bila ditanya, dia memberikan jawapan yang mengejutkan iaitu beras sudah terlalu banyak dan tidak menepati selera seperti yang pernah dia beli sebelum ini," katanya kepada Harian Metro, baru-baru ini.

Beliau berkata, semakan mendapati beras lima kilogram berkenaan dijual kepada penduduk berdekatan pada harga murah.

Menurutnya, lelaki itu juga mendakwa dia memohon untuk mendapatkan pelbagai bantuan yang disediakan sejak beberapa bulan lalu.

"Bukanlah kita hendak mengungkit apa yang sudah diberikan tetapi dalam konteks berkongsi rezeki, kita ada penyumbang yang mengharapkan bantuan sampai kepada orang susah.

"Di luar sana ramai yang bergelut untuk hidup dan jika ada yang mengambil kesempatan begini, bagaimana dengan orang lain yang lebih memerlukan," katanya.

Ainul berkata, dia bergerak sendiri dengan dibantu rakan untuk menghulurkan bantuan kepada golongan terkesan.

Sebelum ini, katanya, bantuan diberikan di seluruh negara, namun disebabkan jarak yang jauh, dia kemudian memilih untuk hanya memfokuskan kawasan Pasir Gudang dan sekitarnya.

"Pengajaran daripada kes ini, saya perlu lebih berhati-hati dengan maklumat yang diterima.

"Sebelum ini ramai juga yang memberikan maklumat diri palsu atau masih memohon walaupun hidup tidak terjejas.

"Satu peringatan kepada saya dan rakan badan bukan kerajaan lain untuk memastikan individu yang dibantu adalah mereka yang benar-benar memerlukan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sardintin 30-6-2021 02:56 PM
I am speechless ...
Quote zorrro_03 30-6-2021 02:59 PM
MCM2 perangai manusia ni...  dia ingat zaman umno ke nak demand2 lebih
Quote Artemesiaa 30-6-2021 02:59 PM
Mungkin alasan je sebenarnya nak duitlah kan bukannya barangan makanan
Quote ketupatnasi 30-6-2021 03:00 PM
tade rasa bersalah seperti mengambil hak org lain kah?
kalau didermakan semula kepada org lain yang susah tu bole la aku faham.
Quote R2D2 30-6-2021 03:07 PM
dpt feedback dari satu NGO semlm
selama ni bagi bantuan telur, kicap
hari ni tukar ke ayam frozen
hrp penerima bantuan tak komplen lagi
Quote renko 30-6-2021 03:36 PM
sapa suh kemaruk sangat beriye nak tolong orang
main hamak je bantu konon prihatin kan
pastu nak kecewa lak orang tu buat apa dengan barang bantuan
Quote zehra2 30-6-2021 03:44 PM
tak bersyukur dan amik kesempatan
Quote glump 30-6-2021 03:48 PM
Rakyat Malaysia nie pemurah..tapi dah lama PKP gemuk molek badan tu mungkin bantuan yg diperlukan ada lah bantuan mental . Dh biasa dok umah dapat 1g internet free,belajarlah segala trick nak dapat duit mudah.. NGO pulak lapor like nak up status n cerita ,gitu gak gak orang awam yg rata 2 memberi bantuan Makanan sbb tak mau kelaparan tapi peminta bantuan ni yg menjaja cerita sebab lapor perhatian adalah kerjaya terkini mereka
Quote Skuau 30-6-2021 03:55 PM
Ntah2(andaian jer ni).... jual beras tu tuk beli rokok kot...ia..la..mana ada orang derma rokok.....
Quote mclaren 30-6-2021 03:58 PM
Nak cadangkan macam ni untuk bantuan.

Jangan beli barang keperluan dan derma.

Sebaliknya kerajaan wajar mula buat sistem macam voucher atau macam food stamp tu. Yang mana penerima hanya layak membeli barang2 KEPERLUAN sahaja menggunakan voucher atau stamp tersebut.

So if dia pergi supermarket dia boleh guna stamp tu untuk bayar barang2 kategori keperluan macam beras, roti, sayur, buah, ayam, ikan, susu dan lain2 tapi macam nak beli jajan etc tak boleh bayar guna tu. Barang2 macam sabun etc kira masuk keperluan lah.

Sebab saya tengok rata2 bagi sumbangan tipikal yang maybe penerima ada alahan tak boleh makan ke.. atau penyakit yang tak sesuai makan ke.. so biar je penerima beli ikut keperluan mereka. Bagi milo biskut... bukan setiap rakyat Malaysia makan tu (saya antara tak minum milo / makan biskut contohnya) atau mungkin orang tu tak minum kopi atau guna gula dalam diet dia. Setengah orang yang diabetik tak makan nasi tapi makan roti mil penuh. Etc etc.  Ni bagi stereotaip je semua.
Atas alasan eh dah susah, jangan banyak songeh terima je la bersyukur.

I think we need to move away from donating goods tapi adakan sistem stamps or vouchers yang only cover certain product categories. Bagi duit takut pulak nanti ada guna beli dadah pulak. Dan voucher tu mungkin boleh tied together dgn mykad masa nak bayar kena tunjuk mykad, so that takde pulak jualkan voucher tu. Just a rough idea.
Quote haruslah 30-6-2021 04:05 PM
mclaren replied at 30-6-2021 03:58 PM
Nak cadangkan macam ni untuk bantuan.

Jangan beli barang keperluan dan derma.

X boleh jugak
Cth dpt baucer rm200
Owner pi bagi kedai dia nak cash rm150..pastu duit brli ntah ape2

Mcm baucer buku semua tu....
Quote zacks 30-6-2021 04:07 PM
ni yg aku malas nak derma ni.

tp husnuzon ja la apa yg berlaku kat depan2 tu antara dia dgn Tuhan ja la.

aku prefer pi support beli makanan kat peniaga tempatan lagi dari jiran2 sbb takut berlaku kes ni la.
aku jadi suudzon pulak la ni.
Quote mclaren 30-6-2021 04:10 PM
haruslah replied at 30-6-2021 04:05 PM
X boleh jugak
Cth dpt baucer rm200
Owner pi bagi kedai dia nak cash rm150..pastu duit brli ntah  ...

Ni rough idea je. Maybe boleh diperhaluskan lagi so that payah nak abuse.

Abuse macam tu senang nak berlaku kat kedai2 runcit lah kot. Macam pasaraya yang cashier tu bukan owner kedai agak selamat lah. Tapi bukan semia orang susah ada akses nak ke pasaraya.

Quote Minami2013 30-6-2021 04:14 PM
Nak cash lah tu
Quote ninja boy 30-6-2021 04:15 PM
Brg2 x berjenama tak laku haruslah dihabisi sbg sumbngan derma amal
Quote anony-mous 30-6-2021 04:27 PM
mclaren replied at 30-6-2021 03:58 PM
Nak cadangkan macam ni untuk bantuan.

Jangan beli barang keperluan dan derma.

Setuju. Bg voucher biar dia pilih sdri. Asas tu bg beras n telur jah. 1 set xperlu byk. Habis voucher habis lah. Cross check kalau dia dah pernah dpt voucher. Mgkin 3 bulan sekali or sebulan sekali je boleh.
Quote mclaren 30-6-2021 04:32 PM
anony-mous replied at 30-6-2021 04:27 PM
Setuju. Bg voucher biar dia pilih sdri. Asas tu bg beras n telur jah. 1 set xperlu byk. Habis vouc ...

Yes if habis voucher then they are own their own. Good way to ajar berdisiplin also, manage apa yg perlu.

Macam beli goods ni rasa ramai pemberi suka sebab boleh guna cc to earn points for themselves or loyalty card points from retailers. Tu yang kisah apa barang tu penerima boleh malan ke tak, janji dah bagi and dapat earn points. Selam sambil minum air. Ye tak?
Quote Firenzza 30-6-2021 04:33 PM
Lobai selalu pesan, usah ditanya kemana pergi derma kita. Korang nak tunggu lobai kuar fatwa mcm bendera putih ke
Quote Firenzza 30-6-2021 04:38 PM
anony-mous replied at 30-6-2021 04:27 PM
Setuju. Bg voucher biar dia pilih sdri. Asas tu bg beras n telur jah. 1 set xperlu byk. Habis vouc ...

Time nk bagi derma tu bawak siap2 borang mintak dia tick kotak berkenaan , nak beras mongol berasmati ka berashidup. Nak nescafe ka starbuck....rokok gudang garam ka tongkang karam

Lihat semua komen(98)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

11-8-2022 02:33 PM GMT+8 , Processed in 0.085603 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top